SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BUAT SEMUA ANAK JATI WPKL :)
Saya memilih bersendirian di bilik kaunseling hari ini mengulit fail fail UBK yang sudah 12 tahun tidak dirombak sistem fail saya ini. Dari dua almari fail yang ada, saya jadikan satu almari fail sahaja mengikut keperluan dan ketetapan perkhidmatan kaunseling. Mana fail yang tidak perlu atau jarang dibuka, saya lupuskan dan folder yang ada saya buat divider sahaja dalam satu fail..berbanding membuka lebih dari satu fail tapi isinya dah sepuluh tahun pun susah nak penuh ..ahaks. Hasilnya 6 jam bersendirian, siap juga sistem fail saya ini siap dengan label muka depan dan tulang fail. Kalau hari sekolah, mahu enam bulan pun susah nak fokus siapkan kerana jadual harian pun sudah padat. Itu pun mujur sebelum ini saya sempat buat pelupusan fail lama yang memakan masa berminggu minggu juga memilih,
Nak bagi hadiah kat follower guru kaunseling cover fail dan tulang fail sempena cuti umum Hari WPKL hari ini :)
Saya sharekan link untuk membina tulang fail spsk ini dan anda boleh download
TULANG FAIL SPSK UBK
Saya sharekan juga cover depan fail untuk anda download
COVER DEPAN FAIL SPSK UBK
Saya buat ikut warna senang nak cari.
Label hijau: Pengurusan
Label jingga: Data Dan Profil murid
Label merah : Program
Label Kuning: Psikometrik
Label peach : Lain -Lain
Jangan teragak bila tengok nama fail ini, anda kata tidak sama macam anda buat dan anda rasa anda buat selama ini salah. Tidak betul tu...nazir kata skpmg2 ini mengikut keperluan dan ketetapan sekolah. Jika selama anda buat sistem fail anda untuk UBK diperakui oleh pentadbir, pemantau PPD ke JPN yang datang kata ok...maka ok lah :)
Saya share di sini untuk yang tidak pernah dipantau dan tidak tahu bagaimana nak mulakan sistem fail UBK kerana guru baru, atau guru lama yang datang ke sekolah baru yang tiada sistem fail pun, haa ada juga kes macam itu sebab yang mesej saya tanyakan sistem fail ini macam macam sebab. Ada yang dah buat sistem fail yang menarik, masih mesej saya nak tengok sama ada betul tak mereka buat macam itu? Ia menarik win win , boleh sama sama cross check.
Kelab Kerjaya ada fail tetapi fail tersebut diletakkan di bilik PK Kokurikulum menggunakan nombor sistem fail unit kokurikulum.
SENARAI
RUJUKAN FAIL UBK SMK CHERAS
PK 08-1-1
|
FAIL INDUK
|
PK 08-1-2
|
PENGURUSAN KEWANGAN
|
PK 08-1-3
|
PENGURUSAN ASET
|
PK 08-1-4
|
SURAT KPM/JPWPKL/PPW
|
PK 08-1-5
|
SURAT DARI AGENSI LUAR
|
PK 08-2-1
|
REKOD SESI KAUNSELING
|
PK 08-2-2
|
REKOD KONSULTASI KEIBUBAPAAN
|
PK 08-2-3
|
KAUNSELING BERFOKUS MBC
|
PK 08-2-4
|
KAUNSELING BERFOKUS RAYUAN SEMULA
|
PK 08-2-5
|
PROFIL MURID TING 1/2
|
PK 08-2-5
|
PROFIL MURID TING 3/KAA/MUZIK
|
PK 08-2-5
|
PROFIL MURID TING 4/5
|
PK 08-3-1
|
PROGRAM GURU PENYAYANG
|
PK 08-3-2
|
PROGRAM PENETAPAN TARGET DAN MOTIVASI
|
PK 08-3-3
|
PROGRAM SAHSIAH DIRI DAN KEPIMPINAN
|
PK 08-3-4
|
PROGRAM KEHADIRAN KE SEKOLAH
|
PK 08-3-5
|
PROGRAM MURID BERISIKO CICIR (MBC)
|
PK 08-3-6
|
PROGRAM PPDa/ROKOK
|
PK 08-3-7
|
PROGRAM BERKAITAN KERJAYA
|
PK 08-3-8
|
PROGRAM MINDA SIHAT
|
PK 08-3-9
|
PROGRAM PSIKOSOSIAL
|
PK 08-3-10
|
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
|
PK 08-3-11
|
JUARA PERMATA
|
PK 08-3-12
|
KAJIAN TINDAKAN/INOVASI
|
PK18-01
|
FAIL INDUK PSIKOMETRIK
|
PK18-02
|
INTERVENSI PSIKOMETRIK
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2015/2019)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2016/2020)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2017/2021)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2018/2022)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2019/2023)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2020/2024)
|
PK 19
|
PENGURUSAN PROGRAM
|
MINIT –MINIT MESYUARAT
|
|
SALINAN SURAT KESALAHAN DISIPLIN MURID
|
SENARAI RUJUKAN FAIL UBK SMK CHERAS
PK 08-1-1
|
FAIL INDUK
Biodata GBK
·
Rancangan Tahunan
·
Senarai Tugas GBK
· Perancangan Strategik Dan Post Mortem
· Jadual Waktu GB
· Jadual Waktu GBK
· Penyata Kewangan
· Penyata Laporan Kewangan Setiap Program
· Minit Mesyuarat/Surat Panggilan Mesyuarat/Maklumbalas
Mesyuarat
· Surat Pekeliling Ikhtisas - skpmg2 kaunseling dan psikometrik |
