PELAN
TINDAKAN
SPOT
MURID PONTENG TEGAR
KAUNSELING
BERFOKUS MURID PONTENG SEKOLAH
SMK CHERAS 2019
Minggu ini diteruskan dengan perjumpaan murid murid berisiko dalam ponteng sekolah, ponteng kelas, lewat tegar dan sebagainya. Perjumpaan pertama dengan pengetua yg baru untuk berkenalan dengan murid ini. Murid diberikan borang maklumat diri untuk portfolio masing masing dan diasingkan mengikut kes.
Taklimat pengetua dan taklimat ketua guru disiplin bagi bimbingan dan motivasi seterusnya menerangkan mengenai hukuman yg akan dikenakan jika meneruskan aktiviti salah laku lagi.
Guru kaunseling menerangkan mengenai aktiviti SPOT dan murid ponteng tegar dimasukkan dalam kelompok kaunseling berfokus ponteng dgn perjumpaan sesi kaunseling bermodul dan intervensi.
Minggu ini diteruskan dengan perjumpaan murid murid berisiko dalam ponteng sekolah, ponteng kelas, lewat tegar dan sebagainya. Perjumpaan pertama dengan pengetua yg baru untuk berkenalan dengan murid ini. Murid diberikan borang maklumat diri untuk portfolio masing masing dan diasingkan mengikut kes.
Taklimat pengetua dan taklimat ketua guru disiplin bagi bimbingan dan motivasi seterusnya menerangkan mengenai hukuman yg akan dikenakan jika meneruskan aktiviti salah laku lagi.
Guru kaunseling menerangkan mengenai aktiviti SPOT dan murid ponteng tegar dimasukkan dalam kelompok kaunseling berfokus ponteng dgn perjumpaan sesi kaunseling bermodul dan intervensi.
1.0 PENGENALAN
Program
SUIT Sahsiah Unggul Individu Terpuji merupakan satu program di bawah JPWPKL
untuk memupuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid sekolah. Salah satu dari
kategori SPOT ialah kategori ‘the butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan
paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang
positif.
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan projek SPOT pada awal tahun lagi untuk
memantau murid yang ponteng tegar dengan penggunaan kad SPOT. Oleh kerana itu,
projek SPOT ini menjadi salah satu dari aktiviti di bawah kategori Butterfly.
Terdapat 3 kriteria dalam projek SPOT iaitu memantau ponteng sekolah dan ponteng
kelas, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat atau tidak dan memantau
salah laku murid. Murid dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh guru disiplin dan guru kaunseling sendiri.
Murid – murid SPOT ini akan diberi pengiktirafan kepada
murid yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi
dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh
rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid
dalam kategori ini dibuat minimum setiap tiga bulan berdasarkan
kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes
lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.
2.0 MATLAMAT
Mengurangkan kes buang sekolah dan
bilangan surat amaran ponteng
berbanding tahun 2018 melalui intervensi
meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah.
3.0 TARIKH/
MASA/ TEMPAT
Januari
– November 2019 di SMK Cheras
4.0 SASARAN
40
orang murid ponteng yang mendapat surat amaran ponteng sekolah kali kedua dan ketiga serta kes buang sekolah
tahun 2018.
5.0 OBJEKTIF
a)
Guru kaunseling dapat memantau tingkah laku murid secara maksimum
dengan aktiviti kaunseling berfokus murid
ponteng sekolah secara konsisten
dan terancang.
b)
Memberikan ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan perubahan yang
baik dalam sahsiah mereka
6.0 KPI
(INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
OUTPUT
|
Murid sasaran yang berisiko tinggi dapat dipantau dan
mengikuti setiap modul kaunseling berfokus ponteng sekolah untuk meningkatkan
motivasi diri dan keberhasilan murid dalam pembangunan sahsiah.
|
OUTCOME
|
Murid mempunyai peratus kehadiran yang lebih baik iaitu
75% dalam tahun 2019, peningkatan sahsiah dan disiplin diri tanpa surat
amaran disiplin dan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum sekolah.
