6 March 2020

SPM Ulangan Adalah Peluang Kedua: Faedah Mengulang Subjek




Selesai majlis penyerahan slip keputusan SPM. Apa yg anak anak dapat? Keputusan itulah yg digunakan untuk menyambung pelajaran. 

Bagi yg tidak memperolehi keputusan yg baik..dan ada yg gagal cikgu nak kena promosi untuk mereka ambil SPM ulangan. Fikir jangka masa panjang, sila ambil. Banyak kelebihannya dari anda meratap dan mengambil keputusan untuk lupakan sahaja dan bekerja. 

Masih diberi peluang untuk mengubahnya..anda harus grab peluang ini. 


Terdapat dua kali setahun untuk menduduki ujian SPM ulangan iaitu pada bulan Jun dan November

TARIKH PENDAFTARAN : 1 MAC – 31 MAC 2020 untuk mengulang kertas peperiksaan bulan Jun atau November

jangan anggap peperiksaan bulan Nov nantilah..aku daftar bulan Nov. Anggapan ini salah ye. Daftar bulan Mac untuk mengambil peperiksaan Jun atau Nov. 


JUN
NOV
Sesi peperiksaan SPM Ulangan
Fasa 1

melibatkan tiga kertas peperiksaan sahaja

BM, Sejarah dan Matematik
Fasa 2

melibatkan semua subjek
pada tarikh yang sama dengan calon SPM tahun semasa
TARIKH PEPERIKSAAN
Ujian Lisan

2 Jun – 30 Jun 2020

Ujian Bertulis
23 Jun – 25 Jun 2020


Fasa 1
5 – 14 Oktober 2020

Fasa 2
2 – 19 November 2020
BAYARAN PEPERIKSAAN
BM : RM 12
SEJ : RM 12
MATH : RM 10.50

BI : RM 20.50
Subjek lain ada yang berharga RM 10.50 ada yang berharga RM 12
SEMAKAN KEPUTUSAN
Ogos 2020
Mac 2021


Mengapa perlu mendaftar untuk SPM Ulangan BM, Sejarah atau Matematik? 


FAEDAH PERTAMA
Subjek killer murid ialah Matematik . Jika anda sekadar lulus Matematik, pilihan anda ke IPT  semakin terhad apatah lagi jika gagal Matematik! Oleh itu jika Matematik sahaja yg menyebabkan anda tidak layak ke kursus di laluan kursus akademik manakala pakej subjek lain sudah kredit ke atas, maka lebih baik anda mengulang Matematik agar anda berpeluang ke intake yg berikutnya sama ada Nov/Dis atau tahun hadapannya kerana anda akan mendapat result pada bulan Ogos. Jika anda berminat dgn kursus kemahiran  tinggi pula..anda boleh menggunakan SPM Ulangan untuk mendapatkn kredit Math dan seterusnya ke kursus kemahiran tinggi dengan menceburi diploma. Walaupun terlewat masuk tapi berbanding dgn rakan sebaya yg menceburi kemahiran dgn lulus Math sahaja dan menceburi sijil skm tahap 1 dan 2..anda masih lagi boleh melompat ke kursus diploma sebaik sahaja kredit Math. Dan laluan melanjutkan pelajaran dan menjadi tenaga pengajar juga mempunyai prospek yg lebih tinggi. Ini kerana politeknik akan membuka permohonan pada bulan Nov melalui laman webnya sendiri 

FAEDAH KEDUA
 Jika anda setakat lulus BM sahaja, sukar mendapat tempat di IPT awam. Malahan syarat kredit adalah wajib. Malahan untuk jawatan tertentu di sektor awam juga inginkan BM yg kredit di peringkat SPM. Begitu juga jika anda ingin melanjutkan pelajaran, ada kursus di peringkat ijazah yang meletakkan BM yg kredit di peringkat SPM . Lebih baik anda mengulang BM, jika anda tidak mendapat kredit! 

