16 January 2019

Pelan Operasi Aktiviti Kaunseling Berfokus Murid Cemerlang SMK Cheras 2019




Perjumpaan pertama dengan murid-murid Juara Permata. Setiap tahun dibawah saya adalah 10 murid tingkatan 5 manakala Rozinani mengambil murid tingkatan 3 seramai 10 orang. Di bawah program kaunseling, iaitu aktiviti kaunseling berfokus cemerlang saya memfokuskan kepada aktiviti psikososial dan kerjaya. Pada tahun ini, hasil mesyuarat kurikulum pada akhir tahun lepas, AJK bersetuju untuk mewujudkan kumpulan cemerlang dari tingkatan satu, dua dan empat juga. Oleh itu, semakin besarlah kelompok kaunseling berfokus saya. Tahun ini seramai 20 orang iaitu 10 orang dari tingkatan empat. Di belakang buku rekod kaunseling , senarai nama kaunseling berfokus ini semakin panjang. Aktiviti saya lengkapkan di belakang buku rekod itu berdasarkan pelan operasi yang mana aktiviti dijalankan oleh guru kaunseling, saya kongsikan di sini.

KERTAS KERJA
PROGRAM JUARA PERMATA
KAUNSELING BERFOKUS MURID CEMERLANG
SMK CHERAS 2019

1.0       PENGENALAN
                        Program Juara merupakan program wajib yang dilaksanakan atas inisiatif dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri untuk semua sekolah di Kuala Lumpur dengan sasaran murid tingkatan lima. Objektif yang jelas di mana dengan adanya program ini maka setiap sekolah dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dalam SPM dengan berfokuskan kepada murid yang berpotensi cemerlang dalam SPM yang akan digilap oleh pihak sekolah dengan strategi tertentu agar meningkatkan bilangan murid mendapat semua A dalam keputusan SPM. Di pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling, program kaunseling berfokus cemerlang merupakan program yang disasarkan kepada sepuluh orang murid setiap tingkatan yang mempunyai pelan operasi di bawah Unit Bimbingan Kaunseling dari aspek psikososial dan perkembangan kerjaya murid.
Program psikososial dan perkembangan kerjaya diilhamkan dengan modus operasi dengan aktiviti di bawah pemantauan guru bimbingan dan kaunseling. Kerjasama murid Juara Permata sendiri diperlukan dengan menyertai aktiviti yang diadakan. Semoga  kumpulan cemerlang ini dapat dibimbing oleh mentor dan AJK yang terlibat dalam program peningkatan akademik sekolah selaku ikon kepada murid lain dan guru muda dalam kalangan rakan sebaya mereka.



2.0       MATLAMAT
            Bagi keputusan SPM , PT3 dan peperiksaan akhir tahun murid sasaran    memperolehi :
Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan B bagi mata pelajaran lain

           
3.0       TARIKH/ MASA/ TEMPAT
            Januari – November 2019

4.0       SASARAN
            10 orang murid bagi setiap tingkatan

5.0       OBJEKTIF
1)    Murid cemerlang berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik masing – masing dengan bimbingan teknik belajar yang betul.
2)    Murid cemerlang dapat dipantau psikososial dan membimbing menguruskan stres untuk ketahanan daya gaya tindak yang berkesan.
3)    Murid  cemerlang mempunyai matlamat dan hala tuju selepas SPM yang jelas.

6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
OUTPUT
Murid sasaran mempunyai penetapan target masing-masing dan mempunyai hala tuju yang jelas.

OUTCOME
Murid mencapai target masing - masing dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam memilih aliran yang bersesuaian dengan minat dan personaliti mereka.


