Total Pageviews

2 January 2019

Modul Suaikenal Mentor Mantee Guru Penyayang Dan Instrumen Keberkesanan








Berdasarkan pematuhan program mentor mantee Guru Penyayang hari ini perjumpaan kedua. Perjumpaan pertama pada 26 Disember 2018 dengan modul CuciRia Mentor Mantee . Hari ini masa aktiviti digunakan pada waktu kokurikulum selama dua masa.





AKTIVITI PROGRAM MENTOR MANTEE GURU PENYAYANG
PERJUMPAAN KEDUA SESI 2019
                             MODUL SUAIKENAL

Tarikh    :               2 Januari 2019
Masa     :               8.00 – 9.00 pagi                                
Tempat:               Kelas masing -masing
Objektif:
1)      Pengagihan mentor dan mantee untuk memastikan semua kelas menerima mentor
2)       Mentor dan mantee saling mengenali nama dan latar belakang.
3)      Mentor dan mantee berbincang  pengurusan kebajikan mantee dari aspek pengurusan kelas untuk keselesaan mantee belajar dan pengurusan organisasi kelas mantee.
Aktiviti :
Bil
Aktiviti
Masa
1
Pergerakan murid ke kelas –kelas selepas perhimpunan
8.00 pagi -8.05 pagi
2
Pengurusan keceriaan kelas  sebelum program
8.05 pagi -8.10 pagi
3
Sesi  berkenalan antara mentor mantee
-          Dua orang mentor iaitu guru tingkatan yang merupakan mentor 1 dan mentor dua akan bergilir memperkenalkan diri, tempat tinggal, tarikh lahir dan hobi.
-          Murid memperkenalkan diri masing-masing dan nama panggilan yang ingin mentor panggil terhadap mereka.
-          Mantee menceritakan latar belakang diri yang ringkas seperti tempat tinggal, tarikh lahir dan hobi
8.10 pagi -8.30 pagi
4
Sesi pengurusan kebajikan murid: Perlantikan AJK
-          Mentor menerangkan mengenai visi d
-          Mentor meminta cadangan untuk melantik AJK murid dari ketua kelas, penolong ketua kelas, AJK Keceriaan Kelas dan bendahari .
-          Mentor menerangkan setiap tugas tersebut dan meminta murid murid yang lain akur dengan perlantikan tersebut dan menghormati kepimpinan AJK murid yang dilantik.

8.30 pagi – 8.40 pagi
5
Sesi pengurusan kebajikan murid: Bilik kondusif
-          Mentor menyerahkan perbincangan antara AJK dengan mantee di dalam kelas dengan pemantauan mentor untuk merekabentuk keceriaan kelas masing –masing mengikut setting PAK 21 bagi keselesaan belajar dengan suasana bilik yang kondusif
8.40 pagi -8.55 pagi
6
Mentor menutup aktiviti hari ini dengan kata-kata motivasi untuk murid hadir ke sekolah dan mempunyai azam yang tinggi
8.55 pagi – 9.00 pagi
.



Instrumen keberkesanan




Selamat melangkahr ke
Sekolah menengah 2019
Nurfarzana

No comments: