20 February 2019

Aktiviti Kelab 3/2019 :Kertas Kerja RIMUP Tahun Baru Cina








Kemeriahan RIMUP Tahun Baru Cina. UBK menganjurkan perjumpaan kelab dan persatuan hari ini bagi kali ke 3/2019 dengan aktiviti RIMUP Tahun Baru Cina. Terima kasih kepada semua guru penasihat yang membantu saya menjayakan program hari ini. Kelab Katering dengan yee sang, Kuiz dari Kelab Alam Sekitar, Kelab Interact dan Kelab Setia.  Tidak lupa juga persembahan dari Kelab Sejarah, Kelab BI dan Kelab Bahasa Cina yang memeriahkan suasana . Kepada anak-anak PRS yang membantu unit UBK dengan persiapan juruacara, persiapan pentas dan kain rentang. ...cikgu sayang anda semua!













KERTAS KERJA
RIMUP TAHUN BARU CINA
PERINGKAT SEKOLAH 2019

1.0       PENGENALAN
            Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Amalan guru penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra, makan bersama, meraikan hari lahir,  lawatan/ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan pelbagai program sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan murid sekolah ini terdiri dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

2.0       MATLAMAT
            Menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan menyerikan perayaan             sambutan kaum lain dengan suasana muhibbah.

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :           13 Februari 2019/ SMK Cheras/
                                                                       :           7.30 pagi hingga 9.00 pagi
          
           4.0       SASARAN                             :           Semua murid SMK Cheras



5.0       OBJEKTIF

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat


6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Warga sekolah dapat mempelajari budaya kaum lain dan bersama-sama  meraikan perbezaan amalan agar dapat menghormati antara satu sama lain.
Outcome
Murid menghormati antara satu sama lain dan tiada isu perkauman dan masalah disiplin yang melibatkan isu perkauman.


                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
Juadah Yee Sang
Koperasi

RM 50.00
2
Hadiah Kuiz Spontan
RM 2 x 30 orang
RM 60.00
3
Hadiah Kuiz VLE Frog
RM 2 x 15 orang
RM 30.00
4
Perhiasan pentas

RM 50.00
5
Persembahan

RM 600.00

RM 790.00








            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1
Juadah Yee Sang

RM 50.00
2
Hadiah Kuiz Spontan
RM 2 x 30 orang
RM 60.00
3
Hadiah Kuiz VLE Frog
RM 2 x 15 orang
RM 30.00
4
Perhiasan pentas

RM 50.00
5
Persembahan terbaik

RM 600.00



















RM 790.00








            8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

            AHLI JAWATANKUASA
            Pengerusi               : Encik Jamil Bin Jamaludin
            Timbalan Pengerusi :          Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
            Naib Pengerusi        :           Puan Saleha Bin Ali
                                                            Encik Raheman Ahmad
                                                            Cik Lee Swee Ching
            Setiausaha               :           Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1
AJK Pengacara Majlis Dan Buku Aturcara

Puan Rozinani Bt Awang
Puan Raudzah Bt A. Rahman
Kelab Kerjaya

·     
1.    1. Bertindak selaku pengacara majlis
           sepanjang program diadakan
22   2. Mengenalpasti dan melatih pengacara murid
           untuk persembahan dan game show  3.
       3. Menyediakan buku atur cara program4.
       4. Mengedarkan buku atur cara kepada VIP
            dan tetamu



  2
AJK Keceriaan Pentas

Cik Wong Mun Yee
Persatuan Bahasa Cina


1.   Menceriakan kawasan pentas Dataran Perhimpunan dengan hiasan Tahun Baru Cina
3
AJK Penyediaan Yee Sang

Pn Khairul Akhmar Bt Omar (K)
Pn Nurul Shafini Bt Abdul Hadi
Kelab Katering



1. Menyediakan yee sang dan peralatan menghidang
2. Menyampaikan taklimat mengenai sejarah yee sang
4
AJK Penerangan Sejarah  Sambutan Tahun Baru Cina

Puan Murni Bt Mat Jali
Puan Mas Atikah Bt Zakaria
En Chan Yoong Keong

Pn Nurul Arina Bt Asha’ari
Persatuan Sejarah

·       
1. 
          1. Memberikan taklimat mengenai sejarah Sambutan Tahun Baru Cina , pantang larang orang Cina dan budaya yang diamalkan sewaktu perayaan.

4
Persembahan

Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman (K)
Puan Norhana Bt Taufik
Puan Norlali Bt Ani
Kelab Budaya Dan Muzik




1.Mengadakan persembahan oleh ahli Kelab Muzik
2. Memilih peserta dan menyusun persembahan

5
Persembahan Bahasa Melayu

Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek
Puan Soraya Bt Abdul Rafar

Puan Suhaibah Bt Mat
Persatuan Bahasa Melayu
1. Menyediakan satu persembahan dalam masa 3 hingga 5 minit untuk gurindam Tahun Baru Cina dalam Bahasa Melayu.

6
Persembahan Bahasa Inggeris

Usha Kamari a/p Ramu
Kavitha a/p Chelliah
Farah aisyah Bt Shamsudin

Zahirah Bt Abdul Halim
Balasegar a/l Muniandy

(Persatuan Bahasa Inggeris)
1. Menyediakan poem yang sesuai bertemakan Sambutan Tahun Baru Cina
  dalam masa 3 hingga 5 minit dalam Bahasa Inggeris.

