Selamat malam! Warga Melaka. Bengkel Pemurnian Buku Pengurusan Sekolah selama tiga hari dua malam di Avillion Legacy Melaka.
Saya kongsikan part saya menubuhkan Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi Sekolah secara formal memandangkan selama ini saya hanya coaching guru yang berminat sahaja untuk menjalankan kajian tindakan bagi panitia. Tuan pengetua meminta saya membimbing dalam bentuk panitia pula kerana mahu setiap panitia dapat menghasilkan kajian tindakan dan inovasi. Oleh itu, saya menubuhkan unit ini untuk sokongan dan pementoran bagi setiap panitia untuk menghasilkan kajian tindakan dan inovasi mengikut kemampuan masing- masing.
Peluang pembentangan dan pertandingan akan diintai untuk menguji inovasi tersebut di tahap yang boleh diketengahkan . Yang pastinya, penerbitan akan dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu bentuk penulisan ilmiah guru -guru SMK Cheras. Semoga dipermudahkan.
Habis sahaja sesi pemurnian untuk bahagian pentadbiran dan kurikulum, kami ke Ikan Bakar Muara Sungai Duyung menikmati pemandangan laut dan senja. Memang cantik!
Kemudian kami ke Cruise Sg Melaka menikmati pemandangan Melaka di waktu malam dan berakhir dengan sambutan hari lahir Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum kami, Cik Lee Swee Ching.
Leadership bonding
KERTAS
KERJA
PELAN
OPERASI PENUBUHAN
UNIT INOVASI DAN KAJIAN TINDAKAN
SMK
CHERAS 2020
1.
0 PENDAHULUAN :
Fokus Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 –
2025 adalah n
taraf sistem pendidikan
sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju.
Faktor guru merupakan
salah satu daripada penentu kualiti sistem pendidikan.
Kajian lepas
banyak mempersoalkan kualiti guru dalam
aspek pengajaran dan pem
Fokus
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan
taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik
di negara maju. Faktor guru merupakan salah satu penentu kualiti sistem
pendidikan. Usaha yang boleh diambil oleh guru untuk memperbaiki amalan
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menjalankan kajian tindakan.
Kementerian telah menetapkan setiap jabatan menjalankan kajian tindakan namun
terdapat cabaran untuk guru –guru menjalankan kajian tindakan secara efektif. PIPP
2006 - 2010 pula telah menekankan mengenai latihan perguruan yang menekankan
mengenai penyelidikan dan pembangunan agar menjadikan budaya penyelidikan
sebagai budaya kerja pendidik guru. Dalam PIPP menekankan setiap guru perlu berinovatif
dalam memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Oleh itu kaedah yang diwajibkan adalah keperluan kajian tindakan dijalankan.
Namun demikian, di peringkat sekolah kajian
tindakan yang sepatutnya dijalankan dalam keadaan sukerela mendapat sambutan
dalam anggaran 10% guru sahaja dalam setahun. Manakala projek inovasi hanya
melibatkan penyertaan guru antara 1% sahaja dalam setahun. Ini adalah satu
budaya yang kurang menggalakkan penghasilan penyelidikan dan inovasi dalam
kalangan murid.
Pada alaf ini, pengajaran dan
pembelajaran Abad Ke 21 menerapkan kemahiran oleh guru dalam 6C. 6C merupakan
aspek pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pembentukan
watak dan kenegaraan. Apsek pemikiran kreatif menggunakan kecekapan minda
menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai. Guru dapat menggarap elemen KBAT dan PAK21 yang
berfokus kepada amalan berimpak tinggi untuk pengetahuan murid mengenai aktiviti semasa sekolah, menyediakan
aktiviti secara komprehensif dan fleksibel mengikut kesesuaian murid dan lokasi
dan murid sendiri boleh mengorganisasikan pengajaran dan pembelajaran
(perancangan bahan, aktiviti
mengendalikan pembelajaran selaku fasilitator).
