8 January 2020

Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan 2020


 Wajah wajah ketua ting dan penolong ketua tingkatan 


Hari ini kami anjurkan bengkel kepimpinan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Bila bincang mengenai isu macam macam yang keluar, dan apabila diminta apa yang perlu dibuat melalui perkongsian bimbingan kelompok macam macam idea yang keluar dari ahli kelompok untuk bantu pemimpin kelas lain menangani isu. 


Antara cadangan ahli sendiri  untuk penambahbaikan untuk menjaga kebajikan ahli majlis ketua tingkatan ini ialah:
1) mewujudkan pass keluar dari ketua tingkatan beri kebenaran kpd murid 
2) jamuan akhir tahun seperti badan khas pemimpin sekolah yang lain
3) membawa handphone untuk memudahkan mereka menghubungi guru huhu wow sangat idea ini
4) name tag nama mereka beserta jawatan
5) kem kepimpinan di luar
6) perjumpaan sebulan sekali untuk berbincang
7) sijil pelantikan sudah ada  tetapi sijil penghargaan akhir tahun  juga ingin ditambah

Nanti kita bawa cadangan ini ye untuk dipertimbangkan :)

Barisan AJK Tertinggi Majlis Ketua Tingkatan

Ucapan Aluan PK HEM


KERTAS KERJA
BENGKEL KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN
SESI 2020

1.0           PENGENALAN 
           
Peranan ketua kelas amat penting di dalam membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk dilantik menjadi ketua kelas berdasarkan kepada penampilan dan ketrampilan iaitu sikap kebertanggungjawaban yang ada pada murid tersebut. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti untuk diberikan latihan khusus membantu guru dalam pengurusan kelas. Ketua tingkatan bertanggungjawab untuk kawalan disiplin rakan-rakan mereka di dalam kelas. Ketua-ketua tingkatan perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di kelas dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan murid agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna memandangkan mereka adalah diiktiraf sebagai pemimpin sekolah. Justeru itu, bengkel ketua tingkatan perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua tingkatan agar mereka dapat memupuk jati diri yang baik. Selain itu diharapkan agar bengkel ini dapat mewujudkan kerjasama dan kejelekitan antara ketua dan penolong ketua kelas, agar sepakat sebagai satu pasukan yang bekerjasama dan bertoleransi antara satu dengan yang lain.

2.0 MATLAMAT   
Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang berkemampuan membantu guru dan rakan sekelas agar kelas teratur dan terurus dengan berkesan serta mampu melonjak peningkatan bukan sahaja akademik malah turut memberi impak terhadap sahsiah dan disiplin.

3.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA
      Tempat : Dewan Kris Mas, SMK Cheras.

      Tarikh : 8 Januari 2020 (Rabu)

Masa : 10.00 pagi – 03.00 petang


4.0       SASARAN 
Semua ketua dan penolong kelas bagi sesi pagi dan petang di SMK
Cheras.

5.0      OBJEKTIF
           1. Penampilan dan ketrampilan diri ketua tingkatan dan penolong ketua di tahap yang
               boleh dicontohi.
           2. Mengetahui peranan dan tanggungjawab dengan lebih jelas untuk menggunakan    
               jawatan  mereka dengan berkesan selaku pemimpin.

6.0     KPI (Indikator Output Dan Outcome) 
Output
Penglibatan 100% ketua dan penolong ketua tingkatan 2020  mengikuti modul dan aktiviti bengkel ketua dan penolong ketua tingkatan yang telah dirancang dan dapat mengenal pasti isu ketua dan penolong ketua tingkatan.
Outcome
Pengurusan kebersihan dan keceriaan kelas yang lebih baik dan mengurangkan salah laku murid di dalam kelas.


