10 January 2020

Terima kasih Cik Nat kaunselor pelatih.




Pejam celik dah tamat perkhidmatan kaunselor praktikal ini bertugas di sini. Saya bagi 5 bintang sangat rajin! Kejar sesi kaunseling pun sangat komited. Adakalanya dia datang 7.30 pagi dan balik sampai 6.30 petang mengejar bilangan sesi utk praktikal Master Kaunseling bukanlah sedikit yer. Sangat peka dgn kesukaran org lain. Personaliti yg sesuai sbg kaunselor. Jika dia tgk saya terkial kial dia cepat menghulurkan bantuan. Cik Nat dia meminta kami memanggilnya sedemikian. Mix Indian and Chinese jadi murid murid Cina didekatinya dgn mudah kerana fasih berbahasa Cina.

Hari ini kami buat sedikit jamuan ringan dan team UBK dan PRS mengucapkan terima kasih atas komitmen, sumbangan yg diberikan. Yang paling terharu dia pulak bagi hadiah power bank kat saya sebab saya selalu guna charger atau power banknya hahahaha...mesti dia teringat kalau dia dah takda siapalah mangsa saya yg seterusnya. Tq Nat akak suka sangat hadiah ini.

Hectic day
Physical and mental
Hug tighly my dear bff
Allah menduga qada dan qadar









 

Telegram Channel