Oleh itu, satu
unit kajian tindakan dan inovasi ditubuhkan untuk membimbing guru-guru yang
berminat dalam kajian tindakan dan inovasi bagi peningkatan profesionalisme
guru itu sendiri. Unit yang ditubuhkan dapat membantu sebagai unit sokongan
kepada guru-guru mengetengahkan idea mereka bukan sahaja kepada warga sekolah malahan
ke peringkat yang lebih tinggi.
2.0 MATLAMAT :
Mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian
tindakan dan meningkatkan penghasilan inovasi oleh warga sekolah
3.0. TARIKH/
MASA/ TEMPAT : Januari hingga November 2020
4.0 SASARAN : Semua warga sekolah
5.0 OBJEKTIF
Objektif
penubuhan unit ini untuk:
2.1 Memupuk sikap menjalankan penyelidikan kajian
tindakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menilai impak
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Menilai amalan terbaik pengajaran dan
pembelajaran guru untuk dijadikan amalan guru –guru yang lain sebagai contoh
terbaik.
2.3 Menjalankan penyelidikan melalui kajian
tindakan untuk menilai impak keberkesanan program Hal Ehwal Murid dan aktiviti
Kokurikulum yang dapat dijadikan amalan terbaik sekolah.
2.4 Menubuhkan sistem sokongan untuk guru –guru
menjalankan inovasi dan seterusnya menyertai pertandingan inovasi bagi dinilai
oleh orang luar mengenai prestasi inovasi yang dicipta untuk manfaat kepada
murid-murid di sekolah.
6.0 KPI
(Indikator Output Dan Outcome)
Output
|
Penyelidikan kajian tindakan atau inovasi dihasilkan
setiap tahun untuk membantu peningkatan kemenjadian murid dan peningkatan
profesionalisme guru-guru yang menghasilkan penyelidikan dan inovasi sebagai
amalan terbaik setiap tahun.
|
Outcome
|
Guru dan murid –murid yang dilatih, lebih yakin untuk
membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan
atau antarabangsa hasil kajian tindakan dan inovasi yang dijalankan dan
seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan inovasi setiap
tahun.
|
KPI Penghasilan Kajian Tindakan Dan Inovasi
2018
|
2019
(rintis)
|
2020
(projek dimulakan)
|
|
Bilangan
Penghasilan Kajian Tindakan Dan Inovasi
|
8
|
11
|
14
|
Bilangan
Penglibatan Dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan
Atau Antarabangsa
|
0
|
4
|
6
|
Bilangan
kemenangan dalam pertandingan inovasi
|
0
|
4
|
6
|
Bilangan
kajian ilmiah yang diterbitkan
|
0
|
4
|
6
|
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
SUMBER
|
JUMLAH
|
1
|
Pertandingan Inovasi Murid Dalam Pembelajaran
|
PCG Panitia
|
RM 100 x 10 panitia=
RM 1,000
|
2
|
Pertandingan Inovasi Guru
|
PIBG
|
RM 1,000
|
3
|
Penghasilan Buku Amalan Terbaik Kajian Tindakan
Dan Inovasi
|
Pusat Sumber Sekolah
|
RM 300
|
4
|
Pertandingan Inovasi Unit Kaunseling
|
PCG Kaunseling
|
RM 500
|
5
|
Pertandingan Kokurikulum
|
Ko kurikulum
|
RM 500
|
AHLI
JAWATANKUASA
UNIT
KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI
SMK
CHERAS 2020
Pengerusi
: En Jamil Bin Jamaludin
Pengetua
Timbalan
Pengerusi :
Naib
Pengerusi : Cik Lee Swee Ching
Penolong
Kanan Tadbir & Kurikulum
Pn
Nor Azlinda Bt Hasmunih
Penolong
Kanan HEM
Puan
Saleha Bt Ali
Penolong
Kanan Kokurikulum
Pn
Maheran Binti Ahmad
Penolong
Kanan Petang
Setiausaha Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Guru
Bimbingan & Kaunseling
Senarai Bidang Tugas
Bil
|
Senarai AJK
|
Tugas
|
1
|
Penyelaras
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
|
1.
