23 January 2019

Kertas Kerja Bengkel Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan SMK Cheras 2019





Bengkel Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dijalankan hari ini. Bermula dengan perlantikan AJK Majlis Ketua Tingkatan,  aktiviti dijalankan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dgn kerjasama dari PRS 



















KERTAS KERJA BENGKEL KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN 2019

 1.0 PENGENALAN 
Ketua tingkatan merupakan entiti penting di dalam sekolah , khususnya di dalam sesebuah kelas. Peranan ketua kelas amat penting di dalam membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk dilantik menjadi ketua kelas biasanya berdasarkan kepada penampilan dan sikap kebertanggungjawaban yang ada pada murid-murid. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus membantu guru dalam pengurusan di kelas, pusat sumber, makmal, bengkel, tapak perhimpunan atau bilik-bilik khas. Bertanggungjawab untuk kawalan disiplin rakan-rakan sekelas. Ketua-ketua kelas perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di kelas dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah. Justeru itu, Bengkel Ketua Kelas perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua kelas,agar mereka dapat memuuk jati diri yang baik.Selain itu dapat mewujudkan kerjasama dan kejelekitan antara ketua dan penolong ketua kelas. maka mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai satu pasukan yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka

2.0 MATLAMAT 
Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang berkemampuan membantu guru dan rakan sekelas agar kelas teratur dan terurus dengan berkesan serta mampu melonjak peningkatan bukan sahaja akademik malah turut memberi impak terhadap sahsiah dan disiplin.

3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

 Tempat : Dewan Kris Mas, SMKCheras.
 Tarikh : 23 Januari 2019(Rabu) Masa : 10.00 pagi – 03.00 petang

 4.0 SASARAN 
Semua ketua dan penolong kelas bagi sesi pagi dan petang di SMK Cheras.

5.0 OBJEKTIF
 Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Ketrampilan diri ketua tingkatan dan penolong ketua yang baik.
2. Mewujudkan rasa kebertagunggjawaban dan sikap prihatin kepada kelas masing-masing.
 3. Mengetahui peranan dan tanggungjawab dengan lebih jelas.

6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome) 

Output

Penglibatan 100% Ketua dan Penolong Tingkatan 2019  mengikuti Modul dan aktiviti Bengkel Ketua dan Penolong Tingkatan yang telah dirancang serta memberikan kemahiran yang perlu bagi meningkatkan kemahiran bertindak dan mengurus melalui keutamaan tugas, maklumat disiplin dan mendapatkan kerjasama dalam kalangan murid sekelas.

Outcome
Ketrampilan ketua dan penolong ketua tingkatan dari aspek peningkatan disiplin dan sahsiah murid yang boleh dijadikan ikon disiplin dalam kelas melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru dan penilaian rawak rakan sekelas

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada



8.0       JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi                                : En Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)
Naib Pengerusi 1                    : Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih 
                                                   (Penolong Kanan Hal Ehwal murid)
Naib Pengerusi 2                     : En. Raheman bin Ahmad (Penolong Kanan Petang)
Setiausaha                              : Pn. Raudzah bt A.Rahman (Kaunselor)
Naib Setiausaha                      : Pn. Nurhaiza bt Che Mat (Kt. Kaunselor)




8.1       JAWATAN KUASA KERJA

NAMA AJK
AJK
BidangTugas
Pn. Raudzah bt A.Rahman
 Dokumentasi
·     Menyediakan dokumentasi
Pn. Rozinani bt Awang
Penilaian
·     Menyediakan borang penilaian program

Pn. Nurhaiza bt.Che Mat
Fotografi
·     Sesi Minda Sihat

Puan Salina Bt. Mohd Isa
Puan Suhaily Bt Mohd Nadzri
AJK Pendaftaran

·       Menyediakan borang pendaftaran dan memastikan semua peserta menandatangani borang pendaftaran






9.0       TENTATIF PROGRAM


10.00 – 10.30 pagi

Pendaftaran
10.30 -11.00 pagi
Taklimat Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan
Pemilihan AJK
11.00 -11.30 pagi
Ice Breaking Kelompok Besar
11.30 -12.00 t/hari
Saringan Minda Sihat
12.00 -12.30 t/hari
Taklimat Gaya Daya Tindak
12.30 – 1.00 t/hari
Team Building
1.00 – 1.30 t/hari
Kemahiran Menyelesaikan Masalah IDEAL
1.30 -2.00 petang
Bengkel LDK Menyelesaikan Masalah
2.00 -2.30 petang
Pembentangan Kes Menyelesaikan Masalah


10.0     PENUTUP
Diharapkan agar bengkel ketua dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif yang diharapkan dan melahirkan ketua dan penolong  yang berketrampilan.dan mempunyai jati diri yang tinggi.



Disediakan oleh

(RAUDZAH BINTI A.RAHMAN)
Guru kaunseling
Tarikh:


Ulasan:

_____________________________________________________________

Diluluskan /Tidak diluluskan oleh



(JAMIL BIN JAMALUDIN)
Pengetua,
Tarikh:


 Take care mak abah
 Thanks for the visit
 And delicious homemade laksa:)









 

Telegram Channel