Walaubagaimanaun jika BM anda sekadar lulus, dan subjek lain cukup syaratnya anda masih boleh memohon politeknik metro

FAEDAH KETIGA
Bagi  Sejarah dan BM ialah unik kerana wajib  subjek ini lulus di peringkat SPM untuk melayakkan anda mendapat sijil SPM. Kegagalan lulus subjek tersebut  menyebabkan anda tidak layak mendapat sijil SPM...dan hanya kursus kemahiran setaraf gagal SPM yg anda layak walaupun memperolehi 5A.  Tidak layak mendapat sijil SPM umpama tiada lesen besar untuk menyambung pelajaran dan juga kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan anda semata mata kerana Sejarah anda tidak dapat sijil SPM. Oleh kerana itu Sejarah ditawarkan seawal bulan Jun untuk diulang bagi membolehkan keputusan yang keluar pada bulan Ogos tahun ini juga membolehkan anda sempat menyambung pelajaran ke sesi kemasukan untuk tawaran bulan Nov / Dis oleh IPT itu sendiri di laman web institut tersebut.

Minimum untuk kemasukan ke peringkat sijil politeknik pun ingin memiliki SPM yang bermaksud BM dan Sej mesti lulus untuk memperolehi sijil SPM



FAEDAH KEEMPAT
Bagi yang mendapat BI sekadar lulus, menyekat juga peluang ke kursus kursus yang meletakkan syarat BI kredit terutama jika syarat am subjek yang lain dipatuhi. Oleh itu mengulang subjek BI tidak merugikan anda, kerana masih boleh digunakan sepanjang hidup anda. Malahan ada juga peluang pekerjaan yang masih melihat kompetensi BI anda di peringkat SPM.



FAEDAH KELIMA
Bagi yang tidak mencukupi 5 kredit untuk melanjutkan pelajaran ke kursus pilihan yang meletakkan minimum syarat khas adalah 5 kredit subjek -subjek elektif tertentu  . Contohnya anda mempunyai subjek BM, BI dan Math yang anda kredit tetapi masih tidak cukup 2 lagi mana -mana subjek dalam slip anda itu tiada yang kredit untuk subjek elektif , anda boleh mengulang  subjek contohnya Fizik dan Kimia pada bulan November dan memohon kemasukan ke universiti pada bulan Mac tahun 2021 seperti tahun ini yang tercatat untuk kategori B


FAEDAH KEENAM
Anda harus ingat jangan bertangguh untuk mengulang subjek tersebut kerana pada tahun 2021 format baru KSSM bermula dan jika anda mengulang pada tahun hadapan, masih lagi gagal anda kena double struggle untuk subjek BM dan Sejarah kerana format baru KSSM yang memang berbeza dari format yang anda belajar sewaktu di tahun anda dahulu.


Oleh itu jangan mudah mengaku kalah dgn mengatakan past is past.. benda ni boleh dibaiki. Ubah markah anda dengan ubah komitmen anda yg lebih komited dan insentif untuk menduduki SPM Ulangan bulan Jun dan November. Masih ada masa! 




Murni Discovery 
Hi tea with my 
team fasi imtiyaz :)

288 comments

«Oldest   ‹Older   201 – 288 of 288   Newer›   Newest»

Cikgu saya juga ingin tanya jika saya ingin ambik SPM ulangan tahun ini adakah saya perlu baca subjects pada tahun 2020 atau kena baca 2021 punya cikgu..sbb kan dh ditukar dari KBSM ke kssm..mohon pencerahan cikgu

assalammualaikum cg, saya fasyril, saya mahu ambil satu subjek sahaja iaitu BM san saya tak pernah menduduki peperiksaan ketika di tingkatan 4 dan 5 di sekolah malaysia, adakah saya masih layak untuk mendapat sijil spm di dalam SPMP dengan bahasa melayu sahaja? bukan dengan tujuan untuk membetulkan gred dan sebagainya. terima kasih

Cikgu. Saya merupakan lepasan pelajar vokasional Dan Ada sijil vokasional malaysia (svm) yang setara dgn spm. Namun saya teringin nak ambil spm. Bolehkah saya menduduki spm? Jika boleh, saya perlu ambil subject sejarah dengan bm jugakah untuk spm? Sebab saya sudah menduduki ujian svm di mana hanya Ada subjek bm Dan sejarah sahaja.

