Akhirnya tamat juga persekolahan hingga ting 5 bagi murid murid 5 Ibnu Rusyd ini, habis paper Sains Rabu lepas saya memenuhi janji kepada mantee ini untuk mengetuai lawatan terakhir mereka sbg murid SMK Cheras bermotif santai.
Umpama ketua konvoi dgn 10 motor mengikut dari belakang..maklumlah majoriti murid kelas ini memang penunggang motorsikal ke sekolah.
Sbg mentor kelas ini, yg mempunyai 20 murid lelaki dan hanya 2 murid perempuan tentulah havoc jadinya.
Murid kelas aliran MPV seni reka tanda dan jahitan pakaian ini memang murid yg selalu kena pujuk, marah, pujuk dan marah. Saya memulakan perkenalan saya selaku mentor sewaktu program mentor mantee dgn harapan agar semua murid kelas ini mempunyai sahsiah yg baik..tidak pandai tidak mengapa. Tidak mendapat A B C pun tidak mengapa untuk subjek SPM yg susah bagi mereka walau mereka dah cuba. Tetapi cuba mencari 3 kredit untuk subjek yg boleh bantu seperti BM, MPV atau Agama. dan Sej mesti lulus. Fokus kpd subjek tersebut dan subjek yg boleh bantu kredit. Saya tunjukkan kepada mereka senarai Kolej Kemahiran atau politeknik yg masih mengambil murid yg 3 kredit bahkan ada juga institusi kemahiran yg menawarkan tempat untuk mereka yang gagal. Nampaknya mereka berminat dan nampak jalannya...yg saya minta agar sahsiah dijaga. KURANG ponteng kelas dan ponteng sekolah untuk mendapat testimoni terbaik tamat ting 5.
Maklumlah kelas ini semasa di ting 4 adalah kelas yg bermasalah kehadiran top 2 the bottom sekali. Hampir sering kali juga murid muridnya dirujuk kerana bermasalah disiplin lalu saya yg volunteer kpd PK HEM untuk menjadi mentor kelas ini pada tahun 2019 memandangkan ramai murid SPOT The Butterfly dalam ini. Bersama dgn guru kelasnya Cikgu Azis yg komited orangnya menguruskan hal ehwal murid ini, saya membantu umpama ibu pula yg mendengar masalah anak anak ini
Saya memantau perkembangan mereka di ting 5 agar semua murid ini dapat tamat ting 5. Wah jauh di sudut hati saya, saya rasa seronok kerana anda semua survive ting 5 sekurang kurangnya mengubat kecewa saya terhadap dua murid yg tidak survive untuk menghabiskan ting 5 mereka.
Aktiviti kami memang santai memancing di kolam ikan, mandi kolam, mandi sungai, BBQ dan buat saya tersenyum dan saya rasa sejuk hati apabila saya minta mereka bersolat dan baca Yaasin malam Jumaat mereka dgn senang hati melakukannya.
Tentu saya akan mengingati mereka, merindui jeritan, usikan, tangisan mereka.
Anak anak yg baik..
Alhamdulillah
Dipermudah urusan
RELAKSASI MINDA MENTOR
MANTEE
PROGRAM CUTI SEKOLAH
1.0
PENGENALAN
Program cuti sekolah yang dijalankan
untuk mengisi masa murid dengan bermanfaat agar mentor dapat meraikan mantee di
hari terakhir sesi persekolahan mereka. Program relaksasi minda sesuai
dijalankan memandangkan program ini adalah program untuk merehatkan minda
setelah tamat peperiksaan SPM. Aktiviti yang dijalankan juga adalah aktiviti
yang memerlukan komunikasi antara murid dalam keadaan harmoni dan diharapkan
dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka.
2.0 MATLAMAT
Mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor
dan mantee dan dalam kalangan
murid dalam suasana tidak formal.
3.0 TARIKH/ MASA/
TEMPAT :
28 - 29 November 2019 di LOPO BLUE RIVER CHALET AND KEM, LOT 3463, KPG ORANG ASLI, SG LEPOH,
KUALA PANGSOON, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR
4.0 SASARAN
20
murid kelas 5 Ibnu Rusyd
5.0 Objektif
1)
Meraikan hari
persekolahan terakhir sebagai murid
sekolah
2)
Mencipta kenangan untuk
kejelekitan masing- masing sebelum berpisah.
6.0 KPI
Output
|
Murid merasa
diraikan dan dihargai kerana tamat persekolahan dengan sahsiah yang lebih
baik sebagaimana kontrak antara mentor dan mantee pada awal persekolahan.
|
Outcome
|
Menjalinkan
silaturrahim walaupun setelah tamat persekolahan antara mantee dengan mentor
|
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
Bil
|
Perkara
|
Sumber
|
Kos
|
Jumlah
|
1
|
Makanan
|
RM 15 x 20 orang
|
RM 300
|
RM 300
|
2.
|
Penginapan
|
RM 20 x 20 orang
|
RM 400
|
RM 400
|
Jumlah
|
RM 700
|
Perbelanjaan
Bil
|
Perkara
|
Kos
|
Jumlah Kos
|
Sumber
|
1.
|
Makanan
|
RM 15 x 20 orang
|
RM 300
|
Yuran murid
|
2.
|
Penginapan
|
RM 20 x 20 orang
|
RM 400
|
Tabung Kelas
|
Jumlah
|
RM 700
|
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
Encik Jamil Bin Jamaludin
Timbalan Pengerusi :
Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
Setiausaha
: Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
Naib Setiausaha : Puan
Rozinani Bt Awang
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
28
November 2019
10.30
pagi : Pendaftaran
11.00 pagi : Bertolak dari SMK Cheras ke Blue Lopo
Chalet, Hulu Langat, Selangor.
12.00 tgh hari : Tiba di Blue Lopo Chalet, Hulu Langat,
Selangor.
: Makan tengah hari
1.30 tgh hari : Solat Zohor
2.00 petang : Pertandingan memancing di kolam ikan
5.00 petang : Pertandingan memancing tamat
: Solat Asar
: Minum petang
5.30 petang : Sukaneka
7.00 malam : Rehat/ Solat Maghrib
8.00 malam : BBQ makan malam
10.00 malam : Tidur
29 November 2019
6.00
pagi : Solat Subuh
7.00
pagi : Senaman pagi/ Walking sekitar kampung
8.30
pagi : Sarapan pagi
9.00
pagi : Aktiviti Air Di Kolam Renang/ Di Sungai
11.30
pagi : Check Out Chalet
12.00
tengah hari : Bertolak ke SMK
Cheras, KL
12.50
tengah hari : Tiba di SMK Cheras,
KL
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Kemalangan
|
Kecuaian
|
Bawa ke hospital
|
Guru pengiring
|
Hujan
|
Faktor cuaca
|
Bawa permainan dalaman untuk aktiviti di
chalet
|
AJK Murid
|
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar program relaksasi minda program cuti sekolah ini
berjaya mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi memori
terindah pada hari terakhir persekolahan
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Disediakan
oleh,
Diluluskan oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
(Jamil Bin Jamaludin)