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN
Pendapatan
Bil
Sumber Kewangan
Butiran
Kos
1
PIBG
Jamuan makan
RM 3   x 50 orang              = RM    150.00
2
Koperasi
Anugerah Insentif Kumpulan
RM 50 x 5 tingkatan x 3 kali peperiksaan
                                          = RM     750.00
3
PIBG
Anugerah Insentif Tunai Individu
RM 50 x 5 orang x 3 kali peperiksaan= RM 750.00

Jumlah

                                         = RM 1,650.00

Perbelanjaan:
Bil
Butiran
Kos
Jumlah
1
Jamuan makan
RM 3   x 50 orang              
RM   150.00
2
Anugerah Insentif Kumpulan
RM 50 x 5 tingkatan x 3 kali peperiksaan
RM   750.00
3
Anugerah Insentif Tunai Individu
RM 50 x 5 orang x 3 kali peperiksaan
RM   750.00

Jumlah

RM  1,650.00
           

8.0       AHLI JAWATANKUASA
            AJK Induk
            Pengerusi                 : En Jamil Bin Jamaludin
Naib Pengerusi        : Cik Lee Swee Ching
            Setiausaha                : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
            Naib Setiausaha      : Puan Kanagambigai a/p Ramoo

            AJK Kerja
Jawatankuasa
AJK
Tanggungjawab

1. Setiausaha Peperiksaan

Tingkatan 5:
Puan Farah Hanum Bt Ramly
Membuat analisis peperiksaan tingkatan 5
Tingkatan 3:
Puan Haslina Bt Rahim
Membuat analisis peperiksaan tingkatan 3
2. Pemilihan Mentor

Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum:
Cik Lee Swee Ching
Memilih murid yang layak dan melantik mentor untuk kumpulan belajar dan subjek akademik.
3. Penyelaras Kaunseling Berfokus Cemerlang

Tingkatan 4 dan 5 : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Memantau psikososial dan perkembangan kerjaya murid
Tingkatan 3, 2 dan 1 sesi pagi:
Puan Rozinani Bt Awang

Tingkatan 2 dan 1 sesi petang
Puan Raudzah Bt A. Rahman
4. Modul Akademik Berfokus Cemerlang
Setiausaha Kurikulum:
Pn Narinder a/p
Membekalkan modul cemerlang dari panitia untuk latihan murid.
5. Bengkel Kecemerlangan Akademik
Setiausaha Peningkatan Akademik:
Puan Kanagambigai a/p Ramoo
Memastikan kehadiran murid dalam aktiviti peningkatan akademik yang dijalankan di sekolah.

                       
9.0       STRATEGI PELAKSANAAN
9.1       URUS SETIA/ PENCERAMAH
            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling
            2) AJK Peningkatan Akademik Sekolah

9.2       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
            MURID CEMERLANG TINGKATAN LIMA
TARIKH
AKTIVITI

TINDAKAN
15 Januari 2019
Taklimat
-       Objektif Juara
-        
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
23  Januari 2019
Post Mortem Markah Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Pembentukan Kumpulan Belajar
Pelantikan Mentor

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
30 Januari 2019
Penetapan Target Dan Teknik Belajar
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
20 Februari 2019
Perjumpaan Ibu Bapa
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
6 Mac 2019
Ujian Minda Sihat Dan Gaya Daya Tindak : Intervensi Meningkatkan Gaya Daya Tindak
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Feb- April
-Program Mentor Mantee bermula
-Program kumpulan belajar berkumpulan mengikut jadual
- Projek Guru Muda

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai a/p Ramoo

11- 15  Mac 2019
Ujian Penilaian 1

Puan Farah Hanum Bt Ramly

5 April 2019


Analisa Markah Pencapaian Murid

Puan Farah Hanum Bt Ramly
10 April 2019

Intervensi Psikometrik Kematangan Kerjaya
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
15 April 2019

Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan


Puan Kanagambigai a/p Ramoo
17 April 2019
Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Ujian I

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

6 -18 Mei 2019

Bulan peperiksaan Intensif
Puan Farah Hanum Bt Ramly

11 Jun 2019

Analisa Markah Pencapaian Murid

Puan Farah Hanum Bt Ramly
18 Jun 2019
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun: Pengiraan Merit Ke Institusi Selepas SPM

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

22 Jun 2019
Perjumpaan Ibu Bapa Hari Terbuka Akademik
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
26 Jun 2019
Lawatan Ke IPT penerangan kursus yang diminati
Puan Rozinani Bt Awang
2 Julai  2018
Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan

Puan Kanagambigai a/p Ramoo
Jun – Ogos 2019
Program Speed Up Bermodul Cemerlang Bersama Kumpulan Belajar

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Narinder

25 Jun 2018
Program Motivasi Kolam Jiwa

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
5 Ogos – 23 Ogos 2019
Ujian Percubaan SPM
Puan Farah Hanum Bt Ramly
3 Sept – 31 Oktober 2019
Ulangkaji Speed Up Bermodul Cemerlang
Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Narinder

10 September 2019

Analisa Markah Pencapaian Murid

Puan Farah Hanum Bt Ramly
25 Sept 2019
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM: Pengiraan Merit Ke Institusi Selepas SPM Dan Kursus Yang Layak Diambil


Puan Nurhaiza Bt Che Mat

7 Oktober 2019
Anugerah Insentif Juara Permata

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
11 Oktober 2019
Motivasi Pecutan Akhir
-       Persiapan Psikologi dan Fizikal Menghadapi Peperiksaan
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
25 Oktober 2019
Solat Hajat
Ustazah Thahabian

November 2019


Laporan Program 2019


Puan Nurhaiza Bt Che Mat


MURID CEMERLANG TINGKATAN TIGA
TARIKH
AKTIVITI

TINDAKAN
15 Januari 2019
Taklimat
-       Objektif Juara

Puan Rozinani Bt Awang
23  Januari 2019
Post Mortem Markah Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2
Pembentukan Kumpulan Belajar
Pelantikan Mentor

Puan Rozinani Bt Awang
28 Januari 2019
Penetapan Target Dan Teknik Belajar
Puan Rozinani Bt Awang
20 Februari 2019
Perjumpaan Ibu Bapa
Puan Rozinani Bt Awang
6 Mac 2019
Ujian Minda Sihat Dan Gaya Daya Tindak : Intervensi Meningkatkan Gaya Daya Tindak
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Feb- April
-Program Mentor Mantee bermula
-Program kumpulan belajar berkumpulan mengikut jadual
- Projek Guru Muda

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai a/p Ramoo

14 Februari 2019
Intervensi Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya Dan Kecekapan Pelbagai
Puan Rozinani Bt Awang
11- 15  Mac 2019
Ujian Penilaian 1

Puan Haslina Bt Rahim

5 April 2019


Analisa Markah Pencapaian Murid

Puan Haslina Bt Rahim
15 April 2019

Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan


Puan Kanagambigai a/p Ramoo
17 April 2019
Intervensi Pencapaian Murid Dan Kumpulan Belajar Berdasarkan Ujian I: Borang Penetapan Target


Puan Rozinani Bt Awang
6 -18 Mei 2019

Bulan peperiksaan Intensif
Puan Haslina Bt Rahim

11 Jun 2019

Analisa Markah Pencapaian Murid
Puan Haslina Bt Rahim
18 Jun 2019
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun; Borang Penetapan Target

Puan Rozinani Bt Awang
22 Jun 2019
Perjumpaan Ibu Bapa Hari Terbuka Akademik
Puan Rozinani Bt Awang
2 Julai  2018
Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan

Puan Kanagambigai a/p Ramoo
Jun – Ogos 2019
Program Speed Up Bermodul Cemerlang Bersama Kumpulan Belajar

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Narinder

Ogos 2019
Percubaan PT3
Puan Haslina Bt Rahim

3 Sept – 31 Oktober 2019
Ulangkaji Speed Up Bermodul Cemerlang
Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Narinder

3 September 2019
Anugerah Insentif Juara Permata

Puan Kanagambigai a/p Ramoo
3 September 2019
Motivasi Pecutan Akhir
-       Persiapan Psikologi dan Fizikal Menghadapi Peperiksaan
Puan Rozinani Bt Awang
11 Sept 2019
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Keputusan Peperiksaan Percubaan PT3: Halatuju Selepas PT3