JIka ada bm dan sejarah yg setara untuk spm sewaktu menduduki svm hanya perlu tambah paper lain sahaja

Waalaikummussalam fasyril

Untuk mendapat sijil spm ada minima subjek yang perlu diambil bukan semata mata BM sahaja

Waalaikummussalam Amir

untuk batch 2020 yg ingin mengulang memandangkan wabak covid yang berlaku,kena tunggu arahan sama ada silibus kbsm atau kssm

Waalaikummusalam Amir
Boleh ambil berkali kali untuk spm ulangan

Waalaikummusalam Arisya

Borang pendaftaran online atau manual anda boleh rujuk pada laman web Lembaga peperiksaan atau autan Jabatan pendidikan negeri untuk mendaftar. peka dengan iklan seawal Mac

Hi , cikgu saya student spm 2013 , saya hanya dapat spm 3 kredit .Tahun ini saya nak daftar untuk mengambil ujian spm balik .Mohon secara calon spm ulangan atau persendirian ? saya amat keliru dengan ini. Tarikh pembukann daftaa spm bila ya ? Boleh pergi JPN terus daftar ?

Waalaikummussalam Arisya. cikgu ada update dlm entri blog tahun tahun sebelum ini tapi kamu kena pastikan borang terkini mengikut tahun semasa dengan merujuk pada laman web lembaga peperiksaan atau laman web jpn anda ttg iklan tersebut.

Hi saranya. calon mengulang status kamu sbb pernah ambil exam spm dan gagal subjek tersebut atau dapat result yang tidak melayakkan kamu melanjutkan pelajaran ke kursus yang kamu ingninkan kerana tidak memenuhi syarat minima gred subjek spm untuk kursus tersebut

Waalaikummussalam Amir
silibus kssm bio dan kimia akan melibatkan 30 peratus tajuk baru. boleh ikuti youtube pdpc untuk tajuk tajuk kssm yang dicover sebagai persiapan awal. cuma dari segi logik akan ambil ikut silibus kssm kerana format itu yang digunakan dalam tahun semasa. Umpama murid mengulang BM sama ada KBSM ke atau zaman sebelum KBSM ke, mereka perlu mengikuti silibus terkini calon spm semasa dan mengulangkaji semula samaada tajuk komsas atau biasakan dengan format baru

Assalamualaikum cikgu Saya mau bertanya Saya mau mengulang math bila tarikh untuk permohonan untuk pengulangan tu ?

Assalamualaikum cikgu Saya mau bertanya Saya mau mengulang math bila tarikh untuk permohonan untuk pengulangan tu ?

Assalamualaikum cikgu Saya ingin bertnya Saya ingin mengulang sub math dan bi tuk tahun ini boleh Saya tau bila tarikh untuk memohon tu ?

Assalamualaikum cikgu. Boleh ke kalau yg xde bahasa arab waktu spm tp nk ambil subjek bahasa arab dlm spm ulangan?

assalam cikgu, tumpang tanya. saya ni calon SPMU untuk subject chemistry, dan at the same time saya buat foundation dekat salah satu IPTS. dan untuk degree kalau boleh saya nak sambung di IPTA la kan insyallah. tapi dlam isi upu tu dia mintak kita masukkan skali tahun dan result SPM tu. skrng ni saya stuck, saya kena masukkan jugak ke result saya yang tak berapa nk okay tuu sbb result SPMU belum keluar?

