Hari Isnin mood bekerja diaktifkan dalam tempoh PKP ini, hari ini saya menebarkan soal selidik masalah murid melalui analisa saringan 1 minda Sihat yang telah saya jalankan sekitar Februari. Seramai 250 murid melalui saringan ini dan hasilnya 75 murid skor teruk dan sangat teruk
Langkah 1 adalah menjalankan soal selidik permasalahan murid dan Minggu depan bermula perjumpaan sepatutnya dan minggu ini adalah meminta murid saringan 1 yang dikenal pasti mempunyai saringan DASS yang teruk untuk memberikan maklum balas mengenai permasalahan dalam soal selidik masalah murid
Setelah itu, baru kita dapat mengumpulkan murid murid ini mengikut kes sama ada masalah diri sendiri, masalah dengan rakan, masalah dengan guru atau masalah dengan keluarga.
Belum dapat analisa sepenuhnya masalah murid untuk kaunseling berfokus minda sihat, namun tertinggi pada bahagian A iaitu masalah pada diri sendiri. Antara soalan dalam bahagian 1 adalah..
Dari analisa di atas, di dapati skor punca paling tinggi pada
1) Tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara
dalam bimbingan dalam bentuk bengkel untuk semua murid saringan 2 minda sihat ini ialah bengkel penghargaan kendiri dan peningkatan kemahiran interpersonal.
bagi sesi kaunseling individu akan fokus kepada 22 murid yang mendapat skor sangat teruk dan gaya daya tindak yang rendah dan sederhana dahulu yang akan dibahagikan kepada 3 kaunselor.
Manakala 52 murid dibahagikan kepada sesi kaunseling kelompok menggunakan modul meningkatkan gaya daya tindak dan kemahiran IDEAL dengan 6 kelompok yang mana saya akan mengendalikan kelompok peserta Minda Sihat Ting 5 dan Ting 4, manakala Rozi mengambil subjek Ting 3 dan Ting 4 dan Azlina mengambil murid Ting 1 dan Ting 2.
Bulan Jun saringan kedua akan dijalankan dan semoga murid mendapat skor yang lebih baik
2) rasa rendah diri
3) terlalu lemah dalam beberapa subjek
dalam bimbingan dalam bentuk bengkel untuk semua murid saringan 2 minda sihat ini ialah bengkel penghargaan kendiri dan peningkatan kemahiran interpersonal.
bagi sesi kaunseling individu akan fokus kepada 22 murid yang mendapat skor sangat teruk dan gaya daya tindak yang rendah dan sederhana dahulu yang akan dibahagikan kepada 3 kaunselor.
Bulan Jun saringan kedua akan dijalankan dan semoga murid mendapat skor yang lebih baik
ITEM
|
PENYATAAN
|
BIL. YA
|
%
|
BAHAGIAN A : MASALAH
TERHADAP DIRI SENDIRI
|
|||
1
|
Terlalu lemah dalam beberapa mata pelajaran
|
28
|
64%
|
2
|
Tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara
|
32
|
73%
|
3
|
Rasa rendah diri
|
28
|
64%
|
4
|
Malu bertanya apa yang tidak faham
|
20
|
45%
|
5
|
Sering tidak faham semasa guru mengajar
|
7
|
16%
|
6
|
Lemah semangat
|
10
|
23%
|
7
|
Mengidap sesuatu penyakit
|
7
|
16%
|
8
|
Menghadapi gangguan orang lain
|
13
|
30%
|
9
|
Tidak berminat untuk belajar
|
2
|
5%
|
10
|
Tidak dapat mengurus masa seharian dengan
sempurna
|
18
|
41%
|
11
|
Lemah daya ingatan
|
20
|
45%
|
12
|
Kecewa dalam percintaan
|
10
|
23%
|
BAHAGIAN B: MASALAH
DENGAN RAKAN
|
|||
1
|
Selalu diganggu
|
11
|
25%
|
2
|
Menaruh hati pada seseorang
|
19
|
43%
|
3
|
Berselisih faham dengan rakan karib
|
19
|
43%
|
4
|
Teman karib telah membenci anda
|
5
|
11%
|
5
|
Teman seorang penagih dadah, inhalan dan
salahlaku seks
|
0
|
0%
|
6
|
tiada teman karib
|
1
|
2%
|
7
|
tiada galakan dan dorongan dari teman-teman
|
2
|
5%
|
BAHAGIAN C: MASALAH
DENGAN GURU
|
|||
1
|
Terdapat guru yang dibenci
|
6
|
14%
|
2
|
Terpikat dengan guru
|
4
|
9%
|
3
|
Guru terlalu garang
|
6
|
14%
|
4
|
Sering diabaikan
|
10
|
23%
|
5
|
Guru selalu mencemuh / menghina
|
9
|
20%
|
BAHAGIAN D: MASALAH
DENGAN KELUARGA
|
|||
1
|
Ibu bapa bercerai
|
2
|
5%
|
2
|
Ibu bapa sering bergaduh
|
5
|
11%
|
3
|
Bapa sering tidak pulang atau pulang lewat
|
2
|
5%
|
4
|
Terpaksa buat kerja rumah yang banyak
|
13
|
30%
|
5
|
Terpaksa bekerja untuk membantu keluarga
|
0
|
0%
|
6
|
Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
pelajaran
|
1
|
2%
|
7
|
Adik beradik ramai
|
7
|
16%
|
8
|
Tidak cukup perbelanjaan harian
|
3
|
7%
|
9
|
Sering bergaduh dengan adik beradik
|
15
|
34%
|
10
|
Ada ahli keluarga yang menagih
|
0
|
0%
|
11
|
Bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri
|
1
|
2%
|
12
|
tiada kemudahan asas
|
0
|
0%
|
13
|
Ibu atau bapa telah meninggal dunia
|
1
|
2%
|
14
|
Sering bergaduh dengan ibu bapa tiri
|
0
|
0%
|
15
|
Tiada dorongan untuk berjaya dari keluarga
|
3
|
7%
|
16
|
Ibu bapa tidak memahami
|
12
|
27%
|
17
|
Masalah lain yang tidak dinyatakan di atas
|
10
|
23%
|
Day 13 PKP
Stay strong Liza
Hug and love from us...
Stay strong Liza
Hug and love from us...