23 April 2019

Kelab Doktor Muda SMK Cheras



Sudah lama tak buat kerja menampal nampal, memotong motong untuk bantu projek murid hahaha. Minggu lepas sewaktu sekolah perlu menghantar buku skrap Doktor Muda, satu projek yang tidak pernah disertai oleh sekolah ini sebelum ini. Terdiam sekejap guru penasihatnya tidak tahu nak mula dari mana. Maka Unit Bimbingan Kaunseling cuba membantu dengan menyalurkan bahan -bahan mengenai Bahaya Rokok iaitu tema yang diberikan kepada pasukan Doktor Muda pada tahun ini. 

Memberikan peluang kepada ahli Kelab Doktor Muda untuk menyampaikan ceramah dan syarahan di dataran perhimpunan dengan bahan -bahan dari bilik kaunseling. Bahkan kami memang ada sudut kesihatan dan bahaya rokok di sudut bilik kaunseling untuk ahli Kelab Doktor Muda beraksi di sudut tersebut.

Sewaktu pameran PPDa kami menjemput ahli Kelab Doktor Muda untuk membuka booth pameran dan memberikan kesedaran kepada murid -murid

Throwback geng folio 
terbaikzonpudu10kali












 

Telegram Channel