Waalaikummussalam Fit
Kena rujuk dengan Lembaga peperiksaan untuk pendaftaran tarikh sila layari laman web mereka untuk pendaftaran dahulu. Nanti baru diberikan tarikh kerana tarikh belum ditetapkan

Waalaikummussalam

Untuk calon mengulang subjek spm adalah subjek yang didaftarkan tapi tidak hadir atau ingin result yang lebih baik. Namun jika ingin menambah subjek yang tidak pernah didaftarkan mungkin anda boleh merujuk kepada status calon persendirian untuk subjek tersebut

waalaikummussalam
jika result spm ulangan belum keluar mmg akan terpakai result yg sebenar anda. maka jika ingin menggunakan result spm ulangan , anda kena memohon untuk batch berikutnya

Salam, cikgu. Saya nak ambil spmu untuk 2021 ni.. Spm sy yg sebelum ni pada 2014/2015 mungkin..tp saya cuma nak ulang paper p. Islam, math, b. Inggris.. Ada result spmu saya nanti sah/boleh digi makan untuk digunakan minta kerja/sambung belajar..? Boleh sijil ke.. Atau hanya slip sahaja..

Salam, cikgu. Saya nak ambil spmu untuk 2021 ni.. Spm sy yg sebelum ni pada 2014/2015 mungkin..tp saya cuma nak ulang paper p. Islam, math, b. Inggris.. Adakah result spmu saya nanti sah/boleh digunakan untuk minta kerja/sambung belajar..? Boleh sijil ke.. Atau hanya slip sahaja..

Memang kena ambil semua subjek teras ke kalau nak dapat sijil.. Barulah result spmu kita dikira laku?

cikgu nak tanya,tahun ini (2021) saya berumur 17 tahun dan saya ingin mengambil spm persendirian pada tahun ini.Layak tak saya?...Walau pun sy baru berusia 17 tahun.Saya mengalami masalah peribadi sehingga tercicir dari pendidikan dan sy ingin memperbaikinya..Cikgu tolong bagi sedikit penerangan.Sekian.

Assalamualaikum cikgu,saya nak tanya.Jika gagal subjek fizik, adakah masih dapat sijil spm? maaf saya kurang jelas akan perihal ni.

Waalaikummussalam . spm ulangan untuk subjek tersebut akan diberikan sijil dan bukan slip. yg penting tidak gagal.

walaupun anda tercicir sblm ni, anda madih lagi boleh meneruskan ke ting 5. anda buat rayuan ke PPD utk bersekolah semula. Anda akan mendaftar subjek spm dan menjadi calon sekolah dan bukannya calon persendirian.

waalaikummussalam. anda tetap menerima sijil spm jika hanya fizik yg gagal

Salam cikgu, saya berumur 21 tahun, masih bolehkah saya ambik paper repeat utk bi sahaja, sebab bi saya D, masih sempat ke nak masuk tahun ni?

assalamualaikum cikgu , SPMU ni wajib ambil subjek BM SEJ MATH ke ? atau boleh ambil random subjek ? sebab saya plan nak repeat subjek Sains Tulen je .

Umur 21 masih boleh repeat paper. daftar spm ulangan anda boleh rujuk laman web lembaga peperiksaan atau rujuk pejabat pendidikan daerah under unit peperiksaan

waalaikummussalam. boleh je repeat paper lain daftar utk paper yg nak repeat sahaja

Assalamualaikum cikgu.. Nak tanya, saya baru sahaja daftar SPMU.. Macam mana saya nak tahu tarikh pemeriksaan untuk SPMU? Saya SPM tahun 2008 dan adakah saya perlu ambil ujian lisan dan ujian bertulis? Atau hanya ujian bertulis sahaja? Macam mana saya boleh belajar subjek BM ni.. Terima kasih cikgu

assalamualaikum cikgu,
saya ingin bertanya. adakah ujian lisan BI turut dikenakan kepada calon SPMU ?
terima kasih

Cikgu,kan saya SPM lulus,semua subjek lulus tapi tak cantik,3B,2C,1D,1E,boleh tak Sye repeat semua tu balik?,ke just repeat yg kita nak up jadi kredit tu je?