PK 08-1-2
|
PENGURUSAN KEWANGAN
- lampiran nota minta - surat permohonan kewangan - anggaran belanja mengurus - senarai sumber kewangan dan pengeluaran wang bagi program |
PK 08-1-3
|
PENGURUSAN ASET
- kad aset - permohonan pembelian aset |
PK 08-1-4
|
SURAT KPM/JPWPKL/PPW
|
PK 08-1-5
|
SURAT DARI AGENSI LUAR
|
PK 08-2-1
|
REKOD SESI KAUNSELING
-senarai nama kaunseling individu dan kelompok |
PK 08-2-2
|
REKOD KONSULTASI KEIBUBAPAAN
- laporan konsultasi -laporan ziarah cakna - senarai nama konsultasi keibubapaan dan ziarah cakna |
PK 08-2-3
|
KAUNSELING BERFOKUS MBC
- senarai dan profil murid MBC -intervensi murid MBC -laporan murid MBC |
PK 08-2-4
|
KAUNSELING BERFOKUS RAYUAN SEMULA
- salinan surat rayuan bersekolah semula -laporan pemantauan bulanan ke PPW -laporan intervensi |
PK 08-2-5
|
PROFIL MURID TING 1/2
|
PK 08-2-5
|
PROFIL MURID TING 3/KAA/MUZIK
|
PK 08-2-5
|
PROFIL MURID TING 4/5
|
PK 08-3-1
|
PROGRAM GURU PENYAYANG
- carta organisasi -senarai takwim program -senarai tugas sambutan murid - senarai tugas mentor mantee -modul mentor mantee dan takwim -senarai tugas AJK Penghargaan Murid -takwim sambutan perayaan dan aktiviti penghargaan -kertas kerja program -laporan aktiviti program |
PK 08-3-2
|
PROGRAM PENETAPAN TARGET DAN MOTIVASI
- kertas kerja -laporan program -dokumen penetapan target |
PK 08-3-3
|
PROGRAM SAHSIAH DIRI DAN KEPIMPINAN
- kertas kerja program sahsiah (SMART, Program PEKA SAMA, Kempen Baik Hati, Kempen Hindar Buli dan lain-lain) - laporan program -kertas kerja kepimpinan Bengkel Ketua Ting, Bengkel Pengawas, Kem Kepimpinan Murid - laporan program kepimpinan |
PK 08-3-4
|
PROGRAM KEHADIRAN KE SEKOLAH
-kertas kerja program -analisa laporan bulanan kehadiran murid -laporan ganjaran bulanan dan intervensi kelas tercorot -senarai nama murid hadir penuh -senarai kelas bermasalah dan laporan intervensi |
PK 08-3-5
|
PROGRAM MURID BERISIKO CICIR (MBC)
- senarai nama murid yang mendapat surat amaran setiap bulan -senarai nama murid penerima amaran kedua dan ketiga tahun lepas - laporan intervensi yang dijalankan -analisa soal selidik murid - laporan bulanan murid SPOT |
PK 08-3-6
|
PROGRAM PPDa/ROKOK
- surat menyurat mengenai PPDa dan rokok -senarai nama urin - intervensi murid - profil murid -laporan program |
PK 08-3-7
|
PROGRAM BERKAITAN KERJAYA
-kertas kerja -senarai nama murid yang menyertai pertandingan kerjaya -laporan program kerjaya |
PK 08-3-8
|
PROGRAM MINDA SIHAT
- kertas kerja - analisa DASS dan UGDT -senarai nama murid yang mempunyai DASS yang teruk -profil murid - intervensi yang dijalankan -laporan program |
PK 08-3-9
|
PROGRAM PSIKOSOSIAL
- kertas kerja - laporan program |
PK 08-3-10
|
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
- carta organisasi - takwim - senarai nama dan profil - laporan perjumpaan - agihan tugas - laporan program -senarai kedatangan -kertas kerja - surat menyurat yang berkaitan |
PK 08-3-11
|
JUARA PERMATA
- senarai nama murid -intervensi yang dijalankan -kertas kerja -laporan program |
PK 08-3-12
|
KAJIAN TINDAKAN/INOVASI
- surat menyurat -kertas kerja -sinopsis inovasi -laporan inovasi - kajian tindakan |
PK18-01
|
FAIL INDUK PSIKOMETRIK
- surat pekeliling - surat menyurat berkaitan - carta organisasi - takwim - jadual perlaksanaan kelas - laporan perlaksanaan |
PK18-02
|
INTERVENSI PSIKOMETRIK
- laporan perlaksanaan - ujian pra pos |
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2015/2019)
- data setiap murid bagi setiap psikometrik sepanjang tahun tersebut |
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2016/2020)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2017/2021)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2018/2022)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2019/2023)
|
PK18-03
|
PSIKOMETRIK TING 1-5 (2020/2024)
|
PK 19
|
PENGURUSAN PROGRAM
- laporan yang ditandatangani dengan pemantauan penolong kanan |
MINIT –MINIT MESYUARAT
- minit mesyuarat HEM, disiplin, kurikulum, guru, PIBG | |
SALINAN SURAT KESALAHAN DISIPLIN MURID
- semua salinan yang sk kepada kaunselor untuk difailkan |
17 comments
Kdg nk ikut keperluan sekolah... Tp bila ada yg cakap follow buku manual pengurusan bnk...