|
7.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
Pendapatan
Bil
|
Sumber Kewangan
|
Butiran
|
Kos
|
1
|
SUWA
|
Ganjaran
Perubahan
|
RM
10 x 10 orang x 2 kali ganjaran = RM 200
|
2
|
UBK
|
Intervensi
Motivasi
|
RM
100 x 3 kali = RM 300
|
Jumlah
|
=
RM 500
|
Perbelanjaan:
Bil
|
Butiran
|
Kos
|
Jumlah
|
1
|
Ganjaran
Perubahan
|
RM
5 x 10 orang x 2 kali ganjaran
|
RM
100
|
2
|
Intervensi
Motivasi
|
RM
100 x 3 kali
|
RM
300
|
Jumlah
|
RM
500
|
8.0 AHLI
JAWATANKUASA
AJK INDUK
Pengerusi
: En Jamil Bin Jamaludin
Pengetua
Timbalan Pengerusi : Puan
Nor Azlinda Bt Hasmunih
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi :
En Raheman Bin Abdul Rahman
Penolong Kanan Petang
:
Cik Lee Swee Ching
Penolong Kanan Tadbir
Dan Kurikulum
: Puan Saleha Bt Ali
Penolong Kanan
Kokurikulum
Setiausaha Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Bimbingan &
Kaunseling
AJK KERJA
AJK
KERJA
|
SENARAI
TUGAS
|
En Mohd Noor Bin Mat Deris
(Ketua Guru Disiplin Pagi)
Puan Noraida Bt Mohamad
(Ketua Guru Disiplin Petang)
|
1) Memilih murid berisiko
tinggi ponteng sekolah
2) Memantau masalah disiplin murid tegar
melalui SSDM untuk pembentangan laporan disiplin.
3) Mengambil tindakan
disiplin berdasarkan buku kawalan kelas.
|
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
1) Merancang aktiviti
bermodul dan menetapkan masa perjumpaan
2) Menyediakan kad kawalan
murid
|
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Awang
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
|
1) Menjalankan modul
kaunseling berfokus ponteng sekolah melalui modul KPM atau rujukan modul
lain.
2) Membuat laporan bulanan
murid kaunseling berfokus ponteng selama 6 bulan melalui kad kawalan murid,
3) Menjalankan sesi
kaunseling dan konsultasi keibubapaan.
|
Puan Nafsah Bt Mohd Shah
(Setiausaha HEM)
Puan Murni Bt Mat Jali
(Setiausaha SUIT)
|
1) Menyediakan ganjaran
untuk murid sasaran yang telah menunjukkan perubahan positif
|
Puan Farah Hanum Bt Ramly
Puan Rita Indirani Bt Mohd
Surip
Puan Salina Bt Mohd Isa
Puan Haliza Bt Halid
Puan Norazah Bt Aris
(Penyelaras Tingkatan)
|
1) Memaklumkan kepada guru
kaunseling pendaftaran murid rayuan semula dan kes disiplin murid baru
2) Memaklumkan kepada guru
kaunseling kes murid ponteng sekolah dari setiap tingkatan.
|
Puan Tengku Laila Sari Bt
Tengku Jusoh
(Setiausaha Kebajikan)
|
1) Bekerjasama dengan guru
kaunseling untuk kebajikan murid SPOT yang melibatkan masalah kewangan dan
keluarga.
|
9.0 STRATEGI
PELAKSANAAN
9.1 URUS
SETIA/ PENCERAMAH
1)
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
2) Unit Disiplin Sekolah
9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
BIL
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
Mengenal pasti
murid sasaran
|
Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling
Penyelaras
Tingkatan
|
2
|
Taklimat Program
SPOT bersama Ketua Guru Kaunseling, Ketua Guru Disiplin dan pengetua
-
Melengkapkan profil diri murid
|
Ketua
Guru Disiplin
Guru
Kaunseling
|
3
|
Sesi kaunseling
kelompok/individu:
-Menandatangani
surat aku janji perubahan sikap
-Guru kaunseling
menyerahkan kad SPOT
berwarna merah.
