31 December 2018

Warna Warni Kehidupan 2018





31 Disember 2018...penamat untuk tahun 2018 dan saya bercadang ingin berkongsi pencapaian dan kejayaan kami Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang mewarnai perkhidmatan saya pada tahun ini.

Perkara paling menceriakan hari saya :)
Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2018

Kebangsaan:
- Tahun ini saya tidak mendapat pencapaian dan kejayaan di peringkat kebangsaan kerana hanya menyertai pertandingan Video Kreatif Untuk Pertandingan peringkat Kebangsaana dengan penyertaan untuk guru, dan mendapat sijil penyertaan sahaja. Pertandingan lain saya tidak menyertainya kerana diminta direhatkan. Tetapi...hikmahnya saya dilantik pula menjadi fasilitator Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling DG44 dan DG48 Peringkat Kebangsaan yang memerlukan pergerakan saya merentas pelbagai negeri dan tahun ini adalah tahun yang paling banyak saya menaiki kapal terbang. Yang menceriakan hari saya adalah bahan -bahan dari blog saya menjadi sumber rujukan kepada ramai guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Hasil bimbingan dari kompetensi saya dikenali oleh guru kaunseling negeri -negeri lain melalui blog saya dan syukur dapat memanfaatkan hasil tulisan kita kepada orang lain.

Negeri:
- Ketiga Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL (Guru Pembimbing)
- Ketiga Eksplorace Kerjaya (Guru Pembimbing)



Daerah
- Naib Johan Eksplorace Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya Pudu (Guru Pembimbing)
- Naib Johan Video Kreatif  ( Guru Pembimbing)
- Saguhati kelima Young Motivator Menengah Rendah (Guru Pembimbing)
-Saguhati kelima Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya (Guru Pembimbing)
- Sekolah Terbaik Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Pudu (Guru Penasihat)




Peringkat sekolah:
- Anugerah Inovatif E-PRS(Peringkat Sekolah)
- Anugerah Kelab Aktif (Kelab Kerjaya) Anugerah Kokurikulum Sekolah
- Anugerah Guru Penasihat Kelab Persatuan Pencapaian Negeri (Kelab Kerjaya)
- Anugerah Pengurusan HEM Cemerlang
- Anugerah Khas Kajian Tindakan Dan Inovasi
- Anugerah Kehadiran Penuh
- Anugerah Guru Pembimbing Pembina Site Sub HEM VLE Terbaik (Ketiga)
- Anugerah Guru Key In SSDM Kelima Tertinggi











Sedikit penurunan kejayaan dan pencapaian untuk tahun 2018 namun banyak penglibatan sebagai fasilitator dan Jurulatih Utama




Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan







Pertama kali saya memberanikan diri menyertai Bengkel Pengkarya Guru kategori novel remaja anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan mendapat pendedahan cara menulis yang baik. Terima kasih kepada Kak Noraslina yang memaklumkan kepada saya ada dua kekosongan tempat lagi. Bermulalah pendedahan kepada Majlis Buku Kebangsaan.
Lalu saya memulakan langkah pertama mengambil bahagian dalam penulisan buku anekdot bersama 20 orang penulis untuk buku Langit Kehidupan , buku kedua dalam anekdot Arkitek Kehidupan, buku ketiga dalam anekdot Kompas Kehidupan. Ketiga-tiganya telah diterbitkan oleh penerbit Wacana MBM dan dibimbing oleh Munsyi Mohamad Musip.Setiap buku tersebut memuatkan 10 muka surat anekdot saya. Terima kasih kepada kakak saya Nurhema Che Mat yang membuka mata saya mengenai peluang ini yang tag iklan yang dikeluarkan oleh Munshi Mohamad Musip di facebooknya. Munsyi merupakan guru BM kakak saya di sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang tahun 1991/1992.

Saya berjinak dalam penulisan puisi untuk Tulis & Terbit Pengkarya Guru dan sebuah puisi saya Anak-Anak di Bandaraya Metropolitan akan dimuatkan untuk penerbitan tahun hadapan dan in sha Allah dilancarkan dallam Pesta Buku tahun hadapan. Terima kasih kepada Afiqah Sidek guru BM sekolah saya yang mempelawa saya menyertainya. Saja -saja mengarang puisi dan tidak sangka terpilh pula untuk dibukukan.

Alhamdulillah

Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

 Manuskrip novel remaja untuk bengkel Pengkarya Guru yang sepatutnya disiapkan pada November 2018 tak siap -siap juga hingga hari ini. bab ke 11 kemudian lama.....tak menyambung bab seterusnya.

Saya tidak pasti bagaimana kesudahan manuskrip ini dengan dateline yang telah tamat


Perkara yg buat saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)
KPI kehadiran penuh ke sekolah untuk 5 tahun berturut 2014 hingga 2018. Yeah dapat sijil lagi :) Sepanjang 18 thn servis, saya menerima 11 kali sijil kehadiran penuh bekerja. Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan dan kemudahan untuk berkhidmat.



Perkara yg membuatkan saya sedih




Persaraan pengetua saya Puan Kamariah Bt Abu yang merupakan pengetua yang sangat menyokong kerjaya saya. Sejak menjadi boss saya dari tahun 2015 hingga 2018, banyak kejayaan yang dicipta oleh pasukan UBK. Mempunyai pentadbir yang sangat menyokong dan memberikan autonomi dalam menjalankan aktiviti adalah satu bonus untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan kepuasan bekerja saya. Hampir semua perkara yang dijalankan oleh UBK mendapat sokongan penuh dan pengetua bersama-sama membantu memikirkan dana yang perlu dicari untuk menampung kos program.

Saya sangat terharu dengan komitmen pengetua untuk memastikan bilik kaunseling yang dinaik taraf berjaya disiapkan sebelum persaraannya. Walaupun beliau dilanda kemalangan dengan patah kaki dan sepatutnya bercuti, tapi masih sempat memandu ke sekolah dengan kaki yang tempang untuk singgah ke sekolah dan berjumpa saya sendiri sambil menyampaikan amanat -amanat yang perlu saya akur kesungguhannya dalam memastikan bilik kaunseling saya dapat disiapkan dengan imej baru sebelum persaraannya. Impiannya untuk memastikan impian kami guru-guru kaunseling direalisasikan.



Saya sangat terharu dengan kesungguhannya dan peristiwa ini memberikan kesan yang mendalam terhadap saya dan membuatkan saya, Rozinani dan Raudzah bergenang air mata dengan niatnya yang mahu impian kami terlaksana. 

Alhamdulillah kami berjaya menagguhkan perasmian bilik kaunseling oleh JPWPKL sehingga pengetua benar-benar pulih dan boleh berjalan dan menaiki tangga ke tingkat 1 blok B untuk bersama-sama dalam sejarah UBK 2018.

Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Yeah.....tahun ini tiada.


Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.

Oops ada kesalahan besar dan walaupun kesilapan itu bukan dari saya tetapi sebagai ketua guru kaunseling saya kena bertanggungjawab dan memikirkan strategi untuk membetulkannya. Tapi tak terkata juga bila dapat tahu..huhu betul-betul minggu pertama semasa buka sekolah sesi 2018 yang mengeluarkan peluh saya menangani stress .


Bye 2018.

Selamat malam
Kajang, Selangor.
 

Telegram Channel