23 February 2019

Majlis Sulaman Kasih: Persaraan Ketua Sektor Psikologi Kaunseling WPKL 2019




Sabtu yang penat redah jem sana sini melalui pelbagai urusan hari minggu. Tetapi teruja untuk meneruskan perjalanan lagi ke Cititel Midvalley pada pukul 11.45 pagi. Bukan semata mata kerana saya adalah AJK untuk Majlis Sulaman Kasih ini tetapi lebih kepada ingin bersama sama meraikan persaraan Ketua Sektor Psikologi Kaunseling WPKL iaitu Cikgu Hajah Rosnah Bt Abdullah yang mesra disapa Kak Ros. Sejak beliau menjawat jawatan ini sejak 2015, kami diberikan peluang untuk menyertai pertandingan inovasi dan sejak itu ia menjadi pencetus kepada kami untuk sentiasa kaya dgn idea untuk membuat inovasi. Setiap tahun kami menyertai pertandingan inovasi hanya pada tahun 2018, kami berehat setahun dari menyertai pertandingan setelah menggondol pingat untuk tiga tahun berturut. Tetapi kami masih menciota inovasi dan disimpan utk 2019. Kami pernah menerima pingat emas tahun 2015 dan 2016 untuk.sistem maklumat, manakala pingat perak untuk modul tahun  2017 dan 3 bintang dalam KIK kumpulan inovatif kreatif.  




Majlis ini mendapat sambutan dari ramai agensi seperti dari JPWP sendiri yang mana tuan pengarah sendiri turun padang untuk merasmikannya. Dari Majlis Guru Kaunseling KL sendiri yang membantu selaku AJK. Penolong pengarah HEM Unit Kaunseling iaitu En Rofii sendiri sebagai pengerusi, Unit Kaunselor Organisasi Daerah selaku orang kuat program iaitu Pn Noorlia, geng AKRAB, geng PERASA, geng Majlis Guru Kaunseling dari 4 Daerah menengah dan rendah dan Bhgn Psikologi Kaunseling KPM juga turut hadir. Memandangkan sasaran kami 150 orang maka kuota itu sahaja yang kami boleh menjemput tetamu.
Ia adalah majlis anjuran KLCA persatuan NGO untuk pendidik yang berlatarbelakangkan kaunseling yg pernah bertugas di WPKL. Kek berbentuk pulut kuning dan ada serundingnya juga disediakan untuk dipotong.
Harapan saya....agar Ketua Sektor Psikologi yang baru nanti akan dapat memegang jawatan ini dengan berkaliber sepertinya dan aktif memainkan peranan.

Reunion
Sahabat lama 


























































 

Telegram Channel