25 July 2019

Kertas Kerja Majlis Penghargaan Dan Pelantikan Pemimpin Murid 2019

IKrar pemimpin sekolah


Ketua Pengawas SMK Cheras sesi 2019/2020: Halimatun




                                             Pengerusi Lembaga Pusat Sumber Sekolah sesi 2019/2020
                                                             Muhammad Farietz Bin Sharani

Pengerusi PRS sesi 2019/2020 Hana Humaira

Pengerusi Koperasi Sekola: Erica Tang 

Saya kongsikan kertas kerja majlis penghargaan dan pelantikan pemimpin sekolah. Namun pada bajet kewangan tiada untuk PRS dinayatakan kerana saya telah menyediakan kertas kerja yang berasingan seperti yang telah saya upload dalam entri sebelum ini kerana menggunakan sepenuhnya duit PCG Kaunseling. Kertas kerja ini disediakan oleh penyelaras tahun ini iaitu Cikgu Rodiyah dari Setiausaha PSS



KERTAS KERJA
MAJLIS PENGHARGAAN DAN PELANTIKAN
PEMIMPIN SEKOLAH
SMK CHERAS SESI 2019/ 20


1.0              PENDAHULUAN

Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Koperasi merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah. Setiap badan tersebut mempunyai peranan yang amat penting dalam membantu pihak sekolah untuk memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Justeru, majlis penghargaan dan pelantikan ini diwujudkan bagi menghargai sumbangan murid yang terlibat dan membentuk mereka untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan. 


2.0              MATLAMAT

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang terlibat atas sumbangan mereka dalam membantu pengurusan sekolah berjalan dengan lancar di samping memperkenalkan barisan pemimpin Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Koperasi yang baharu kepada murid-murid lain.


3.0              TARIKH / TEMPAT / MASA
Dataran Informasi SMK Cheras (Pagi)    7.30 - 9.00 Pagi     
Dewan Kris Mas SMK Cheras (Petang)  1.00 - 2.30 Petang
24 Julai 2019 ( Rabu)


4.0              KUMPULAN SASARAN
145 orang Pengawas Sekolah
          85 orang Pengawas Pusat Sumber
          44 orang AJK Koperasi
          40 orang Pembimbing Rakan Sebaya




5.0              OBJEKTIF

5.1          Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Koperasi supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
5.2          Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
5.3          Memberi contoh teladan dan motivasi kepada murid-murid yang lain untuk menjadi pemimpin yang berwibawa.

6.0              KPI (Indikator Output dan Outcome)
OUTPUT
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang terlibat atas sumbangan mereka dalam membantu pengurusan sekolah berjalan dengan lancar di samping memperkenalkan barisan pemimpin Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Koperasi yang baharu kepada murid-murid lain.

OUTCOME
Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik dan melahirkan pemimpin yang berwibawa.



7.0              IMPLIKASI KEWANGAN / BAJET
PUNCA KEWANGAN :
Bil
Pendapatan
Jumlah
1.
SUWA
RM 1112.00
2.
PIBG
RM 4670.00
3.
KOPERASI
RM   140.00

Jumlah besar

RM   5922.00


ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
SUMBER KEWANGAN
1
Banner
1 unit X RM 150.00
RM      150.00
SUWA
2
Hadiah Penghargaan :
a)Ketua Pengawas
b)Timbalan Ketua
b)Pengawas

Hadiah Penghargaan :
a)Ketua PSS
b)Penolong Ketua PSS
b)Pengawas PSS

Hadiah Penghargaan :
a)Pengerusi
b)Naib Pengerusi
b)AJK Koperasi


1 orang X RM 30.00
2 orang X RM 20.00
30 orang X RM 12.00


1 orang X RM 30.00
1 orang X RM 20.00
26 orang X RM 12.00


1 orang X RM 30.00
1 orang X RM 20.00
10 orang X RM 12.00

RM        30.00
RM        40.00
RM      360.00


RM        30.00
RM        20.00
RM      312.00


RM        30.00
RM        20.00
RM       120.00
3
Dokumentasi
4 salinan X RM 15.00
RM        60.00
JUMLAH
RM  1112.00
4
Blazzer (Pengawas )
50 orang X RM 50.00
RM   2500.00
PIBG

