31 January 2019

Bengkel Kajian Tindakan Dan Amalan Terbaik Guru Kaunseling Pudu

Bengkel Kajian Tindakan Dan Amalan Terbaik Guru Kaunseling Pudu




Hari ini membimbing guru bimbingan dan kaunseling dari sekolah sekolah menengah Zon Pudu pula. Dijalankan di dewan sekolah saya untuk Bengkel Kajian Tindakan dan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah. Saya membimbing untuk kajian tindakan yg praktikal dijalankan di sekolah dan masalah yg dihadapi oleh guru kaunseling terkini di sekolah masing masing.

Sambil membimbing saya meminta beberapa orang untuk membentangkan refleksi masalah untuk sama sama mengenalpasti adakah mereka dapat membuat refleksi yg betul.
Peserta dibimbing hingga penutup kertas cadangan kajian tindakan dan merujuk kepada handout yg diberikan.

Senangnya hati melihat guru kaunseling sudah dapat merangka kertas cadangan kajian tindakan.

Kemudian aktiviti amalan terbaik dijalankan mengikut format yg menyenangkan. Bukan menggunakan pemarkahan untuk pertandingan yg sememangnya agak advance tetapi menggunakan format yg memudahkan guru kaunseling membuat laporan dgn point point penting sahaja. Ini kerana amalan terbaik atau inovasi merupakan satu item yg wajib dijalankan oleh guru kaunseling dan mempunyai pemarkahan untuk penilaian kendiri guru kaunseling.

Setiap kali penerangan diberikan disertakan contoh dan perkongsian dari guru kaunseling lain juga. 
Tahniah kepada guru kaunseling yg berjaya menghasilkan draf penulisan kertas.cadangan kajian tindakan dan bonus tahniah apabila dapat diaplikasikan dalam bentuk amalan terbaik dan inovasi kaunseling.

It's hard to say goodbye




























30 January 2019

Kelab Kerjaya 2/19: Aktiviti Ice Breaking Dan Membina Logo Persatuan

Kelab Kerjaya 2/19: Aktiviti Ice Breaking Dan Membina Logo Persatuan





Perjumpaan kedua kelab kerjaya kami menjalankan aktiviti ice breaking dan membina logo kelab.
Hasil dari latihan kepimpinan untuk pengerusi dan setiausaha AJK Kepimpinan Kokurikulum, pengerusi dan setiausaha  memimpin ice breaking dan membina logo dalam kumpulan masing-masing.

Pembinaan logo dibincangkan dalam kumpulan dan dibentangkan.

Unexpected result
Rezeki... to take the challange 
Alhamdulillah, approve to grab 
And me....why i feel this way
Hurt and hard to let go



















29 January 2019

Bengkel Kajian Tindakan Guru Kaunseling Selangor

Bengkel Kajian Tindakan Guru Kaunseling Selangor







Menerima jemputan dari Majlis Guru Kaunseling Selangor mengenai slot Kajian Tindakan yang akan dijalankan pada Seminar Prifesionalisme Guru Kaunseling Selangor di Peninsular Collage, Klang.

10 guru kaunseling dari setiap daerah di Selangor merupakan peserta program dan keseluruhan peserta berjumlah hampir 140 orang.

Saya membimbing menjalankan penulisan kajian tindakan dan dimulakan dengan penulisan kertas cadangan kajian tindakan untuk memulakan projek.

Peserta digalakkan membuat refleksi kajian yang merupakan pernyataan masalah yg utama.

Gembira rasa apabila dari tidak tahu kepada tahu buat kajian tindakan dan sudah boleh merangka kertas cadangan kajian tindakan. Semoga dapat membimbing orang lain pula.

Thanks Har
For the gift





















 

Telegram Channel