5 July 2019

Tajaan Tutor Skor A + SPM Dan Sumbangan Buku Oleh Yayasan Eco World


Terima kasih kepada Yayasan Eco World dan Pengarahnya, Tan Sri Lee Lam Thye yang menaja 50 murid SMK Cheras untuk online pembelajaran Skor A+ bagi tingkatan 4 dengan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Seramai 500 murid dari 10 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor  menerima tajaan akaun Tutor A+ SPM daripada Yayasan Eco World pada 2 Julai 2019 yang lalu.

Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kaedah pembelajaran Tutor A+ SPM yang menggunakan platform digital sesuai dengan perkembangan teknologi pendidikan kini yang sudah bergerak ke arah pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Majlis Penyerahan Tutor A+ SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yaacob Latif . Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah. juga turut hadir.


Murid perlu memberikan email ibu bapa juga untuk didaftarkan dan ibu bapa akan mendapat notifikasi mengenai pembelajaran anak-anak yang membuat kerja rumah dalam online tersebut.

 Seramai 3 murid dari SMK Cheras yang terpilih dalam sesi penyampaian tersebut bertindak selaku fasilitator untuk membantu pendaftaran kawan-kawan yang terpilih di dalam projek ini.

Sila ye anak-anak memanfaatkan yang diberi kepada anda. Hari ini murid-murid yang terpilih diberikan taklimat oleh saya untuk memanfaatkan sumber yang diberi.  Setiap murid didaftarakan dengan password yang berbeza untuk diakses dan yuran untuk setiap murid yang mendapat tajaan ini adalah RM 100. Ini bermakna sebanyak RM 5,000 telah ditaja kepada pihak sekolah.

Pihak pusat sumber sekolah pula menerima sumbangan buku buku.



Kesabaran 
Belajar bersabar selepas Ramadhan
Intipati Ceramah Maghrib 












 

Telegram Channel