Blazzer (pusat sumber)
20 orang X RM 50.00
RM     1000.00
5
Lencana besi (Pengawas )
100 orang X RM 7.00
RM     700.00
6
Tanda Nama
(Pusat Sumber)
40 orang X RM 10.00
RM      400.00
7
Jamuan VIP
14 orang X RM 5.00
RM        70.00
JUMLAH
RM  4658.00
8
Cenderamata VIP
2 orang X RM 70.00
RM      140.00
Koperasi
JUMLAH
RM      140.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM   5922.00



8.0              AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi                         : En. Jamil bin Jamaludin - Pengetua
Naib Pengerusi                : Pn Nor Azlinda bt Hasmunih - GPK HEM
: Cik Lee Swee Ching - GPK Tadbir
: Pn Salehah binti  Ali - GPK Kokurikulum
: Pn. Maheran binti Abd Mutalib- GPK Petang

Setiausaha   Pengawas    : Pn Ratna Dewi a/p P. Gopalakrishna
Sekolah

Setiausaha   Pengawas    : Pn Rodiyah bt Mohamad
Pusat Sumber Sekolah

Setiausaha Koperasi       : Pn Aziyanti bt Abu Khanipah

JAWATANKUASA PELAKSANA
BIL
JAWATANKUASA
TANGGUNGJAWAB
1
Pengurus Majlis

Pn. Ratna Dewi a/p P. Gopalakrisna
Pn. Rodiyah binti Mohamad
Pn. Azianti binti Abu Khanipah
-   Memastikan perjalanan majlis lancar
1
Pendaftaran
Sesi pagi
Pn. Norhaizad bt Taharim (k)
Ajk murid
Sesi petang
Cik Tuong Loy Mui (k)
Ajk murid

-   Menyediakan borang pendaftaran .
-   Memastikan murid yang terlibat mendaftar.
-   Memaklumkan kehadiran peserta kepada AJK Penyelia Peserta dan Pengacara Majlis.
2
Pengacara Majlis  
Sesi pagi
Pn Rita Indraiani bt Surip
Ajk murid
Sesi petang
Pn Naimah bt Ibrahim
Ajk murid


-   Menyediakan skrip yang sesuai dengan majlis.
-   Menyedia/ melatih murid untuk mengacara majlis.
-   Mendapatkan kehadiran peserta daripada AJK Pendaftaran.
-   Mengendalikan majlis dengan lancar.
-   Menyerahkan satu salinan skrip pengacara majlis kepada AJK Dokumentasi.
3
Bacaan Doa
En Mohd Rizal bin Mat Salim
Wakil murid
-   Menyedia dan membacakan teks doa semasa majlis.
-   Menyerahkan  satu salinan teks  doa kepada AJK Dokumentasi.
4
Jemputan
Pn Rozinani binti Awang

-   Menyediakan surat jemputan untuk tetamu kehormat/ jemputan.
-   Menghantar surat jemputan kepada tetamu kehormat/ jemputan.
-   Menghubungi tetamu kehormat/ jemputan bagi mengesahkan kehadiran.
-   Menempah cenderamata yang sesuai untuk tetamu kehormat/ jemputan.
-   Menyerahkan  satu salinan surat jemputan kepada AJK Dokumentasi.
5
Teks Ucapan
Pn Atirah bt Mohd Riduan

-   Menyediakan teks ucapan perasmian yang sesuai untuk Pengetua/ tetamu kehormat/ jemputan.
-   Menyerahkan teks ucapan kepada perasmi sehari sebelum majlis.
-   Menyerahkan  satu salinan teks  ucapan perasmi kepada AJK Dokumentasi.
6
Buku Program
Cik Nurul Arina bt Asha’ari


-   Mendapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam Buku Program.
-   Menyediakan Buku Program dan memastikan buku tersebut dicetak secukupnya.
-   Menyerahkan Buku Program kepada semua hadirin yang hadir.
-   Menyerahkan  satu salinan Buku Program kepada AJK Dokumentasi.
7
PA Sistem
Sesi pagi
En Mohd Nidzam bin Mohd Yusoff
Sesi petang
En Bala Segar a/l Muniandy
-   Memastikan peralatan siaraya disediakan mengikut keperluan majlis.
-   Memastikan peralatan siaraya disimpan semula.

