19 March 2020

Kertas Kerja Menyertai Pertandingan Inovasi




Walaupun pertandingan kami di Miri pada 7hb April nanti di tunda, tetapi anak anak prs saya galakkan mereka menyambung projek seperti biasa, buka sekolah nanti dah siap. Cuma tunggu untuk ke pertandingan sahaja. Walau tiket flight dah burn, namun jika masih rezeki mereka dan ada tarikh baru yang diumumkan bolehlah terus pergi sahaja bertanding. 

Namun jika tiada rezeki ke Miri, cikgu cuba intai peluang di tempat lain.

Saya share kertas kerja untuk membantu mencari tajaan atau peruntukan kewangan.


KERTAS KERJA
PENGHASILAN INOVASI PEKA SAMA
PEMBINAAN KARAKTOR SAHSIAH MURID
PERINGKAT KEBANGSAAN

1. 0     PENDAHULUAN               :

          
Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Dalam PIPP menekankan setiap guru perlu berinovatif dalam memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Pada alaf ini, pengajaran dan pembelajaran Abad Ke 21 menerapkan kemahiran oleh guru dalam konsep 6C. 6C merupakan aspek pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pembentukan watak dan kenegaraan. Apsek pemikiran kreatif menggunakan kecekapan minda menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai.  Guru dapat menggarap elemen KBAT dan PAK21 yang berfokus kepada amalan berimpak tinggi untuk pengetahuan murid mengenai aktiviti semasa sekolah, menyediakan aktiviti secara komprehensif dan fleksibel mengikut kesesuaian murid dan lokasi dan murid sendiri boleh mengorganisasikan pengajaran dan pembelajaran (perancangan bahan, aktiviti  mengendalikan pembelajaran selaku fasilitator).

Dalam PAK 21, murid-murid perlu menghasilkan produk melalui pembelajaran berpusatkan murid dengan bimbingan guru. Komen – komen praktikal yang membina digunakan untuk menambahbaik produk tersebut. Murid-murid memberikan penerangan dan hujah mengapa inovasinya dan ideanya adalah baik.  Ahli –ahli pasukan yang lain akan melontarkan idea-idea mereka pula. Dengan ini, murid menjana idea dari rakan –rakan yang lain. Ini berkesan dalam memupuk murid-murid yang berani mengemukakan idea tanpa bimbang kritikan yang bakal diterima, dan berpandangan jauh.

2.0      MATLAMAT                      :
Mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian tindakan dan meningkatkan penghasilan inovasi oleh warga sekolah         

         3.0.     TARIKH/ MASA/ TEMPAT :         8 dan 9 April 2020 di Miri Sarawak

         4.0      SASARAN                        :         7 murid ahli Pembimbing Rakan Sebaya

5.0      OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan :

2.1 Memupuk sikap menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber teknologi menepati pengajaran era Revolusi 4.0 ke arah teknologi yang membantu pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid dengan cara kreatif.
2.2 Menjalankan penyelidikan untuk menilai impak keberkesanan program
      peningkatan sahsiah yang dapat dijadikan amalan terbaik sekolah.

6.0      KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Inovasi yang dihasilkan membantu peningkatan sahsiah murid dan peningkatan keyakinan pembina inovasi untuk menghasilkan inovasi melalui penyelidikan  amalan terbaik setiap tahun.
Outcome
Murid –murid yang dilatih, lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan atau antarabangsa hasil kajian tindakan dan inovasi yang dijalankan dan seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan inovasi setiap tahun.

                                        
         
7.0      IMPLIKASI KEWANGAN

          SUMBER KEWANGAN
           

BIL
SUMBER
KOS
JUMLAH
1
PIBG

RM 1,450 
2
Murid
RM 250 x 7 orang
RM 1,350
3
Guru
RM 400 x 2 orang
RM    800
4
Koperasi

RM    600

Jumlah

RM 4,200

PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
SUMBER
KOS
JUMLAH
1
Yuran Pertandingan Inovasi Murid
PIBG

RM    250
2
Tiket kapal terbang
Murid
RM 250 x 7 orang
RM 1,350
3
Pembiayaan suku dari tiket murid
PIBG
RM 150 x 7 orang
RM 1,050
4
Teksi
PIBG
RM 50 x 3 buah
RM    150
5
Tiket kapal terbang guru
Guru
RM 400 x 2 orang
RM    800

6
Bahan bahan inovasi
PCG Kaunseling

RM    500
7
Penginapan
Koperasi

RM    650

Jumlah


RM 4,200
           



AHLI JAWATANKUASA
SMK CHERAS 2020
             
              Pengerusi                  : En Jamil Bin Jamaludin
                                                Pengetua
            Timbalan Pengerusi :  Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

                                               

                                               

            Setiausaha                  Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                Guru Bimbingan & Kaunseling
           
