19 July 2019

Lawatan Penandaaras UBK 5/2019: Pentadbir SMK Seri Mulia


Pagi Jumaat yang berkat, kami menerima rombongan pentadbir dari SMK Seri Mulia sekolah yang berhampiran dan dalam daerah yang sama dengan kami. 

Objektif sekolah ini hadir bersama pentadbirnya iaitu dari pengetua, penolong kanan HEM, penolong kanan kokurikulum, ketua guru disiplin, ketua guru kaunseling, guru koperasi untuk melihat sejauhmana keberhasilan program HEM dan koperasi yang boleh dirujuk untuk dijadikan panduan dan diaplikasikan di sekolah mereka.

Taklimat dimulakan dengan sesi perkenalan oleh tuan pengetua SMK Cheras iaitu En Jamil Bin Jamaludin mengenai barisan pentadbir SMK Cheras , diikuti oleh pengetua SMK Seri Mulia iaitu En Mustafa untuk memperkenalkan barisan pentadbir SMK Seri Mulia.

Slot dimulakan dengan En Mohd Noor memberikan taklimat mengenai disiplin sekolah program menangani murid lewat ke sekolah iaitu TOPAZ , disusuli oleh PK HEM menerangkan mengenai program kebersihan kelas iaitu EUREKA kehadiran murid. 

Saya membentangkan mengenai program Zoom In Kehadiran Murid Ke Sekolah hingga mendapat Johan Amalan Terbaik Kaunseling WPKL tahun 2015 dan kelima peringkat kebangsaan tahun 2015 dan Intervensi Dashboard Kehadiran Murid Ke Sekolah Mengikut Ranking Kelas Setiap Bulan. 
Saya menerangkan mengenai intervensi murid berisiko cicir di sekolah dari 1007 surat amaran pada tahun 2014 semakin berkurang setiap tahun sehingga 350 pada tahun lepas. Intervensi ini melayakkan kami mendapat Johan Amalan Terbaik Tahun 2017 WPKL dan keenam peringkat kebangsaan untuk kategori disipolin. Kami juga menerima anugerah perak inovasi modul peringkat kebangsaan untuk murid berisko keciciran sekolah pada tahun 2017 dan anugerah emas peringkat antarabangsa pada tahun 2019 anjuran Persatuan Kaunseling Antarabangsa (PERKAMA International)

Di bilik kaunseling saya menerangkan mengenai inovasi kami dalam sistem maklumat menyebabkan kami kurang menggunakan kertas. Inovasi eklien yang mendapat Johan Amalan Terbaik Kaunsleing pada tahun 2016 dan JOhan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan tahun 2016. 
serta Johan Inovasi Sistem Maklumat Bahagian Psikologi Kaunseling KPM 2016.

Semoga mana yang baik itu boleh diaplikasikan . Terima kasih atas lawatan.

Thanks panitia Agama
Delicious pizza...and lemang kari daging









































 

Telegram Channel