|
Guru kaunseling
|
4
|
Murid perlu
mendapatkan tandatangan daripada ketua guru disiplin pada masa 1 dan tandatangan
dari guru kaunseling pada masa akhir sesi persekolahan setiap hari dalam
tempoh minimum tiga bulan.
|
Ketua Guru Disiplin
Guru kaunseling
|
5
|
Sesi bimbingan atau
kaunseling kelompok dan individu dijalankan sekurang-kurangnya satu kali
sebulan.
|
Guru kaunseling
|
6
|
Laporan kemajuan
sahsiah murid dihantar kepada ibu bapa setiap bulan sepanjang memegang kad
SPOT dan borang maklumbalas ibu bapa disertakan untuk penilaian dan ulasan
ibu bapa terhadap pemantauan anak.
|
Guru kaunseling
|
7
|
Perjumpaan dengan sela
masa enam minggu sekali bersama pentadbir. Kemajuan sahsiah dan disiplin
murid bersama maklum balas dari kad SPOT akan dibentangkan.
|
Pengetua/PK HEM/ PK
Petang
|
8
|
Murid yang dipantau
selama sebulan akan diberikan status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
jika tidak berpuas hati dengan kehadiran
iaitu melebihi 3 hari tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, lewat ke sekolah atau
masalah salah laku murid seperti penampilan diri dan ponteng kelas.
Kad kuning:
Jika terdapat
perubahan yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau masalah salah laku
Kad hijau:
Kehadiran ke
sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada
masalah salah laku.
|
Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling
|
9
|
Konsultasi dan
tindakan susulan dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah yang
berterusan
|
Guru kaunseling
|
10
|
Ganjaran berbentuk
sijil dan hadiah akan diberikan kepada murid yang menerima kad hijau sahaja.
|
Setiausaha HEM
|
11
|
Intervensi melibatkan
polis , pegawai pusat pemulihan akhlak dan agensi dadah dalam bentuk ceramah
atau lawatan akan dilibatkan sepanjang tahun untuk sesi kesedaran motivasi.
|
Ketua Guru Disiplin
Guru Kaunseling
|
12
|
Kajian keberkesanan
program untuk 2019 pada akhir sesi persekolahan 2019 mengikut kaunseling
berfokus guru kaunseling masing-masing.
|
Guru kaunseling
|
10.0 PENGURUSAN RISIKO
RISIKO
|
PUNCA
|
PENYELESAIAN
|
TANGGUNGJAWAB
|
Penipuan
tandatangan
|
Ingin
mengelak dari guru mengetahui murid tidak hadir atau ingin ponteng kelas,
atau mengelak kerana lewat ke sekolah.
|
Pemantauan
harian dan jika tidak berjumpa murid tersebut, pengesanan melalui buku
kawalan kelas mengenai kehadiran, lewat ke sekolah atau ponteng kelas.
|
Ketua
Guru Disiplin dan Guru Kaunseling
|
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
1)
Borang Penilaian Keberkesanan Program Kaunseling Berfokus
2) Kad Kawalan SPOT
12.0 PENUTUP
Program SPOT merupakan inisiatif pihak
Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang diharapkan dapat menjadi satu aktiviti bagi
mencari murid yang berpotensi untuk murid sasaran kategori Butterfly bagi
program Sahsiah Unggul Individu Terpuji iaitu program di bawah Unit HEM
JPWPKL. Melalui aktiviti ini murid yang
mempunyai masalah disiplin akan dibimbing dan dipantau agar berubah ke arah
yang lebih positif.
Disediakan
oleh,
(NURHAIZA BT CHE MAT)
Guru Kaunseling
Tarikh:
Ulasan,
__________________________________________________________________
Diluluskan oleh/Tidak
diluluskan oleh,
(JAMIL BIN JAMALUDIN)
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:
Semoga murah rezeki
When you really hungry and
You receive food from your friend
Who always take care of your meal
3 comments
harap mereka dapat berubah
In sha Allah jika semua pihak dapat memainkan peranan dan kesedaran murid juga untuk ingin berubah. Kita doakan agar mereka tidak tergelincir
PERKONGSIAN YANG SANGAT BERMAKNA.. TQ KAK HAIZA