5 December 2019

EduBlogger Meetup: Day 2/2019



My mentor Raihan Jalaluddin
Saya mendaftarkan diri dalam perjumpaan EduBlog meetup #2 ini sewaktu scroll mesej di group telegram Majlis Guru Cemerlang Malaysia. Apabila cikgu hailmi maklumkan mengenai iklan perjumpaan blogger pendidikan ini dengan tinggal hanya 5 penyertaan sahaja, saya mengambil terus peluang ini dengan mesej Cikgu Hailmi untuk maklumat lanjut dan membayar yuran penyertaan pada urusetia. RM 60 yang sangat berbaloi untuk ilmu sepanjang dua hari bersama pengisian dari pihak Apple dan blogger blogger yang sudah membina jenama mereka sendiri. 

Bagi saya perjumpaan ini berjaya mencapai impian saya iaitu berjumpa sendiri dengan blogger blogger yang sudah mempunyai jenama mereka sendiri dan mengaut apa sahaja ilmu dari tips tips yang dikongsikan. Antara perkara yang membuatkan saya puas hati dalam bengkel 2 hari ini ialah:

1) Saya sudah dapat domain saya sendiri nurhaizachemat.com. Terima kasih Cikgu IK yang memberi bimbingan kenapa dan mengapa perlu blogger mempunyai domainnya sendiri. Sekurang kurangnya nama domain pilihan saya itu berstatus selamat dan ada yang membantu untuk back up posting posting saya di blog. Bayangkan dari tahun 2015 saya ingin mendaftar domain akhirnya direalisasikan hari ini. Domain blogspot saya sudah bertukar ke dot com sahaja..


2) Sewaktu saya mula bergelar blogger pada tahun 2013, saya suka melihat posting Cikgu Hailmi dan posting blog Cikgu Zamrud. Saya membaca entri blog mereka dan melihat perkembangan kemajuan blog mereka dan seronoknya apabila saya berada satu kumpulan bersama mereka ! Blogger Farah mengajar  dgn sabar dan melayan setiap pertanyaan saya setiap kali saya tidak faham dengan terma yang digunakan. Cikgu hailmi pula memberikan tips semalam mengenai ....dan bersambung hari ini mengenai webrank. Seronok pula tengok point yang diberi kepada blog saya ialah 57% wow...tak sangka kira markah lulus gitu. Terus semakin up motivasi nak menulis lagi😊



3) Blogger Zaki dgn laman webnya bmspm benar benar memberikan inspirasi kepada saya. Saya membayangkan admin yang muda dan tidak menyangka memang ilmu teknologi maklumat guru yang hampir berpencen ini sangat menginspirasikan dan masih ingin belajar dan belajar. 




Hari kedua perjumpaan blogger pendidikan. 
Dimulakan dengan sesi perkongsian oleh blogger otai seperti Cikgu Zaki. Blog menggunakan nama bmspm yang perghh sangat infomatif. Walaupun hampir berpencen, Cikgu Zaki mempunyai webnya  sendiri dari tahun 1998 lagi rasanya. Semangat betul tengok guru otai masih energetic dan 

Slot berkumpulan pula, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang sudah mempunyai blog berada dalam kumpulan bersama cikgu hailmi dan blogger Raihan Jalaludin. Dalam kumpulan ice breaking kami, saya mengenali blog blog lain seperti blog cikgusains,  dengan keunikan masing masing. Saya belajar


Acara cabutan bertuah yang ditunggu tunggu...tadaaaa...saya dapat cenderamata tudung Ariani memang rezeki menambah koleksi Ariani saya. Dan yg paling saya seronok apabila saya juga mendapat cabutan bertuah coaching one to one dgn blogger Raihan Jalaludin. 
Wah..😊





 

Telegram Channel