buku manual tu panduan untuk dokumen yg memang sbg guru kaunseling kita akan ada. Yg mengikut ketetapan sekolah ialah dari segi nombor rujukan fail yg perlu ada terpulang mengikut ketetapan sek. Kita wujudkan fail yg dalam bidang tugas kita di sekolah tetapi tiada dlm manual perkhidmatan. Cthnya fail murid berisiko cicir..di sek yg tiada masalah ini seperti di sek asrama, tidak perlu membuka satu fail untuk ini.Atau jika anda dilantik memegang setiausaha projek under HEM cth kebajikan kena jugalah buka fail.
kak, saya nak cuba ikut. doakan dipermudahkan ya
Salam puan. Saya akan cuba buat fail macam ini jgk. ikut warna. Terima kasih atas perkongsian ini.
Salam aisya
Semoga dipermudah urusanmu menyediakan semua dokumen dan mengurus fail ini.
Salam Suraya
Sama-sama. semoga berjaya
Terima kasih banyak2 di ats perkongsian ilmu yang sangat bermakna..semoga Cikgu terus cemerlang..
Terima kasih banyak2 di ats perkongsian ilmu yang sangat bermakna..semoga Cikgu terus cemerlang..
Aamin. Terima kasih atas doa yg baik baik untuk saya. Semoga kita sama sama vemerlang dalam meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kita
Assalamualaikum..boleh akk kongsi, dalam fail psikometrik akk buat 1 fail untuk 5 tahun kan. Contoh, 205/2020. Isi dalam fail tu psikometrik yg pelajar jawab ke mcm mana. Sy masig belum jumpa solusi utk simpan rekos kertaa jawapan psikometrik pelajar.. Dan salinan sijil psikometrik pelajar yg biasanya utk pelajar t3 dan t5 sahaja dijana sijil & dibuat salinan.. Jd sy rasa isinya terlalu banyak...
Assalamualaikum..boleh akk kongsi, dalam fail psikometrik akk buat 1 fail untuk 5 tahun kan. Contoh, 205/2020. Isi dalam fail tu psikometrik yg pelajar jawab ke mcm mana. Sy masig belum jumpa solusi utk simpan rekos kertaa jawapan psikometrik pelajar.. Dan salinan sijil psikometrik pelajar yg biasanya utk pelajar t3 dan t5 sahaja dijana sijil & dibuat salinan.. Jd sy rasa isinya terlalu banyak...
Waalaikummussalam. Akak simpan data sahaja. Iaitu result psikometruk setiap murid dari batch ting 1 hingga Ting 5 dlm fail yg sama. Result yg dikey in dlm bentuk Excell. So setiap thn kami mmg mempunyai result murid walaupun sepkm dah oadam utk tahun sebelumnya. Salinan sijil murid pun kami Tak simpan. Andaikata murid terhilangkan sijil tu, kami print semula mengikut result yg disimpan dlm fail itu
assalamualaikum, boleh akak kongsikan profil murid yang macam mana perlu ada dalam fail profil murid tersebut, terima kasih
Assalamualaikum, saya GBK sekolah rendah adakah terdapat perbezaan sistem fail UBK sekolah menengah dan sekolah rendah?
Syukran untuk perkongsian.. halalkan maklumat yang dikongsi..
ya saya halalkan
beza fail sek rendah dan menebgah pada fokus bidang sahaja yang sekolah rendah tak jalankan dan dijalankan di sekolah menengah