14 May 2019

Panduan Menguruskan Kaunseling Berfokus






Pagi Selasa saya menuju ke Puterajaya untuk ke Galleria atas jemputan Majlis Guru Kaunseling Puterajaya bagi membimbing guru-guru bimbingan dan kaunseling di sana untuk tajuk Kaunseling Berfokus.

Anda boleh mendapatkan slaid penuh saya untuk mendapatkan maklumat mengenai kaunseling berfokus.
Klik link ini untuk mendapatkan slaid presentation kaunseling berfokus
SLAID KAUNSELING BERFOKUS 


Klik link ini yang sudah mempunyai contoh cara melengkapkannya
BORANG KAUNSELING BERFOKUS
Jika anda menggunakan biodata murid mengikut format sekolah anda atau spsk pun tidak mengapa :)

 Saya membimbing bagaimana perlaksanaan kaunseling berfokus dari 3 bidang iaitu Disiplin, Akademik dan PPDa pada tahun sebelum 2016 dan di mana sejak 2017 kaunseling berfokus pada borang LPBK telah ditambahbaik dengan fokus kepada 4 bidang perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunsleing dan setiap subbidang mempunyai pecahan masing - masing untuk lebih menfokuskan kes yang dikendalikan.

Bagi peningkatan disiplin, anda wajib mengambil subbidang yang paling tinggi peratus menyumbang kepada masalah disiplin sekolah anda. Bak kata nazir , jika disiplin itu yang paling perlu diambil diberikan perhatian mengapa tidak menjadikan ia kaunsleing berfokus anda. 

Jika anda mempunyai lebih dari satu guru kaunseling, anda boleh berkongsi subtajuk yang sama tetapi lain murid-muridnya. Cth saya ambil 10 murid ting 5 ponteng tegar dan Rozi ambil 10 murid tingkatan 3 ponteng tegar dan Raudzah ambil 10 murid tingkatan 2 ponteng tegar. Intervensi program kami jalankan bersama.

setiap subbidang yang kita pilih perlu mempunyai senarai nama dan program yang perlu dijalankan . Intervensi yang dijalankan, boleh diambil untuk kajian tindakan atau kajian kes.
Bagi kajian tindakan yang mempunyai impak yang tinggi, boleh dipilih sebagai satu amalan terbaik dan dibesarkan populasi murid tersebut. Cthnya untuk kaunseling berfokus ada 10 hingga 15 orang dan kita mengambilnya sebagai kajian tindakan atau kajian kes.

Contoh kajian tindakan kaunseling berfokus klik sini kajian tindakan kaunseling berfokus
Bagi contoh kajian kes saya ada masukkan dalam entri blog sebelum ini.

Impak yang tinggi kita ambil dan jdikan populasi satu sekolah atau murid sasaran yang lebih ramai untuk amalan tetbaik kaunseling. Intervensi yang menggunakan tools tertentu atau praktis yang anda cipta dan ubahsuai anda boleh jadikan ia dalam bentuk inovasi pula.

Menarik kan?

Satu projek boleh shoot sampai 3 perkara yang meningkatkan profesionalisme kita dan jangan lupa key in dalam splkpm bahagian penilaian kendiri mengenai kajian tindakan yang kita buat setelah ditunjukkan kepada pengetua. Begitu juga inovasi sekiranya ada menggunakan sesuatu alat dan praktis yang anda cipta sendiri dan menunjukkan impak.

Good luck :)

















 

Telegram Channel