Bertindak
selaku jurulatih untuk melatih guru –guru dalam penulisan penyelidikan kajian
tindakan melalui bengkel penulisan.
2.
Bertindak
selaku jurulatih terhadap penghasilan inovasi berimpak terhadap kemenjadian
murid.
3.
Selaku
ketua editor terhadap penghasilan penyelidikan kajian tindakan untuk
diterbitkan dalam buku Amalan Terbaik Sekolah setiap tahun.
|
2
|
AJK Pelaporan Dan Editor
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Nur Azlina Bt Che Omar
|
1.
Mencatatkan
minit mesyuarat dan laporan perjumpaan sewaktu kajian tindakan atau inovasi
guru dalam bengkel atau Dialog Prestasi dijalankan
2.
Editor
buku Amalan Terbaik Sekolah
|
3
|
AJK Fotografi Dan Multimedia
En Rahimi Bin Ab Karim
Encik
Hazmer Bin Mamat
|
1.
Menjalankan
aktiviti rakaman amalan terbaik di bilik darjah atas cadangan dari guru
kanan.
|
4
|
Cik Noraini Bt Jamaludin
|
1.
Membuat
pengesahan terhadap penyelidikan dan inovasi melalui eviden yang ditunjukkan
2.
Menentukan
giliran pembentang Kajian Tindakan atau Inovasi sewaktu Dialog Prestasi
|
5
|
AJK
Puan Rodiyah Bt Mohamed
|
1.
Pengurusan
penjilidan buku, penyimpanan dan pengedaran buku Amalan Terbaik Kajian
Tindakan Dan Inovasi SMK Cheras
|
6
|
AJK Grafik Dan Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi
|
1.
Mencipta
grafik untuk kulit buku Amalan Terbaik dan mencipta grafik untuk kain rentang
atau bunting pembentangan inovasi peringkat luar sekolah.
|
7
|
AJK Kajian Tindakan Dan Inovasi
Panitia
Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh
Ketua Panitia
|
1.
Merancang
kajian tindakan dan inovasi untuk panitia
2.
Menjalankan
kajian tindakan atau inovasi
3.
Menulis
kajian tindakan atau inovasi
4.
Membentangkan
dalam mesyuarat panitia
5.
Penerbitan
kajian tindakan dan inovasi
|
8
|
AJK Kajian Tindakan Dan Inovasi HEM
Puan Nafsah Bt Mohd Shah
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
1.
Merancang
kajian tindakan atau inovasi untuk Unit HEM
2.
Menjalankan
kajian tindakan atau inovasi
3.
Menulis
kajian tindakan atau inovasi
4.
Membentangkan
dalam mesyuarat HEM
5.
Penerbitan
kajian tindakan dan inovasi
|
9
|
AJK Inovasi Kokurikulum
Cik Hufaidah Bt Zakaria
Puan Rozinani Bt Awang
|
1.
Merancang
kajian tindakan atau inovasi untuk Unit Kokurikulum
2.
Menjalankan
kajian tindakan atau inovasi
3.
Menulis
kajian tindakan atau inovasi
4.
Membentangkan
dalam mesyuarat Kokurikulum
5.
