Bermula bulan ini kami menjalankan operasi dashboard kehadiran murid. Dashboard ini diletakkan dihadapan tapak perhimpunan. Warna hijau ialah list kelas kehadiran murid yg melepasi 95%. Warna kuning ialah list kelas melepasi 90%. Warna merah ialah list kelas kurang 90% dan merupakan amaran utk kelas kelas tersebut.
Dari list kelas amaran..UBK akan zoom kelas yang rating terendah untuk diambil tindakan terlebih dahulu seperti menyemak surat amaran ponteng masing masing yang telah dikeluarkan dan sesi perjumpaan kaunseling kelompok bersama guru kaunseling.
Hari ini projek Zoom murid dari 4 kelas yg mempunyai rating terendah iaitu kelas 5 XXX rating kelas ting 5 yang paling bawah dengan peratus kehadiran 78% sahaja dan murid ting 4 XXX dengan peratus kehadiran 77% sahaja utk Feb
Kami mulakan dengan ting 4 XXX. Pada awalnya kami menjalankan scan murid dengan meminta semua murid ting 4 XXX berada dalam bilik mesyuarat dari pukul 7.30 hingga 8.00 pagi. Setiap murid dianalisa rekod kehadiran mereka ke sekolah. Hanya murid yg hadir penuh ke sekolah dan murid yang tidak hadir kurang 3 hari sahaja yang dibenarkan masuk ke kelas semula manakala murid selebihnya menjalani sesi soal jawab dengan pengetua dan barulah kami menjalankan kaunseling kelompok sehingga pukul 8.30 pagi hingga 8.45 pagi. Ternyata hanya 3 murid ponteng tegar tetapi murid lain pula bersilih ganti tidak hadir dengan sengaja menyebabkan dalam sehari 4 hingga 8 orang tidak hadir secara bergilir yg menjejaskan peratus kehadiran pula.
Sesi kaunseling kelompok dijalankan bagi mengetahui punca dan harapan murid untuk hadir ke sekolah.
When counselling
When counselling
Is your passion :)
Dashboard kehadiran dengan senatai
nama kelas yg diprint mengikut warna iaitu
hijau dengan peratus melepasi KPI, warna kuning 90 % memuaskan dan warna merah dengan peratus kehadiran yg diberi amaran dengan di bawah 90%.
Perjumpaan dgn murid dari salah satu
Kelas rating terendah dengan amaran.