4 November 2019

Ramah Mesra PRS Bersama Warga Emas: Mesra Home, Ampang, Selangor












Hari Isnin yang cerah dan kami memilih untuk menjalankan aktiviti lawatan ke rumah warga emas yang terletak di No 16, Jalan Watan 1, Taman Sri Watan, 68000 Ampang, Selangor. Rumah diusahakan oleh seorang jururawat yang aktif dalam kerja kesukarelawan. Rumah ini mempunyai 15 penghuni dan memerlukan dana untuk pengurusan warga emas di sini.

Seramai 34 PRS Bongsu Dan Muda terlibat dengan aktiviti ini. Projek yang diusahakan oleh guru praktikal kami Cik Nat. dan laporan ini juga disediakan olehnya. Terima kasih Nat.




              JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
HARI ISNIN
AKTIVITI (4 NOVEMBER 2019)
7.15 – 7.30 pagi
Pendaftaran peserta lawatan
7.30 – 8.00 pagi
Taklimat untuk murid
8.00 – 8.30 pagi
Murid bersarapan di kantin
8.30 – 9.00 pagi
Bertolak ke Rumah Sri Mesra
9.00 pagi
Sampai di Rumah Sri Mesra
9.00 pagi -12.00 tengah hari
Menjalankan aktiviti khidmat sosial di Rumah Sri Mesra
1)     Murid menjalankan aktiviti berkenalan bersama warga emas
2)     Murid membersihkan persekitaran rumah warga emas
3)     Murid-murid membuat persembahan dan beramah mesra bersama warga emas seperti  berikut :
-          Permainan batu seremban
-          Persembahan nyanyian
-          Berbual-bual 
-          Perkongsian tentang pengalaman murid
4)     Murid-murid menyuap warga emas makan nasi.
5)     Edaran sumbangan
6)     Sesi bergambar

12.00 tengah hari –
 12.30 tengah hari
Bertolak balik ke SMK Cheras
12.30 tengah hari
Sampai di SMK Cheras.

10.0     PENCAPAIAN PROGRAM

1.      Semua murid-murid dapat berkomunikasi dengan sebaik mungkin dengan pemilik dan warga emas di sana.
2.      Murid-murid telah menunjukkan keprihatinan kepada warga emas dan menyentuh hati mereka kerana mereka boleh menyuap warga emas dan memimpin mereka dengan berhati-hati dan teliti.
3.      Murid-murid telah diberi tugasan membuat folio, dan mereka telah membuat dan menghantar kepada guru-guru kaunseling.


11.0     KEMAJUAN/ MASALAH PROGRAM

Kemajuan
1.      Murid-murid telah berjaya membawa diri dengan baik dan berdisiplin sepanjang pengalaman mereka di Mesra Home Ampang.
2.      Sumbangan yang dapat membantu warga emas di sana seperti lampin orang tua, makanan dan sebagainya telah disediakan oleh murid-murid PRS.

Masalah
1.      Murid-murid ada masalah komunikasi dengan warga emas kerana ramai yang mempunyai percakapan yang kurang jelas. Terdapat seorang warga emas yang pekak, bisu dan buta. Ini menambahkan lagi kesukaran untuk berkomunikasi dengan murid-murid.
2.       Murid-murid tidak dibenarkan bertanya warga tua tentang soalan-soalan yang beremosi. Ini menyebabkan mereka berasa sukar untuk memikirkan solan-soalan yang boleh ditanya.

12.0     PENAMBAHBAIKAN

1.      Murid-murid boleh berbual-bual dengan warga emas di sudut berlainan agar suasana lebih sunyi untuk mereka mendengar kata-kata warga emas di situ. Selain itu, murid-murid boleh belajar bahasa signal sebagai pengetahuan untuk menyediakan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang kurang upaya pada waktu kelak.
2.      Murid-murid boleh membincangkan dan menyediakan skrip-skrip soalan yang sesuai ditanya kepada warga emas dengan iringan guru pembimbing supaya dapat lebih peka terhadap perasaan warga emas.

13.0     PENUTUP


Program ini dijalankan dengan jayanya. Diharapkan agar lebih pelajar dapat mengunjungi Mesra Home Ampang pada waktu kelak.



Alhamdulillah penarafan 
5 bintang Kaunseling Berfokus Berimpak
Dan Minda Sihat Proaktif
Ke Kebangsaan 
































 

Telegram Channel