Penerbitan
kajian tindakan dan inovasi
|
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
Proses
Aliran Kerja :
BIL
|
PROSES
KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
SASARAN
|
CATATAN
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
Penyelaras
|
AJK
Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi
|
|
2
|
Bengkel
LDP
|
Puan Nurhaiza Che Mat
|
Guru
–guru SMK Cheras
|
Bengkel
Penghasilan Kajian Tindakan Dan Inovasi
|
3
4
|
Bengkel
2
Pelaksanaan
kajian tindakan atau inovasi
|
Puan
Nurhaiza Che Mat
|
Guru
–guru mengikut panitia
Berdasarkan
jadual
Guru
yang terlibat
|
Bengkel
Sesi
konsultasi individu dan kelompok secara berjadual
|
5
|
Bimbingan
penyediaan slaid pembentangan peringkat sekolah atau menyertai pertandingan
|
Puan
Nafsah Bt Mohd Shah
Cik
Hufaidah Bt Zakaria
|
Guru
yang terlibat
|
Bimbingan
Individu Dan Kelompok
|
6
|
Penulisan
kajian tindakan atau laporan pelaksanaan inovasi
|
Pn
Nurhaiza Bt Che Mat
|
Guru
yang terlibat
|
Bimbingan
Individu Dan Kelompok
|
7
|
Pembentangan
atau menyertai pertandingan
|
Pn
Nurhaiza Bt Che Mat
Pn
Rozinani Bt Awang
|
Guru
yang terlibat
|
Bimbingan
gaya pembentangan kepada yang terlibat
|
8
|
Melaporkan
kajian tindakan secara bertulis untuk splkpm
|
Cik
Noraini Bt Jamaludin
|
Guru
yang terlibat
|
Pelaporan
kajian tindakan
|
9
|
Edit
artikel kajian tindakan atau inovasi oleh editor
|
Puan
Nurhaiza Che Mat
Pn
Rozinani Bt Awang
Pn
Nur Azllina Bt Che Omar
|
Guru
yang terlibat
|
Editor
|
10
|
Penjilidan
artikel dalam Buku Amalan Terbaik Kajian Tindakan Dan Inovasi SMK Cheras
|
Puan
Rodiyah Bt Mohamad
En
Abdull Azis Bin Arbi
|
Guru
yang terlibat
|
Penjilidan
|
Proses Aliran Kerja Berkumpulan :
BIL
|
PROSES
KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
1
|
Scaffolding
|
Ketua
kumpulan
|
2
|
Memilih
isu untuk dikaji
|
Ahli
kumpulan
|
3
|
Perancangan
pengumpulan data
|
Ahli
kumpulan
|
4
|
Sesi
perlaksanaan perancangan dan pemerhatian
|
Ahli
kumpulan
|
5
|
Dialog
Pedagogi menggunakan ayat menggunakan soalan Socratic
Iaitu
soalan mengenai soalan, soalan mencari penerangan dan soalan mencari bukti
atau bahan kepada pendapat
|
Guru
yang terlibat
|
6
|
Penulisan
laporan kajian tindakan
|
Guru
yang terlibat
|
7
|
Pembentangan
panitia
|
Guru
yang terlibat
|
8
|
Penerbitan
artikel kajian tindakan dan inovasi.
|
Guru
yang terlibat
|
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Panitia
tidak berminat untuk menghasilkan kajian tindakan dan inovasi
|
Kurang
bermotivasi
|
Menyediakan
ganjaran berbentuk sijil, pemarkahan keberhasilan guru dan hadiah iringan
untuk kajian tindakan atau inovasi terbaik.
|
Semua
Penolong Kanan
|
Panitia tidak dapat menghasilkan kajian
tindakan atau inovasi kerana sering menangguh perbincangan dan penulisan
|
Tiada kerjasama antara
ahli panitia dalam menjalankan projek
|
Menyediakan format
dalam bentuk tugasan individu dan ahli panitia hanya menulis projek
masing-masing mengikut format dalam borang tersebut sebagai eviden untuk
mewakili panitia
|
Guru panitia
|
11.0
KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program
PEMANTAUAN PENCAPAIAN
OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Semoga penubuhan unit kajian tindakan dan inovasi ini dapat
membantu lebih ramai guru untuk menghasilkan penyelidikan sehingga menjadi
budaya kerja untuk peningkatan profesionalisme guru. Unit ini menjadi pusat
latihan, runding cara dan membimbing guru menjalankan kajian tindakan atau
inovasi dengan cara yang lebih sistematik untuk menghasilkan amalan terbaik
dalam pendidikan yang boleh dicontohi untuk peningkatan kemenjadian murid.