Assalamualaikum cikgu

Saya nak daftarkan untuk SPMU Calon persendirian bulan nov untuk anak yg berada dimesir untuk subjek ulangan bio fizik dan chemstry,tetapi setiap kali kilk link sppat itu hanya 3 subjek yang keluar iaitu sejarah bm dan mate.Saya cuba juga tengok adakah button lain untuk sesi bulan nov tetapi tiada.Adakah link berbeza untuk daftar spmu sesi nov ,harap cikgu dapat membantu saya.

waalaikummussalam

ujian lisan BI juga ada tetapi bergantung pada tahun terakhir anda mengambil SPM tersebut. Jadi bila anda daftar, anda akan dimaklumkan sama ada anda perlu mengulang lisan BI atau tidak

Ye firdaos
Lebih baik anda mengambil subjek SPM yang memerlukan anda mendapatkan kredit supaya memaksimumkum peluang anda mendapatkan gred kredit dengan fokus subjek tertentu sahaja.

Waalaikummussalam puan

yg subjek lain selain dari tiga tu, puan klik pada button yang spm persendirian dengan murid murid calon spm semasa tahun 2021. Ini kerana tahun ini, tidak pasti lagi dan tiada tarikh untuk spm semasa 2021 lagi.

assalamualaikum cikgu , semasa saya spm 2019 secara terbuka ...saya tak amik subject2 scince mcm fizik n kimia semua tu so saya bercadang nak amik subject2 tu pd tahun ni then saya pegi portal pendaftaran peperiksaan tu n nak daftar as calon persendirian spm 2021(calon baharu) tapi saya tak boleh nak mohon sbb dia kata "pemohonan pendaftaran anda tidak boleh diteruskan kerana anda perlu memohon sebagai calon mengulang !" so saya pergi je mohon as calon mengulang utk spm persendirian n select subject2 yg saya nak amik tu .... takpe ke macam tu cikgu ? soalan seterusnya ... saya akan amik spm tu pd bulan november tahun ini kan n format still kbsm or kssm ?

This comment has been removed by the author.

waalaikummussalam. ditagging atas spm calon ulangan untuk kohort batch tersebut. jika calon spm persendirian untuk bukan ulangan, kena ambil pakej subjek wajib juga atau tidak pernah mengambil spm sebelum ini. Silibus masih KBSM cuma tidak pasti date sebenar memandangkn kes COVID

Salam cikgu, nak tanya. Sy spm pada tahun 2017 dan ingin repeat untuk sub matamatik pada tahun 2021 ini. Saya kurang pasti adakah nanti kalau sy repeat, soalan nanti akan keluar untuk silibus yg lama atau yg baru? Atau adakah sy perlu belajar matamatik untuk silibus yang baru nanti untuk exm ulangan matamatik saya?

jika anda mendaftar sbg calon ulangan utk tahun 2021 ini, anda masih lagi dgn silibus kbsm iaitu sama mcm silibus spm 2017 yg anda ambil dahulu. tetapi jika anda mengulang utk tahun 2022 nanti, silibus kssm dan tidak sama dgn silibus yg anda belajar thn 2017 dulu dan anda perlu mempejari teknik menjawab soalan dlm kssm pula dan silibus pun berbeza

Cikgu kalau saya dapat A+ pada kimia dan matematik tetapi D pada Matematik Tambahan, Biologi dan Fizik masih ada peluangkah saya lanjut pelajaran F6 di aliran sains yang memerlukan 3 credit' untuk subjek di atas

Cikgu kalau saya dapat A+ pada kimia dan matematik tetapi D pada Matematik Tambahan, Biologi dan Fizik masih ada peluangkah saya lanjut pelajaran F6 di aliran sains yang memerlukan 3 credit' untuk subjek di atas

selagi tidak memenuhi syarat minimum maka tidak boleh umyuk memasuki aliran sains ting 6. ini kerana jika anda ingin memohin kursus ijazah selepas stpm ada kursus yg masih memerlukan pakej aliran sains spm anda juga memenuhi syarat yg diminta

