Total Pageviews

22 February 2019

Ziarah Cakna : Menjejak Murid Berisiko Keciciran Sekolah





Bulan Feb dan Mac , sasaran kami menjalankan Ziarah Cakna untuk murid -murid tingkatan 5 yang berisiko keciciran sekolah. Jika konsultasi yang memerlukan saya menghubungi ibu bapa menerusi telefon tidak dapat dilakukan kerana kesalahan nombor telefon atau tidak pernah diangkat atau tidak mendapat kerjasama murid untuk nombor telefon ibu bapa yang terkini, maka saya perlu ke rumah. Amalan ini memang sudah dijalankan bertahun lamanya.
Ziarah di rumah murid ting 5 yang sudah 10 hari tidak hadir ke sekolah secara berterusan. Tiada siapa yang pasti apa yang berlaku padanya dan nombor telefon yg diberikan juga sewaktu mendaftar tahun lepas tidak berjaya dihubungi.
Hasil lawatan murid ini berbalut simen di kaki dan berjalan menggunakan tongkat. Memang ada kawan -kawan kelas lain yang datang ke rumah untuk melawatnya tetapi tidak memaklumkan kepada guru. Ibu juga ada memberitahu menyerahkan surat MC kepada sekolah tetapi apabila ditanya, kepada murid mana yang diserahkan MC tersebut untuk dihantar ke guru, ternyata kami gagal mendapatkan jawapan.
Apabila ditanya kepada murid, dia mengaku memang surat MC tidak diberikan kepada sesiapa dan masih tersimpan dalam beg! Adoila anak...berderet dah 10 hari cikgu tulis ponteng. Memandangkan dia merupakan murid baru di ting 4 pada penggal kedua persekolahan tahun lepas dgn rekod kehadiran surat amaran ketiga...maka tidak hairan jika guru kelas masih menyangka dia ponteng kelas.
Maka apabila ibu memunggah begnya di hadapan kami barulah kami berjaya mendapatkan surat pengesahan doktor iaitu MC sebulan ke sekolah.
Sambil memaklumkan kepada ibu mengenai prosedur jika anak tidak hadir ke sekolah, kami memberikan nombor telefon guru kelas murid tersebut untuk dihubungi oleh ibu jika mempunyai masalah kehadiran.





Rumah kedua

Hasil ziarah kami tahun lepas, murid ini suka bersendirian dalam bilik . Murid mengaku mempunyai masalah fobia sosial untuk berjumpa dgn orang lain sejak dari dulu lagi tetapi survive juga hingga tamat ting 3 2017. Namun di  ting 4 pada 2018 pada awal persekolahan lagi dah menjunam teruk. Hasil ziarah cakna 2018, saya membimbing ibunya untuk merujuk kepada doktor di klinik kesihatan cheras yang mempunyai operasi khas hari Jumaat untuk Klinik Remaja untuk masalah remaja untuk dirujuk ke peringkat yang lebih pakar. Kehadiran on off perkara biasa.
Namun sejak naik di ting 5, Hanya beberapa hari hadir untuk Jan dan Feb murid ini langsung tidak hadir  dan ibu langsung tidak menghubungi guru kelas. Oleh sebab itu perlu untuk kami mengetahui status terbarunya dan berjumpa sendiri dgn murid ini.


Rumah
Murid kes rayuan semula yang dibuang pada ting 4. Murid baru masuk dari sekolah lain dan mendaftar di ting 4 tahun lepas namun kehadiran sangat teruk hingga dibuang sekolah tahun lepas.
Isunya satu sahaja..murid ini tidak suka apabila dia ditukarkan dari sekolah asalnya tanpa berbincang dahulu dengannya dan tiba tiba didaftarkan di sekolah saya dan dipaksa belajar di sekolah ini. Walhal dia sudah berada dalam elektif subjek yang disukainya di sekolah asal dan gembira dgn kawan kawan yang ada..tetapi di sekolah ini dipaksa untuk mengambil elektif yang tidak disukainya dan segalanya baru.
Ternyata murid ini sukar berada dalam sistem persekolahan kerana masalah konflik keluarga yang tidak berkesudahan dan walaupun ibu mengaku kesilapannya menukar sekolah anak tanpa perbincangan dan tidak menyangka anak bertindak sedemikian kerana setiap hari melihat anaknya berpakaian sekolah dan dihantar bapa ke sekolah.


6.50 am punch in
6.25 pm punch out
7.50 pm reach home..
Hectic Friday. 
Mesy PIBG 3.30 - 6.25 pm







No comments: