Slot yang dikendalikan oleh saya untuk Bengkel Intervensi Murid Berisiko Cicir Dan Murid Cicir Peringkat WPKL ialah kajian tindakan secara kaunseling berfokus terhadap murid-murid berisiko cicir ini. Saya membimbing guru-guru kaunseling menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme masing masing memandangkan ia sebuah penulisan ilmiah dan diiktiraf. Jangan lupa key in dalam splkpm bahagian penilaian kendiri untuk penyelidikan. Anda akan mendapat 10 mata merit. Kertas kajian tindakan disahkan oleh pengetua dan tunjukkan eviden kepada setiausaha LDP.
Saya share draf kajian tindakan khas untuk sasaran murid berisiko cicir dan murid cicir sahaja. Semoga guru -guru dapat menjalankan kajian tindakan yang mudah dengan adanya panduan.
Sila rujuk slaid ini dahulu SLAID KAJIAN TINDAKAN MURID BERISIKO CICIR
Sila rujuk cara mengisi borang kaunseling berfokus BORANG KAUNSELING BERFOKUS BERIMPAK
Mulakan dengan borang pengesanan ini untuk list murid kaunseling berfokus murid cicir
Data untuk perkembangan murid kaunseling berfokus
Borang rumusan di akhir kajian tindakan. Jika separuh dari murid sasaran berjaya positif selepas intevensi maka intervensi itu berjaya. Ini contoh
Tindakan yang dijalankan sila gunakan mana-mana intervensi Modul SUDI atau intervensi yang telah dicipta sepanjang bengkel dijalankan dalam kumpulan atau jika ada mana -mana intervensi yang dijalankan oleh anda.
KAJIAN TINDAKAN: INTERVENSI BUTTERFLY SUIT UNTUK MENANGANI MURID
BERISIKO CICIR SEKOLAH
OLEH
NURHAIZA BT CHE MAT
SMK CHERAS,
JALAN YAAKOB LATIFF, CHERAS,KL
nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com
1.0
Refleksi
Yang Lalu
Sepanjang bulan Januari – Mac 2019, terdapat 3 % murid berisiko
cicir dikenalpasti melalui sistem APDM sekolah, maklumbalas dari guru tingkatan
dan guru mata pelajaran. Setiap murid berisko cicir ini menyumbangkan hanya 50%
-60% kadar kehadiran murid ke sekolah sepanjang Januari hingga Mac 2019. Ini
menyumbangkan kepada peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah. Murid
berisko cicir seramai 3% ini juga merupakan penyumbang kepada data murid buang
sekolah pada tahun 2018 dan penerima surat amaran kedua dan ketiga pada tahun
2018. Intervensi kaunseling yang terancang dan berterusan perlu dijalankan
untuk menangani murid berisiko cicir ini dari semakin meningkat peratus
ketidakhadiran ke sekolah dan meningkatkan data buang sekolah. Diharapkan
dengan adanya satu program intervensi yang konsisten masalah murid berisiko
cicir ini dapat ditangani.
2.0
ISU KEPRIHATINAN
3 % murid berisiko cicir
dikenalpasti melalui saringan data APDM oleh guru kelas, penyelaras tingkatan
dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3.0 OBJEKTIF
3.1 Objektif
Umum
Melalui tindakan yang
dijalankan, diharapkan
1)
Peratus murid berisiko cicir dapat dikurangkan
3.2 Objektif
Khusus
Melalui
tindakan yang dijalankan, diharapkan agar dapat:
1) Mengenal pasti intervensi
untuk murid berisiko cicir
2) Murid berisiko cicir dapat mengurangkan kadar
ponteng sekolah dan kekal bersekolah sehingga akhir sesi persekolahan.