Senarai Bidang Tugas
Bil
Senarai AJK
Tugas
1
Penyelaras
Pn Nurhaiza Bt Che Mat

1.     Bertindak selaku jurulatih terhadap penghasilan inovasi berimpak terhadap kemenjadian murid.
2.     Memastikan abstrak dan pendaftaran dihantar.
3.     Memastikan penginapan dan pengangkutan sudah ditempah
4.     Menguruskan boring perhubungan murid ke luar KL
5.     Merekabentuk banner pertandingan
2
Pn Nurazlina Bt Che Omar
Nur Maizun Najiha Bt Zulkifli
1.     Penyediaan pamplet untuk setiap tema dan pamplet inovasi
2.     Menyediakan penanda buku bersahsiah kepada pengunjung
3.     Menyediakan buku pelawat yang kreatif untuk ditandatangani oleh pengunjung
3
Ketua Kumpulan
Muhammad Farietz Bin Sharani
1.     Ketua kumpulan dan sebagai pembentang utama
2.     Membawa komputer riba dan penyambung wayar serta bertanggungjawab terhadap peralatan tersebut
3.     Membentangkan modul dari aspek produk, objektifnya dan perlaksanaan menggunakan komputer riba sebagai alat bantu
4.     Membuat slaid power point untuk Video Kreatif Gangguan Seksual
4
Penolong Ketua Kumpulan
Nur Hana Humaira Bt Rozaidi
1.     Penolong ketua kumpulan dan sebagai pembentang bersama
2.     Membawa komputer riba dan bertanggungjawab terhadap peralatan tersebut
3.     Membentangkan impak dan potensi menggunakan banner sebagai alat bantu
4.     Memastikan ahli kumpulan bergilir untuk menayangkan video PEKA SAMA kepada murid
5.     Bertindak selaku penolong pengarah Video Kreatif Gangguan Seksual
5
AJK Peralatan
Syed Alim Alaudin B Syed Rosli
1.     Membuat senarai peralatan sepanjang pertandingan dan memastikan peralatan di bawa dari KL  mencukupi sebelum dan selepas pertandingan 
2.     Memasang banner pertandingan dan bersedia dengan menghafal isi kandungan banner
3.     Merekabentuk banner pertandingan
6
AJK Modul
Ayuni Amanina Bt Abby Aziz
1.     Memastikan ada 8 set modul disediakan dan lengkap dengan isi kandungan yang seragam
2.     Melabelkan setiap modul tersebut dan merancang cara menyusun modul tersebut di meja pameran
3.     Menjadi pembantu untuk menunjukkan modul kepada juri sewaktu pembentangan
4.     Bantu selaku editor Video Kreatif Gangguan Seksual
7
AJK Hiasan Meja Pameran
Puan Rozinani Bt Awang
Syazwina Asyura Bt Shari

1.     Membawa alas meja pertandingan dan menentukan cara kreatif untuk menghias meja
2.     Memasukkan list peralatan keceriaan meja pameran kepada AJK Peralatan
3.     Menyediakan penanda buku sahsiah untuk pengunjung yang menandatangani buku pelawat
4.     Mengedarkan pamplet kepada pengunjung
8
AJK Video Kreatif
Tiehanie Batrisya Binti Hamzah
1.     Pengarah video kreatif untuk Gangguan Seksual bersama Hana sebagai pembantu
2.     Memohon bantuan J/K Fotografi Sekolah membuat edit bahan bahan video kreatif bersama Ayuni
           

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN
          9.1      URUSETIA
                     Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi
                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling
                                                             
          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN
Proses Aliran Kerja     :

BIL
PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING
1
Mesyuarat Jawatankuasa

Pn Nurhaiza
2
Penghasilan power point mengikut tema yang mengandungi objektif, sinopsis, soalan yang ditanya

Puan Nurhaiza / Setiap ahli
3
Penghasilan Video Gangguan Seksual
Puan Nurhaiza /
Tiehanie Batrisya Binti Hamzah

4
Bimbingan penyediaan  pembentangan
Puan Nurhaiza /
Muhammad Farietz Bin Sharani

5
Pembentangan kepada murid sesi petang
Pn Nurazlina/
Nur Hana Humaira Bt Rozaidi
6


Menghasilkan pamplet
Pn Nurazlina/
Nur Maizun Najiha Bt Zulkifli

7
Menghasilkan banner
Pn Nurhaiza/
Syed Alim Alaudin B Syed Rosli
8
Menghasilkan kreativiti pameran
Pn Rozinani/
Syazwina Asyura Bt Shari

9
Menghasilkan buku pelawat
Pn Nurazlina/
Nur Maizun Najiha Bt Zulkifli

10
Menghasilkan penanda buku
Pn Rozinani/
Syazwina Asyura Bt Shari

11
Latihan pembentangan
Pn Nurhaiza/
Muhammad Farietz Bin Sharani
Nur Hana Humaira Bt Rozaidi

12
Peralatan modul
Pn Nurhaiza/
Ayuni Amanina Bt Abby Aziz



10.0    PENGURUSAN RISIKO
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan
Kecuaian
Ke klinik
Guru rombongan


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
            Borang Pemantauan Program
           
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program


12.0    PENUTUP
Semoga pertandingan inovasi ini dapat membantu lebih ramai murid untuk menjalankan inovasi dan penyelidikan yang boleh disandarkan sebagai satu pengalaman yang bermakna. Selain membina keyakinan untuk membentangkan produk mereka ke luar dari zon selesa mereka di sekolah, mereka belajar bersaing dan mendapat pertukaran idea antara kawan-kawan yang lain.


            Disediakan oleh,

            (Nurhaiza Binti Che Mat)
            Penyelaras Unit Inovasi

            Tarikh:


            Ulasan:

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh:


(Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua
Tarikh:


Day 2: perintah kawalan terhad










 

Telegram Channel