8
Persiapan Pentas
Sesi pagi
Pn Farah Aisyah bt Shamsudin (k)
Pn Murni bt Mat Jali
Sesi petang
Pn. Laili Azwa bt Tamrin (k)
Ajk murid
-   Menghias pentas, memastikan kebersihan pentas dan tempat  majlis berlangsung.
-   Memastikan semua  peralatan  yang telah digunakan disimpan  semula selepas majlis selesai.



9
Persiapan Tempat
Sesi pagi
En Amiruddin bin Mohd yusof (k)
En Nik Rahmat bin Nik Mood
Ajk murid
Sesi petang
En Ahmad Azran bin Abdul Rahman
En Abdul Rasyid bin Zakaria
Ajk murid

-   Menyediakan khemah yang mencukupi untuk penerima sijil.
-   Menyediakan kerusi yang mencukupi untuk guru dan penerima sijil.
-   Menyediakan meja untuk :
-                                                            pendaftaran
-                                                            pengacara majlis
-                                                            hadiah/ sijil
-   Menyediakan rostrum untuk tempat  berucap.
-   Memastikan semua  peralatan  yang telah digunakan disimpan  semula selepas majlis selesai.
10
Backdrop
En Abdull Azis bin Arbi
-   Menempah banner yang sesuai untuk majlis penghargaan dan pelantikan.
-   Menggantung banner sehari sebelum majlis berlangsung.
-   Menurunkan semula banner selepas majlis selesai.
11
Penyediaan Sijil
Cik Noraini bt Jamaluddin (koperasi )
En Abdul Rasyid bin Zakaria (pengawas)
Pn Faizah bt Rahim (PSS)
Pn Nurhaiza Bt Che Mat (PRS)
-   Mendapatkan senarai nama penerima sijil.
-   Menyediakan sijil untuk semua penerima sijil.
-   Menyerahkan sijil yang telah lengkap kepada AJK Hadiah dan Cenderamata.
12
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
Sesi pagi
Pn Sharihan bt Shaari (k)
Pn Nafsah bt Mohd Shah
Cik Wong Mun Yee
Sesi petang
Pn Aisyatul Nazliah bt Abdul Rani
Pn Murni Yati bt Masari
-   Menyediakan cenderamata untuk penerima sijil penghargaan.
-   Mendapatkan sijil daripada AJK Penyedia Sijil.
-   Menyediakan dulang untuk penyampaian hadiah/ sijil.
-   Mengendalikan acara penyampaian sijil/ cenderamata agar berjalan  lancar.
-   Memulangkan semula dulang setelah selesai majlis.
13
Penyelia Peserta
Sesi pagi
En Mohd Noor bin Mat Deris (k)
En Masrizal bin Abu Bakar
Pn Kanagambigai a/p Ramoo
Pn Tg. Laila Sari bt Tg. Jusoh
Sesi petang
Pn Noraida bt Mohamad (k)
Pn Faiza bt Mamat
-   Memastikan guru dan murid mendaftar.
-   Mendapatkan Buku Program untuk mengenal pasti kedudukan penerima sijil/ cenderamata.
-   Memastikan penampilan murid kemas dan berpakaian  lengkap.
-   Menyusun atur kedudukan peserta.
-   Memastikan majlis berjalan lancar.


14
Fotografi dan Dokumentasi

Pn Nor Azlina Bt Che Omar
Pn. Nurhaiza binti Che Mat

-   Menyediakan kamera dan mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung.
-   Mencetak gambar dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi untuk didokumentasikan.
-   Mengumpul semua maklumat berkaitan majlis untuk didokumenkan.
-   Menyerahkan salinan dokumentasi yang lengkap dua minggu selepas majlis berlangsung kepada :
-       Setiausaha Dokumentasi Sekolah
-       Setiausaha Pengawas Sekolah
-       Setiausaha Pusat Sumber
-       Setiausaha Koperasi 
15
Persiapan Jamuan VIP
Sesi pagi
Pn Nurul Shafini bt Abd Hadi
Sesi petang
Pn Suhaibah bt Mat
-   Menyediakan menu jamuan yang sesuai untuk tetamu kehormat/ jemputan.
-   Memastikan hidangan untuk tetamu kehormat/ jemputan disediakan.
16
Disiplin
Sesi pagi
En Chan Yoong Keong(k)
Pn Khairul Akhmar bt Omar
En Marodzi bin Mehat
Sesi petang
En Mohd Ikhwan bin Che Muda
Cik Lee Kiet wei
-   Mengawal disiplin semua pelajar semasa majlis berlangsung.