Puan Rozinani Bt Awang

27 September 2019
Solat Hajat PT3
Ustazah Thahabian

November 2019


Laporan Program 2019

Puan Rozinani Bt Awang

MURID CEMERLANG TINGKATAN EMPAT, DUA DAN SATU.
TARIKH
AKTIVITI

TINDAKAN
15 Januari 2019
Taklimat
-       Objektif Juara

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
22  Januari 2019
Pembentukan Kumpulan Belajar
Pelantikan Mentor

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
27 Februari 2019
Penetapan Target Dan Teknik Belajar
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
6 Mac 2019
Ujian Minda Sihat Dan Gaya Daya Tindak : Intervensi Meningkatkan Gaya Daya Tindak
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Feb- April
-Program Mentor Mantee bermula
-Program kumpulan belajar berkumpulan mengikut jadual
- Projek Guru Muda

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai a/p Ramoo

11- 15  Mac 2019
Ujian Penilaian 1

Setiausaha Peperiksaan Ting 1,2 dan 4

5 April 2019


Analisa Markah Pencapaian Murid

Setiausaha Peperiksaan Ting 1,2 dan 4
15 April 2019

Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan


Puan Kanagambigai a/p Ramoo
17 April 2019
Intervensi Pencapaian Murid Dan Kumpulan Belajar Berdasarkan Ujian I: Borang Penetapan Target


Puan Rozinani Bt Awang
6 -18 Mei 2019

Bulan peperiksaan Intensif
Setiausaha Peperiksaan

11 Jun 2019

Analisa Markah Pencapaian Murid
Setiausaha Peperiksaan
18 Jun 2019
 Intervensi Pencapaian Murid Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun; Borang Penetapan Target Untuk Tingkatan 1 dan 2.
Pengiraan Merit Ke Institusi Selepas SPM Untuk Ting 4

Puan Rozinani Bt Awang
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
22 Jun 2019
Perjumpaan Ibu Bapa Hari Terbuka Akademik
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
2 Julai  2018
Anugerah Hadiah Galakan Individu Dan Kumpulan

Puan Kanagambigai a/p Ramoo
Jun – Ogos 2019
Program Speed Up Bermodul Cemerlang Bersama Kumpulan Belajar

Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Narinder

21 Ogos 2019
Bengkel Intervensi Minda Sihat
Puan Nurhaiza Bt Che Mat

Ogos –  Oktober 2019
Ulangkaji Speed Up Bermodul Cemerlang
Cik Lee Swee Ching
Puan Kanagambigai
Puan Narinder

14 Oktober 2019
Peperiksaan Akhir Tahun
Setiausaha Peperiksaan
4 November 2019
Anugerah Insentif Juara Permata

Puan Kanagambigai a/p Ramoo

11 November 2019


Laporan Program 2019
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang




10.0    PENGURUSAN RISIKO


10.0    PENGURUSAN RISIKO

RISIKO
PUNCA
PENYELESAIAN
TANGGUNGJAWAB
Kemalangan sewaktu pergi atau balik dari lawatan
Kecuaian
Memastikan borang perhubungan lawatan dipatuhi untuk melindungi kebajikan guru dan murid dan menjalankan taklimat kepada murid
Guru pengiring


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
            1) Borang Penilaian Keberkesanan Program Kaunseling Berfokus
            2) Penilaian Pra Dan Pos Intervensi Slot Bersama Guru Kaunseling

12.0    PENUTUP

            Diharapkan agar program Juara Permata ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari mentor, ibu bapa dan mantee itu sendiri bagi mencapai kecemerlangan akademik murid di samping psikososial minda yang sihat dan perkembangan kerjaya yang jelas.

Disediakan oleh,                                                                                                     
Guru Kaunseling
Tarikh:                                                                       


Ulasan,
__________________________________________________________________

Diluluskan oleh/Tidak diluluskan oleh,

Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:


It's your journey
You can choose your path
Hopefully this is the BEST for you
To reject that "KLUSTER KECEMERLANGAN"
And stay here...the  HOTSPOT place.
#redha #syukur 












































 

Telegram Channel