7 July 2019

Kelas Relief: Mengajar Sains 1 Imtiyaz




Hari ini saya rasa mcm janggal pula tak berjumpa anak anak 1 Imtiyaz selepas hampir 3 bulan bersama mereka. Sejak guru Sains mereka Cikgu Rita bersalin, kelas ini tiada pengganti untuk mengajar Sains. Bermula dgn saya mendapat relief kelas ini, dan saya membelek buku sains mereka dan mengajar kelas ini. terus saya memohon agar setiap kali jika relief kelas Sains 1 Imtiyaz Cikgu Rita, saya ingin mengambilalih dgn mengajar subjek ini. Subjek hakiki saya sewaktu posting dulu mengajar Sains menengah rendah untuk tempoh tiga tahun dari 2001 hingga 2004. Oleh itu kesempatan ini saya gunakan dari diberi kelas relief untuk menjalankan aktiviti bimbingan , lebih baik saya memohon relief tetap kelas ini untuk mengajar kerana ia merupakan subjek yg boleh saya ajar. Guru kaunseling boleh diberi relief 8 masa seminggu dan saya memohon relief tetap 6 masa seminggu ini untuk mengajar sehingga guru ganti Sains tiba tup tup sampai 3 bulan mmg tiada guru ganti. Memasuki makmal sekolah setelah hampir 15 tahun tidak mengajar di makmal, membuatkan saya teringat ingat pengalaman di awal posting dulu. Relief 6 masa seminggu di kelas 1 Imtiyaz saya gunakan dengan sebaik mungkin. Mungkin agak ketinggalan zaman sedikit memandangkn saya tidak tahu menggunakan aplikasi KBAT atau adakah saya mengajar mengikut  pengajaran pdp abad ke21?  Saya mengajar mengikut cara saya...dgn harapan murid faham dan terisi juga masa mereka dgn pengajaran dan pembelajaran. 

Durian oh durian
Lesson learn







 

Telegram Channel