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

           Tiada



8.0       JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi                                : En Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)
Naib Pengerusi 1                    : Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih 
                                                  (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2                     : Puan Maheran Binti Abdul Mutalib
                                                  (Penolong Kanan Petang)
Setiausaha                               : Pn. Nurhaiza bt Che Mat


8.1       JAWATAN KUASA KERJA

BIDANG
NAMA GURU
BI            BIDANG TUGAS
AJK Pengacara Majlis
Puan Rozinani Bt Awang
      Bertindak selaku juruacara majlis dan melantik pembaca doa.
AJK Pendaftaran
Puan Salina Bt. Mohd Isa


Menyediakan borang pendaftaran dan memastikan semua peserta menandatangani borang pendaftaran
AJK Penilaian
Puan Atirah Mohd Riduan
Menganalisa penilaian murid dan menyerahkannya kepada AJK Dokumentasi
AJK Dokumentasi
Puan Nurhaiza Che Mat
Menyiapkan laporan dokumentasi
AJK Modul
Puan Nurhaiza Che Mat
Menyediakan modul bengkel program
AJK Jurugambar
Puan Nurazlina Bt Che Omar
Mengambil gambar sepanjang program dan mencetaknya untuk diserahkan kepada AJK Dokumentasi



9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN
          9.1      URUSETIA
                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling
                                                             
          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN
10.30 -10.45 pagi
Pendaftaran  
10.45 – 11.00 pagi

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

11.00 -11.30 pagi
Taklimat Oleh Setiausaha Majlis Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan iaitu Pn Salina
Pemilihan AJK Majlis Ketua Ting & Penolong Ketua Ting

11.30 – 12.00 t/hari
Ciri Kepimpinan Dan Ketrampilan Ketua  & Penolong Ketua Tingkatan
Pengurusan Kelas & Buku Kawalan Kelas
12.00 - 1.00 t/hari
Perbincangan Menangani Disiplin Murid Di Dalam Kelas Melalui Sesi Bimbingan Kelompok

-        Mengemukakan Isu Dan Masalah Ketua & Penolong Ketua Tingkatan Melalui Analisa Permasalahan
-        Membincangkan Cara Menangani Isu
-        Cadangan Menangani Disiplin Murid Selaku Pemimpin Tingkatan
1.00 -1.30 t/hari
Pembentangan Kumpulan: Cadangan Dari Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan 

Ikrar Pemimpin

1.30 t/hari
Sesi fotografi
Bersurai




10.0    PENGURUSAN RISIKO

           
Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan Sesi Petang Lewat Hadir Ke Program
Masalah pengangkutan atau masalah teknikal yang lain
Sesi bimbingan bersama guru kaunseling petang
Puan Norazlina Bt Che Omar


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM
           
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program


12.0     PENUTUP

Diharapkan agar program ini berjaya  untuk mencapai objektif meningkatkan ketrampilan dan kepimpinan pemimpin iaitu ketua tingkatan, sebagai pembantu kepada guru dalam pengurusan kelas dan mendisiplinkan murid di dalam kelas agar mengurangkan salah laku dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan kelas.

Ulasan
________________________________________________________________  
________________________________________________________________         
Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)







ISU YANG DIHADAPI












APA YANG BIASA SAYA LAKUKAN

APA YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN











CADANGAN UNTUK MAJLIS KETUA KELAS

Saya _______________________________________________ dari tingkatan _____________________
berikrar dan berjanji akan menunaikan tanggungjawab saya sebagai ketua kelas dengan penuh berdisiplin dan berdedikasi. Saya telah menghadiri bengkel kepimpinan ketua tingkatan dan telah didedahkan dengan peranan sebagai ketua tingkatan yang beretika dan berdisiplin.

Yang benar,


____________________________
(                                                        )
Nombor kad pengenalan: 



Well done dear self
Complete due dateline 
Jurnal MGKK In Sha Allah














Pendaftaran









Bacaan ikrar oleh pengerusi Majlis Ketua Tingkatan 







Bacaan ikrar





4 comments

puan, saya mohon share kertas kerja puan.
mohon maaf kerana share dulu baru bagitau.
semoga puan halalkan.

saya halalkan, terima kasih memohon izin terlebih dahulu

puan sy share kertas kerja ya

 

Telegram Channel