8 December 2019

Day 1: Trip Backpackers From KL To Taipei, Taiwan.


Cuaca yang baik..mood yg baik. Saya menuju ke KLIA menaiki ETS Putrajaya.
Perjalanan ke Taipei dgn MH 3600. 
Perjalanan yg memakan masa 5 jam. Percutian kami adik beradik untuk eratkan silaturahim. This is not ME time but SIBLING time. 

Tiba di Taipei International Airport ..tempat pertama yang dituju tentulah toilet selepas hampir 5 jam duduk..minum dan minum. Toilet sangat besar dan sangat bersih. Oh one thing jika anda travel di negara yang bukan Islam ini, make sure wet tisu atau botol kosong di bawa kerana tiada air dalam setiap bilik tandas tersebut. 
Kami menuju ke MRT dan membeli token. Token berharga NDT 300 utk 2 org sehala ke A1 Taipei Main Station. 

Dari Taipei Main Station, kami berjalan kaki menuju ke Taipei Oxygen Hostel . No 100, Section 1, Chongqing South Road Taipei. Kira kira 10 minit berjalan kaki guna applikasi google maps mode jalan kaki. Betul betul kedudukan di sebelah starbucks. Paling murah dalam pencarian di booking.com. Tempat untuk tidur sahaja, kami cari sahaja yang mutah:) Berdekatan dgn MRT, Train, Stesen Bas berjalan kaki antara 8 minit hingga 10 minit sahaja. Sangat strategik. 

Pening kejap bila sampai Taipei Main Station  sbb banyak tempat exit dan setiap exit merupakan shortcut ke destinasi tertentu. Maknanya kena tahu exit pintu mana yg menuju ke alamat tersebut. Sudah pukul 5 petang tetapi cuaca mulai gelap macam senja di Malaysia. Rupanya pkl 5.10 sudah masuk Maghrib di sini. 

Melirik mata melihat ramainya manusia dan sistem pengangkutannya yang sibuk. Ingin melintas jalan dan setiap jalan rayanya mesra pejalan kaki. 
Agak selesa penginapan asrama ni, yang penting murah dan bersih. Toilet 5 bintang dan asrama pun bersih. 


Walaupun jam menunjukkan pukul 6 petang tetapi cuaca dalam keadaan malam seperti pukul 9 malam. Kedai makanan Muslim akan ditutup pukul 7.30 mlm dan apalagi kami mulakan pencarian dgn google map dan sampai ke restoren Muslim Beef Noodles Restaurant yang terletak di 23 Yanping Zhongzheng Dist. Kebetulan semeja dengan seorang pengunjung Indonesia dan dia yang merakam gambar kenangan kami berdua. 
Menu Kak Ema berharga NT 130 iaitu Original Flavoured Beef Soup Noodles atau Kuah Bening Special. Yang ada tambahan sebiji lagi itu ialah kuih 
Menu saya Braised Rib Fingers Soup Noodles atau Kuah Pedas Siroin.Harga NT 190. Nama sahaja menu ni pedas..untuk lidah orang Malaysia..tidak pedas langsung ni. 

Jemput tengok menu menu di sini :)

Aktiviti malam hari pertama di sini berjalan jalan melalui kedai, melalui tempat ibadat mereka dan masuk ke Watson dan 7Eleven. Pukul 9 malam dah macam pukul 11 malam, kurang orang di jalan dan kami balik hostel untuk berehat. 


Good night Taiwan :)




 

Telegram Channel