Saya budak yang cikgu reply tadi, terima kasih kerana telah menjawab soalan saya tetapi jika saya hendak memasuki aliran sains juga dengan result sebegitu jadi saya perlu mengambil spmu NOV tetapi f6 selalunya bermula pada around July jadi kalau mau retake saya perlulah lambat setahun masuk f6 aliran sains ya?

ya sebab tarikh sebenar belum pasti lagi kerana spm ulangan akan serentak dengan murid yang mengambil spm tahun semasa. macam tahun lepas spm ulangan nov akan diinjakkan juga ke feb 2021 sama macam untuk murid batch spm 2020 mengambil spm tahun semasa 2020. kemasukan ting 6 mengikut result spm dan result spm ulangan anda akan keluar dengan result spm semasa dengan murid ahun 2021 ini. Ini bermaksud tidak semestinya julai kemasukan ke ting 6 bagi pengambilan 2022. Jika result anda layak, masih lagi kemasukan dengan batch tahun tersebut untuk kemasukan ke ting 6

Salam cikgu,saya pernah mengambil spm ulangan bahasa inggeris dan matematik pada tahun 2013 kalau tak silap..alhamdulillah result ok..soalan saya,bagaimana saya nak dapat result spm yang dah diupdate untuk saya update resume saya.

Salam cikgu,saya calon persendirian.cikgu,sekiranya saya tidak hadir sewaktu peperiksaan spm 2020,adakah ia akan menjejaskan result spm 2019 saya yg dulu?

Selamat sejetera cakgu sa nak tanya saya suda memohon spm.ulangan untuk Bahasa Melayu untuk tahun 2021 1 sabjak, tapi pada masa yg sama sa perlu mengambil 6 mata pelajaran wajip untuk melayakan sa untuk dinaikan pankat di penjawad awam...bolehkah sa memohan untuk menamba mata pelajaran sa pada masa pkp ni sebelum tarikh tutup pendaftaran 25 hari bulan sa tidak dapat menamba subjak di komputer sa kerana sestem spm.Ulang megatakan sa perlu pergi ke pejabat mereka untuk menambanya ...sa betul2 nak megulang spm sa pada tahun ini,kerana rakan akan berpencan dan sa ingin mengantikkan jawatannya H19 yg akan kosong, tolong la apa cara yg boleh sa buat cakgu

Selamat Pagi cikgu , saya ingin nak tanya saya student spm 2013 , tahun ini saya sudah register untuk ambil spm repeat 2021. Tahun ini sudah tukar format dan syllabus kan ? (KSSM) . Soalan saya ialah sekarang saya nak ikut format yang mana satu baru atau yang lama yang masa zaman sekolah saya ? atau mana - mana pun boleh ? Seperti cikgu nyatakan diatas tahun ini terakhir untuk format (KBSM) maksud saya kena ikut format lama (kbsm ) ? Kalau saya ikut format baharu (kssm ) boleh ke ? Sebab sudah lama saya tak belajar takut lupa yang format lama ...saya hanya nak tahu boleh ikut salah satu format tak? thanks IN ADVANCE


Assalamualaikum, cikgu, bolehkah jika calon spm yang sudah lama, seperti saya, tahun 2009 ambil ulangan 1 subjek sahaja seperti bio/kimia/fizik? Terima kasih cikgu.

ya boleh mengulang walau satu subjek sahaja

jika anda repeat subjek yang ambil dalam tahun ini iaitu sept 2021 masih lag guna kbsm. jika anda mengulang subjek subjek lain yang diambil bersama murid spm batch 2021 ini yg spm dijadual pada tahun 2022, maka silibus kssm

cikgu saya ingin bertanya jika daftar pada bulan November, silbus kssm?

Ckgu saya nak ulang math sbb nak mohon kursus spara prubatan kat spa9 .. cntohnya klau result spmu math saya kredit , ada pluang tak dpt panggilan utk krsus spara prubatan ?

