14 July 2019

Lawatan Penandaaras PRS: Buddyz.fm SMK Simpang Rengam, Johor





Lawatan ke sekolah SMK Simpang Rengam, Johor. Naib johan amalan terbaik kaunseling  peringkat Kebangsaan dgn amalan terbaik mengenai Buddyz.Fm. Amalan yang dijalankan sewaktu rehat dengan PRS mengendalikan sepenuhnya bersiaran di konti.

Dengan tema Santai Dan Berinformasi serta Dakwah Santai Tapi Sampai 

Yang menariknya ialah komunikasi di konti menyebabkan dgn adanya latihan dan praktis berterusan menyebabkan kemahiran mereka semakin terserlah. Meningkatkan daya kepimpinan dan komunikasi yang lancar dan meningkatkan keyakinan untuk public speaking. Hasilnya murid yg menjadi DJ ini berpeluang untuk menjalankan tugas part time sebagai DJ atau pengacara majlis di majlis rasmi sekolah atau majlis rasmi luar sekolah hingga ke peringkat JPN dan kebangsaan.

DJ ini dilatih dan mempunyai tagline mereka sendiri. Setiap hari ada modul tertentu yg perlu dipatuhi dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Ada jadual DJ bertugas. Bermula dgn konti di makmal sekolah, stor dan akhirnya diberi konti khas untuk DJ bertugas.

Ada senior DJ yang hebat hebat telah dilahirkan dan murid PRS kami bertuah mendapat tunjukajar dari DJ Naz yang telah pun menjadi DJ di merata radio tempatan.

5 Cara Opening Penyampai Radio
1)Station ID nama radio dan frekuensi
2) Tagline Radio - imej sesebuah radio
3) Segmen - kongsikan info info yang menarik dan contoh
4) Perkenalkan diri : nama dan pembuka kata yang menarik
5) Masa -bagitahu masa siren









Saya yakin projek Buddyz Fm ini memang sangat sesuai untuk menonjolkan komunikasi anak -anak. Minggu depan saya dan team saya akan cuba melihat tempat -tempat yang sesuai untuk dijadikan permulaan konti kami dan barang-barang persiapan yang perlu di set up untuk menjalankan projek ini. Terima kasih anak anak SMK Simpang Rengam yang berkongsi modul harian mereka dan melayan pertanyaan anak anak ini.

Sekalung terima kasih kepada kepimpinan dan team UBK yang mantap sehingga dapat menghasilkan projek yang hebat dan bermanfaat. Terima kasih kpd pengetua Tn Hj Mohamad yang menyokong projek UBK di sini dan team guru kaunselingnya iaitu Puan Rogayah, En Rosli dan Pn Hasnah



Never think you're better than anyone else, 
but don't let anyone treat you like you're worse than they are.









Terima kasih Gayah


















Bilik kaunseling individu


Bilik kaunseling

Bilik kaunseling kelompok

Bilik pengurusan dan ruang tetamu






Terima kasih DJ Naz

DJ sekolah


Bengkel DJ dijalankan dipusat sumber




KOnti Buddyz Fm












Bergambar beramai di hadapan konti

Dihadapan konti 


Cherasian mencuba 


Cherasian mencuba bakat di konti








Dalam konti Buddyz Fm


Cikgu Rozi mencuba
















 

Telegram Channel