7

Persembahan Bahasa Cina

Wong Mun Yee
Ang Choon Ai

Cik Lie Kiet Wei/ Cik Tuong Loy Mui
Kelab Bahasa Cina


1. Menyediakan nyanyian beramai-ramai oleh murid –murid dari Kelab Bahasa Cina dalam bahasa Mandarin.

8

Kuiz Spontan
Slot 1
Narinder Kaur a/p Peara Singh
Kanagambigai a/p Ramoo
(Kelab Interact)

Slot 2:
Nor Haiza Bt Jaine
Mahnun Bt Ibrahim
(Kelab Setia/ Malaysiaku)


Slot 3:
Cik Noraini Bt Jamaluddin
Pn Tipah Bt Ngah
Pn Haslina Bt Abd Rahim
(Kelab Pencinta Alam/Alam Sekitar)
1) Setiap slot menyediakan 5 kuiz spontan untuk dijawab oleh murid
2) Sebaik sahaja kuiz selesai, angpow Tahun Baru Cina terus diserahkan kepada pemenang.
9
Kuiz VLE Frog
Puan Norliza Borhan (K)
Puan Norhaniza Bt Abd Jamil
Puan Norazah Bt Aris

Kelab Komputer & ICT
1.    Menyediakan kuiz RIMUP Tahun Baru Cina dalam bentuk VLE Frog yang ditutup pada 12 Februari 2019.
2.    Penyampaian hadiah kepada 15 orang murid yang dapat menjawab kuiz dengan betul iaitu 10 murid sesi pagi dan 5 orang murid sesi petang.
10
Siaraya

Pengawas Sekolah



1.    Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
2.    Memutarkan lagu yang sesuai




11

JURUFOTO
Puan Norliza Rafie (K)
Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
(Kelab Pengguna)


1.    Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

12
Dokumentasi

Puan Amirah Bt Muhamed Kamil
Siti Amrah Bt Mohd Idris
Solehah Bt Ahmad

Hamizah Bt Md Aris
Haliza Bt Halid
(Kelab STEM)


1.    Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan
2.    Membukukan maklumat dan gambar yang terpilih
3.    Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan
4.    Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan HEM untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

13
AJK Persiapan Tempat

Pn Nafsah Bt Mohd Shah
En Mohd Nasrun Bin Ahmad
Thahabian Bt Ab Rahman
Pn Normilah Bt Mohd Noh

Pn Nurul Hamiza Bt Nodzari
Pn Haslina Bt Hashim

(Persatuan Agama Islam dan KKQ)


1. Mengatur label untuk kedudukan Kelab Dan Persatuan di dataran perhimpunan
2. Memastikan penyediaan meja juruacara dengan skirting
3. Memastikan pentas dihias dengan bunga-bungaan
4. Menyimpan semula peralatan yang digunakan

14
AJK Penyediaan Hadiah

Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali
Pn Aziyanti Bt Abu Khanipah
(Persatuan Seni Lukis)





1. Menyediakan hadiah angpow seperti anggaran kewangan.


             
        
9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Persatuan Bahasa Cina


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


            Rabu

            Sebelum Majlis

7.00 pagi
Penyediaan Tempat
Kelab Agama Islam & KKQ

7.20 pagi
Pengedaran Buku Program
Kelab Kerjaya

7.20 pagi

Mengambil kehadiran ahli kelab dan pengurusan kelab
Semua kelab




7.40 pagi

Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Kelab Kerjaya



Ucapan Pengetua

Penerangan Sejarah Tahun Baru Cina

Kelab Sejarah

Penyediaan Yee Sang
Kelab Katering



Kuiz Spontan RIMUP Tahun Baru Cina
Kelab Interact

Persembahan 1: Sapelele
Kelab Budaya Dan Muzik
8.00 pagi




Persembahan 2: Poem
Kelab Bahasa Inggeris


Selingan: Kuiz Spontan RIMUP
Kelab Setia/Malaysiaku

Persembahan 3: Gurindam
Kelab Bahasa Melayu


Selingan : Kuiz Spontan RIMUP

Kelab Alam Sekitar


Persembahan 4: Nyanyian Bahasa Cina
Kelab Bahasa Cina

Persembahan 5 : Tarian Singa

8.55 pagi

Pengurusan murid beratur mengikut kelas masing -masing
Pengawas Bertugas
9.00 pagi

Bersurai ke kelas masing - masing
Pengawas Bertugas


             

            10.0     PENGURUSAN RISIKO

           
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Dataran perhimpunan tidak dapat digunakan
Hujan lebat
Penggunaan di dewan
Guru bertugas


11.0     PENUTUP

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.
           
Disediakan oleh,                                                                 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)                                                      
Guru Kaunseling
Tarikh:


Ulasan:

________________________________________________________________            ________________________________________________________________


Diluluskan/Tidak diluluskan oleh,




(JAMIL BIN JAMALUDIN)
Pengetua
Tarikh:



Chloe! Klinik Mesra






Kelab Sejarah menyampaikan sejarah Tahun Baru Cina dan dibantu guru penasihat En Chan menerangkan mengenai penggunaan yee sang

Para pentadbir menggaul yee sang dan mengucapkan kata kata positif untuk tahun 2019















Kuiz dari 3 kelab berselang seli dan pemenang diberikan kupon wang















tarian singa

 

Telegram Channel