9.0              TENTATIF
9.1 Tentatif Sesi Pagi

7.15 pagi         - Pendaftaran
7.30 pagi         - Bacaan doa
                        - Nyanyian lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera dan Lagu Sekolah
                        - Ucapan Pengetua SMK Cheras
- Ucapan Tetamu Kehormat dan perasmian
- Penyampaian Sijil Penghargaan :
AJK Koperasi, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan   Sebaya dan Pengawas Sekolah
                        - Penyampaian Sijil Pelantikan :
AJK Koperasi, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan   Sebaya dan Pengawas Sekolah
- Pelantikan Pengerusi (Murid) Sesi 2019/2020 :
  Koperasi SMK Cheras KL Bhd
  Pengawas Pusat Sumber
  Pembimbing Rakan Sebaya
  Ketua Pengawas
Serah Tugas :
AJK Koperasi, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbingan Rakan Sebaya dan Pengawas Sekolah
                        - Lafaz Ikrar
9.30 pagi         - Bersurai
9.2 Tentatif Sesi Petang

12.30 tgh         - Pendaftaran / Murid mengambil tempat
1.00 ptg           - Bacaan doa
                        - Nyanyian lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera dan Lagu Sekolah
                        - Ucapan Pengetua SMK Cheras
- Ucapan Tetamu Kehormat dan perasmian
                        - Penyampaian Sijil Pelantikan
AJK Koperasi, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan   Sebaya dan Pengawas Sekolah
- Lafaz Ikrar
2.30 pagi         - Bersurai
10.0          PENGURUSAN RISIKO
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab

Kehadiran pengawas , pengawas pusat sumber dan AJK koperasi

Kecemasan atau sakit

- mengenalpasti pengawas, pengawas pusat sumber dan AJK koperasi yang tidak hadir semasa pendaftaran.
- memaklumkan kepada AJK penyelia peserta, pengacara majlis dan AJK penyampaian hadiah dan sijil


AJK Pendaftaran
AJK penyelia peserta
Pengacara Majlis


11.0          KAEDAH PEMANTAUAN

Pemantauan  dibuat sebelum, semasa dan selepas  aktiviti dilaksanakan. Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua pihak.


12.0          PENUTUP

Semoga majlis ini akan menjadi satu kenangan manis bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK Koperasi Sekolah serta guru-guru yang terlibat. Manakala, bagi AJK yang baharu dilantik diharap akan lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugasan di samping dapat mewujudkan semangat kerjasama dan permuafakatan yang lebih jitu bagi membantu pihak sekolah dalam bidang tugas masing-masing.





Disediakan oleh :                                              Disemak oleh :

…………………………………                           ………………………………….
(PN RODIYAH BINTI MOHAMAD)                                 (PN NOR AZLINDA BT HASMUNIH)
Setiausaha,                                                      Penolong Kanan HEM,
Penyelaras Perpustakaan Dan Media               SMK Cheras, KL



Ulasan   : …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Diluluskan oleh/tidak diluluskan oleh :

………………………………………..
(JAMIL BIN JAMALUDIN AMP)
 Pengetua SMK Cheras
      


Countdown to Cameron Highland
Family gathering
And i really need a break :)






Penyerahan tugas Alifah Ketua Pengawas sesi 2018/2019 kepada Halimatun KP sesi 2019/2020
Penyerahan tugas Nurin selaku Pengerusi PPS sesi 2018/2019 kepada Farietz Pengerusi sesi 2019/2020
Penyerahan tugas Izz Rusyaidi Pengerusi PRS sesi 2018/2019 kepada sesi 2019/2020 yang baru






   
Penyerahan tugas Pengerusi Koperasi Sekolah sesi 2018/2019 kepada Pengerusi sesi 2019/2020









Barisan Exco Pengawas sesi 2018/2019

Barisan PRS


Barisan pengawas pusat sumber sekolah







Terima kasih Pengerusi PPS 2018/2019

































IKrar pemimpin sekolah




Tahniah Nurfarzana

 

Telegram Channel