15 July 2019

Lawatan Penandaaras PRS: Soul Remedy Garden SMK Sri Intan, Kluang Johor




Kami bergerak ke SMK Seri Intan, Kluang Johor dari SMK Simpang Rengam. SMK Seri Intan merupakan sekolah yg mendapat pengiktirafan Naib Johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan tahun 2018.
Tajuk amalan terbaik ialah SRG2.0 -7 Remedy Bermodul Menarik Minat Murid Ke Bilik Kaunseling. Dibentangkan oleh Cikgu Rafiz Bin Mohd Salleh. Ada seorang lagi guru bimbingan dan kaunseling iaitu Pn Noraini.


Saya memilih sekolah ini kerana aktiviti yg dijalankan kelolaan UBK dan dibantu oleh team PRS dan Student Leader Board. Jadi mari kita lihat..
Tiba sahaja kami di sana, kami disambut oleh PRS dan SLB dan menyusuri susur Amalan Guru Penyayang sekolah ini.
Di dewan terbuka, kami dihiburkan dgn persembahan. Sebanyak 3 persembahan dipersembahkan kpd kami oleh murid murid yg dicungkil bakat mereka melalui aktiviti yg dianjurkan oleh UBK atau Soul Remedy Garden.

Dalam taklimat yg diberikan, operasi Soul Remedy Garden dijalankan sewaktu rehat. Antaranya creative remedy dan fun remedy pada hari Ahad, dance remedy pada hari Isnin,  tik tok remedy dan BBNU remedy pada hari Selasa,  zikir remedy pada hari Rabu dan ekaunseling pada hari Khamis. 

Ada jadual bertugas PRS di bilik kaunseling sewaktu aktiviti remedy ini dijalankan pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. 

Murid akan ke bilik kaunseling pada waktu rehat dan peningkatan jumlah murid ke bilik kaunseling sewaktu inovasi soul remedy garden ini diperkenalkan berbanding tahun sebelumnya.

Ada televisyen besar yg mana murid boleh mencucuk pen drive untuk dance remedy atau fun remedy. Ada pentas kecil dalam bilik kaunseling untuk aktiviti bakat. Ada kumpulan busker juga yg mengiringi sewaktu menikmati jamuan. Bakat yg dicungkil dari program anjuran UBK.

Terima kasih anak anak yg membantu dan melayan kami dgn baik. Semoga ilmu yg diperturunkan dapat dimanfaatkan. 

Take care Farietz
Bengkel Penulis DBP
Tanjung Malim














Terima kasih.





































 

Telegram Channel