4.0 KUMPULAN
SASARAN
10
orang murid berisiko cicir
5.0 PERLAKSANAAN
KAJIAN
5.1 TINJAUAN
MASALAH
Tinjauan
masalah berdasarkan data APDM Januari hingga Mac 2019 dan maklum
balas dari pihak guru kelas
5.2 ANALISIS
TINJAUAN MASALAH
1) Analisis peratus murid berisiko cicir bulan
Januari – Mac tahun 2019 mencecah 3%
2) Analisis data peratus kehadiran murid murid
berisiko cicir ke sekolah hanyalah 60% sahaja sepanjang Januari – Mac 2019
5.3 TINDAKAN
YANG DIJALANKAN
5.3.1 Menyediakan kertas kerja
5.3.2 Menjalankan
soal selidik
SOAL SELIDIK KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH
Bil
|
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
Saya
tidak minat subjek akademik tertentu
|
||
2
|
Saya
sering tidak menyiapkan kerja sekolah
|
||
3
|
Saya
tidak suka dengan guru tertentu
|
||
4
|
Saya
bergaduh dengan kawan saya
|
||
5
|
Saya
selalu tidur lewat dan sukar bangun pagi
|
||
6
|
Saya
bekerja hingga lewat malam dan letih
|
||
7
|
Ibu
bapa tidak sedar saya ponteng kerana ibu bapa keluar bekerja lebih awal
|
||
8
|
Sering
tertinggal bas dan bermasalah pengangkutan pergi ke sekolah
|
||
9
|
Tidak
berminat ke sekolah apabila ada aktiviti kokurikulum
|
||
10
|
Saya
rasa tidak bersemangat untuk ke sekolah
|
||
11
|
Nyatakan
sebab lain sekiranya tiada tersenarai di atas:
1)
2)
|
5.3.3 Analisa
Soal Selidik
Bil
|
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
Saya tidak
minat subjek akademik tertentu
|
8
|
2
|
2
|
Saya
sering tidak menyiapkan kerja sekolah
|
8
|
2
|
3
|
Saya
tidak suka dengan guru tertentu
|
5
|
5
|
4
|
Saya
bergaduh dengan kawan saya
|
1
|
9
|
5
|
Saya
selalu tidur lewat dan sukar bangun pagi
|
9
|
1
|
6
|
Saya
bekerja hingga lewat malam dan letih
|
5
|
5
|
7
|
Ibu
bapa tidak sedar saya ponteng kerana ibu bapa keluar bekerja lebih awal
|
7
|
3
|
8
|
Sering
tertinggal bas dan bermasalah pengangkutan pergi ke sekolah
|
2
|
8
|
9
|
Tidak
berminat ke sekolah apabila ada aktiviti kokurikulum
|
2
|
8
|
10
|
Saya
rasa tidak bersemangat untuk ke sekolah
|
10
|
0
|
11
|
Nyatakan
sebab lain sekiranya tiada tersenarai di atas:
1)
2)
|
5.3.4 Tindakan
Yang Dijalankan
1}Sesi kaunseling individu
dan kelompok
Menjalankan sesi kaunseling individu sebanyak 3 kali dan kaunseling
kelompok sebanyak 3 kali
2} Intervensi Personaliti Gaya
Belajar
Murid mengenalpasti gaya belajar masing -masing untuk disesuaikan dengan
personaliti agar memaksimumkan potensi diri.
3} Intervensi Modul SUDI : Jom Berjaya Bersama-Sama
Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru kaunseling untuk mencari
pengaruh kawan yang baik dan positif manakala kawan yang negatif dijauhi
4} Halatuju Selepas SPM: Meningkatkan kefahaman murid mengenai peluang
belajar di bidang vokasional dan kemahiran yang diminatinya selepas tamat
SPM
5.3.5 Konsultasi
Keibubapaan melalui Ziarah Cakna Dan Talian Kasih
Seramai 10 murid telah dihubungi ibu bapanya dan 4 murid telah dijalankan
ziarah cakna ke rumah untuk konsultasi keibu bapaan. Kontrak dengan ibu bapa
dijalankan untuk pemantauan anak dengan kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah
5.3.6 Ganjaran Tingkah Laku Positif
Murid yang berjaya menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif diberikan
ganjaran
5.3.7 Menyediakan
laporan
5.4 PERLAKSANAAN
TINDAKAN DAN IMPAKNYA
5.4.1 Keberhasilan
5.5 Refleksi
Kajian
Kajian tindakan ini
menunjukkan bahawa hasil yang positif berjaya menurunkan kadar murid berisiko
cicir jika adanya program dan intervensi yang dijalankan oleh guru guru kaunseling.
Murid yang berjaya menghapuskan terus masalah ponteng sekolah atau berjaya
mengurangkan ponteng sekolah berbanding bulan Januari hingga Mac 2019, telah
diberikan ganjaran sijil dan hadiah iringan kerana sahsiah
positif pada bulan Oktober 2019.
.
6.0 Cadangan
Kajian
Meningkatkan peratus
sasaran untuk intervensi murid berisiko cicir bagi kelas peperiksaan iaitu
kelas Tingkatan 5 atau Tingkatan 3 sahaja.
BIBLIOGRAFI
Mohd Fadzil Che Din
(2012). Pengenalan Kaunseling.Penerbitan Excellent Mind
Resources,Kelantan.
Semoga murah rezeki
kelas tambahan percuma
2 comments
tq puan..dapat saya buat rujukan utk kajian tindakan saya
sama sama