Assalammualaikum cikgu..
Saya pernah ambil spm pada 2018 dan akan mengambil spm ulangan pada 2022 untuk subjek bio,kimia,fizik ,addmath.Adakah keputusan spm 2018 dan keputusan spm ulangan 2022 dapat di combine?

daftar exam ulangan yg diambil bersama batch spm 2021 maka silibus kssm. boleh rujuk dengan guru subjek anda yg lepas beza dari segi format dan isi kandungan yg mana awak nak kena fokuskan

nak ulang math boleh dan tunjukkan result kredit anda yang baru untuk memohon. jika tiada dalam syarat inginkan kelulusan spm pertama kali saja ambil, maka result ulangan tidak terpakai. andaikata syarat hanya mengatakan spm mesti math kredit maka anda berpeluang menggunakan result ulangan. sila refer dulu syarat

waalaiukummussalam
cikgu pernah bertanya untuk baych tahun lepas pada unit peperiksaan dan dimaklumkan boleh combine dengan permintaan . maknanya slip itu asalnya terpisah tapi boleh kemukakan permohonan

assalamualaikum cikgu....Jika keputusan spm saya kredit untuk bm Dan sejarah...tetapi Tidak hadir atau T untuk pendidikan Islam adakah saya dapat sijil spm

hai saya nak tanya kalau saya ingin menarik balik SPMU saya bolehka saya dapatkan bayaran balik duit saya dan saya hanya bayar yuarn sahaja dan belum pos kan maklumat maklumat penting

waalaikummussalam Amir
boleh diambil berkali kali. namun cikgu doakan awak tak perlu berkali kali ye.

salam

anaksaya dah daftar dan dah bayar

adakah jadual waktu sama dgn peperiksaanspm 2022 yg bermula 2hbmac ini
spmu anak saya ambik 7 subjek

harap dpt penjelasan terimakasih

waalaikummussalam

ya jadual sama puan, datang awal ye ke pusat peperiksaan untuk mengetahui lokasi dan kedudukan meja anak tu. semoga berjaya ye lulus dengan cemerlang.

Assalamualaikum Cikgu, Saya adalah seorang Lepasan SVM DAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA tapi saya ingin mengambil SPM di usia 21-22 tahun...Cikgu, adakah wajib saya mengambil ujian lisan bahasa Melayu dan bahasa English jika saya ingin mengambil kertasnya kerana saya seorang yg agak pemalu...atau bisakah saya tidak mengambil ujian lisan tersebut?....dan saya hanya akan mengambil ujian bertulis sahaja...atau bisakah saya tidak mengambil mata pelajaran bahasa melayu dan bahasa English....saya hanya akan mengambil mata pelajaran lain sahaja seperti sejarah, matematik dan sains sahaja. Tolong dijawab jika cikgu melihat Komen saya.

Salam cikgu,sya calon spm 2021 kssm, spm sya dpt 3a tpi gagal matematik. Jika saya ulang
1. Adakah soalan ujian akan berlainan atau sama seperti waktu spm?
2. Berapa bayaran yg perlu dibayar untuk ambil ulang spm?
Harap cikgu balas dengan secepatnya

hi saya ingin mengulang kertas spm subjek sains; fizik, kimia dan biologi. perlu kah saya mengulang kembali kertas amali (kertas 3)? harap dapat menjawab persoalan saya kerana saya perlukan jawapan secepat mungkin.

Assalamualaikum cikgu
mohon bertanya
sekiranya anak saya mengambil 2 paper ulangan bm dan matematik.
sekiranya bm yang diperolehi sebenar lebih baik dari ulangan..boleh lagi duguna pakai atau perlu guna keputusan ulangan.sebab keputusan ulangan adalah bersama matematik ulangan.
atau pun kita boleh guna keputusan yang lama


terima kasih cikgu

This comment has been removed by a blog administrator.

