14 November 2019

Lawatan Penandaaras UBK Ke 10/2019: Dari MGK Baling, Kedah



Terima kasih kepada 35 orang guru dari MGK Baling, Kedah yang sudi hadir untuk lawatan penandaaras ke Unit Bimbingan Dan Kaunseling saya. 

Antara perkongsian saya mengenai penarafan lima bintang untuk kaunseling berfokus berimpak. Bagiamana saya menjalankan kaunseling berimpak untuk keempat-empat bidang perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bagaimana saya menaikkan data -data dan menjalankan kajian tindakan dan membuat inovasi untuk keempat -empat bidang.

Program minda sihat proaktif juga saya kongsikan intervensi 4 pendekatan dalam minda sihat iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.  Saya juga berkongsi mengenai guru cemerlang kaunseling untuk dikongsikan bersama guru -guru pelawat. 

Sewaktu perkongsian, saya mengajar mengenai kepentingan kajian tindakan dan inovasi dan bagaimana jadual waktu berfungsi untuk mengadakan program dan takwim untuk jadual program minda sihat menangani kes -kes pendekatan pencegahan bagi intervensi kes bunuh diri. 

Kak Julia juga dijemput dari Selangor untuk berkongsi mengenai pengurusan kaunseling. 

Terima kasih atas cenderamata kopi dan sijil dan yang terbaik ikan pekasam hihi.


Take care sis Kathy
Cheras -KLIA


























































1 comments

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada cg haiza dan seluruh team kaunseling SMK CHERAS. Smg segala kebaikak meladeni para tamu akan diberi ganjaran setimpal dunia dan kahirat.

 

Telegram Channel