6 January 2019

Kertas Kerja Dan Operasi SMART Penampilan Diri SMK Cheras 2019












Hari pertama pengetua baru En Jamil Bin Jamaluddin di SMK Cheras dan saya telah menjemput beliau untuk melancarkan program SMART dari akronim penampilan
S : Seluar yg standard
M: muka tanpa mekap bagi perempuan, misai tidak disimpan untuk lelaki
A : anak tudung mesti dipakai dan berwarna putih
R : rambut mengikut spesifikasi
T: tali leher, tag nama dipakai



KERTAS KERJA
PROGRAM PENAMPILAN DIRI SMART



1. 0      PENDAHULUAN


                        Penampilan Dan Kekemasan Diri Berdasarkan Buku Peraturan Disiplin Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan isu disiplin yang melibatkan rambut, misai dan janggut, kuku, alat solek, barang kemas, jam tangan yang besar da berbentuk perhiasan, serta kekemasan diri pula melibatkan pakaian murid. Di bawah perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, isu ini merupakan fokus kepada perkembangan sahsiah murid yang perlu ditangani oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bagi meningkatkan penampilan diri murid yang positif melalui kempen, tunjuk cara dan ikon murid. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelek, , rohani, emosi dan jasmani , diharapkan kempen ini Berjaya mencapai objektf ke arah memupuk sikap murid yang berketrampilan positif dan seterusnya meningkatkan imej dan watak sekolah yang berketrampilan kemas dan positif.
                        
2.0       MATLAMAT                          :
           Meningkatkan penampilan diri dan kekemasan warga sekolah bagi melahirkan imej sekolah sekolah yang positif
            
           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :           Januari hingga November 2019

           4.0       SASARAN                             :           Semua warga sekolah

5.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           2.1 Memupuk sikap murid mementingkan penampilan diri  yang kemas
            2.2 Mengambil tindakan disiplin terhadap murid yang tidak akur dengan peraturan                              berpakaian dan penampilan diri.

6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)


Output

Murid berpakaian dan berketrampilan kemas sebaik melangkah masuk ke sekolah hingga tamat sesi persekolahan.
Outcome
Peningkatan imej dan watak sekolah yang berketrampilan segak dan postif melalui penurunan salah laku dalam penampilan dan kekemasan murid

                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
JUMLAH
1
Program SMART
PCG Kaunseling
RM 580






            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1
Alat tulis
RM 3 x 60 orang
RM 180
2
Banner
RM 80 x 2
RM 160
3
Sijil
RM 2 x 20 orang
RM   40
4
Ceramah Ketrampilan Diri
RM 200 x 1 kali
RM 200



RM 580




            8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk

Pengerusi:
 En Jamil B Jamaluddin

Naib Pengerusi
Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih (Guru Penolong Kanan HEM)


Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras

Bendahari
Puan Rozinani Bt Awang
          
         Jawatankuasa Kerja               

BIL
AJK
NAMA GURU

BIDANG TUGAS
1
Penyelaras
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
·         Menyediakan kertas kerja
·         Mengatur modul dan kelancaran program
·         Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa


2

AJK  Disiplin
En Mohd Rizal B Mat Salim

Pn Nurul Shafini Bt Abd Hadi

Pn Khamziyah Bt Mohamad Yaman

·         Mengambil tindakan kepada murid yang tidak mengikut peraturan penampilan diri dan kekemasan
·          
3
AJK Sijil
Dan Cenderamata
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Cik Lie Kiet Wei


·         Menyediakan sijil dan cenderahati untuk peserta
4

AJK Undian
Puan Rozinani Bt Awang
En Ahmad Azran Bin Abdul Rahman


·         Menyediakan skema undian untuk memilih calon anugerah SMART
5
AJK Kempen
Puan Raudzah Bt A. Rahman

En Mohd Noor Bin Mat Deris

·         Menyediakan kempen untuk dimaklumkan kepada semua murid


6

AJK Laporan/

Dokumentasi
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
En Mohd Ikhwan B Che Muda
·         Menyediakan laporan sepanjang program dan dokumentasi


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Konsultan


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

26 Disember 2018
Taklimat kepada semua guru. Projek SMART iaitu SMART dari aspek penampilan yang selalu mendapat aduan dari guru:
S – Seluar Seragam Sekolah, Seluar Pendidikan Jasmani dan Stokin,
M – Muka tanpa mekap bagi perempuan, misai tidak boleh bagi lelaki
A – Anak Tudung wajib dipakai oleh murid yg bertudung dan berwarna putih.
R- Rambut yg kemas
T- Tudung ikut spesifikasi dan tidak pendek,  Tali Leher dipakai setiap hari dan Tag Nama sentiasa dipakai. 


3 Januari
OUTREACH SMART
Kempen  SMART bermula dari masuk pintu pagar sekolah oleh PRS

PROGRAM MENTOR MANTEE
Mengenalpasti penampilan murid dalam kelas oleh guru tingkatan dan mentor yang tidak mengikut peraturan.

4 Januari – 31 Januari 2019
OUTREACH SMART

Taklimat kepada semua murid mengenai program SMART oleh Pn Nurhaiza

Taklimat mengenai salah laku disiplin mengenai kekemasan diri disampaikan oleh En Mohd Noor

Kepentingan SMART melalui mesej berkala 5 minit pada hari Khamis oleh PRS di Dataran Perhimpunan


Jan – April  2019
GANJARAN SMART BULANAN
Hadiah  kepada 10 orang murid setiap bulan yang konsisten berketrampilan kemas sewaktu melangkah masuk ke sekolah lagi hingga tamat sesi persekolahan.

Mei 2019

POTRET SMART PENGGAL PERTAMA:
Anugerah SMART Murid penggal pertama untuk murid undian guru dan murid yang tertinggi dan pernah menerima hadiah bulanan. Gambar akan dipaparkan di papan kenyataan.

Mei 2019
Jun
GANJARAN SMART GURU:
Anugerah SMART Guru sewaktu Hari Guru undian murid
Ceramah Penampilan Diri Remaja

Julai – Sept 2019
GANJARAN SMART BULANAN:
Hadiah  kepada 10 orang murid setiap bulan yang konsisten berketrampilan kemas sewaktu melangkah masuk ke sekolah lagi hingga tamat sesi persekolahan.
Oktober 2019
POTRET SMART PENGGAL KEDUA:
Anugerah SMART penggal kedua untuk murid sewaktu Anugerah HEM



Jan – Nov 2019

PEMANTAUAN DISIPLIN
Menjalankan ‘spot check’ berfokus  selepas rehat secara berkala oleh guru disiplin. Murid yang masih melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan




10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Pengundian murid dan guru untuk anugerah

Kecuaian pengiraan
Konsisten mengambil undi calon yang layak dari undian murid kelas dan guru
PRS
Guru disiplin
Guru kaunseling






11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                       
                        1) Borang Maklum Balas Guru
                        2) Borang Undian Murid Penampilan Kemas


            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Rekod Salah Laku Penampilan Diri
                       



12.0     PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam menjaga penampilan diri yang segak dari aspek kekemasan murid.

Disediakan oleh :                                                                               
                               
                                                

Puan Nurhaiza Bt Che Mat                                                                                                                                                                                  
Guru Kaunseling                                                                                
SMK Cheras
Tarikh:



Ulasan:


_____________________________________________________________________________             
                            
                                               
Diluluskan/ Tidak diluluskan,    


Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:


Selamat datang tuan pengetua
Rakan sekerja 2000 -2003




 

Telegram Channel