waalaikummusalam buat puan HN

result sebenar yang terbaik akan digunakan . ia bermaksud jika spm ulangan markah bm lagi baik maka yang baik akan digunakan. jika gred semakin rendah tak perlu gunakan hanya guna result yang lama

salam

soalan spm ulangan tidak sama seperti soalan spm batch tertentu. bayaran boleh rujuk pada subjek yang anda mohon untuk ulangan yang akan tertera pada pemohonan ulangan. tahun lepas satu paper ulangan paling mahal pun ialah RM 10.50 ..anda boleh semak semdiri jika ada perbezaan harga untuk tahun ini sewaktu mohon subjek ulangan

bagi ujian lisan bm perlu diambil juga, ini kerana jika anda mendapat cemerlang untuk penuisan tapi tak mengambil ujian lisan dianggap tidak lulus kerana tidak ememnuhi kriteria wajib lisan

Tumpang tanya, kalau saya dh pernah ambil spm sebelum ni ( 2019 ) dan berhasrat ingin mengambil semula subject BI,Eko dan perniagaan, perlukah saya mengambil sekali dengan subject wajib?

Kalau someone never attended any formal school or institutions and belajar sendiri or homeschooled selama dia hidup, boleh ke apply spm private candidate??

spm ulangan tidak perlu mengulang semua subjek wajib . hanya mengulang subjek yg anda ingin perbaiki sahaja walaupun hanya satu subjek

ya boleh mohon daftar sbg calon persendirian untuk calon spm yg tidak pergi ke sekolah institusi formal.

Calon repeat atau private perlu buat kerja kursus dan ujian lisan sekali ke? Boleh ke kalau tak buat?

kalau ada mohon spm ulangan, cthla kan nanti ada hal yg tak dpt nak dielak, wktu hri exam tu ada dkt negeri lain, dpt ke tak eh tukr pusat peperiksaan?

cth la eh saya ambik exam tu dkt melaka, tpi bbrp hari sebelum exam tu saya dpt tahu yg hri exam tu nanti saya tak ada dkt melaka, saya dkt negeri lain cthnya saya dkt selangor, dpt ke tak mohon tukr pusat peperiksaan?

Cikgu, kalau grad diploma nk ke degree nnti,dia akan tgk results diploma je ke? atau dia still refer results spm? Kalau results spm biasa2 je tp diploma dpt keputusan bagus, perlu ke ulang spm?

calon private dan ulangan WAJIB ujian lisan dan kerja kursus di bawah terma tertentu. ada had masa yang ujian lisan tu boleh digunakan lagi jika diambil pada tempoh tertentu.

tukar pusat peperiksaan dibenarkan namun calon perlu sentiasa berhubung dengan setiausaha peperiksaan di sekolah asal untuk memaklumkan keberadaan kerana tertakluk kepada prosedur tertentu

Ada kursus diperingkat ijazah yang masih lagi memerlukan subjek SPM untuk dinilai sebagai syarat khusus. Oleh itu, anda perlu check kay UPU jika universiti yang anda ingin pohon dan kursus ijazah yang anda inginkan mempunyai syarat khusus untuk SPM atau tidak walaupun anda sudah mempunyai diploma yang first class sekali pun dan spm itu sudah bertahun tahun ditinggalkan. Jika syarat khusus untuk kursus yang anda inginkan, tiada syarat mengenai spm hanya diploma semata -mata maka tiada keperluan untuk mengulang

salam cikgu sy nk tnya adakah boleh sy memgambil spm persendirian wlaupun sy sudah pernah memgambil smp kerana sy trlepas tarikh utk pendaftran spmu
@fatorosama47@gmail.com

cikgu saya nak tanya, saya calon spm pada 2015. saya mahu ambik paper repeat spm 2023 subjek english. boleh tahu part speaking nanti . exam seperti mana. adakah akan duduk sekelompok dengan pelajar lain dan buat speaking berkelompok dgn mereka. Kerana, apa saya faham skop spm 2020 dah lain. mohon pencerahan

Tumpang tanya,saya mengambil spm pada tahun 2007 dan keputudan math saya gagal.Sekiranya saya ingin mengambil semula pada tahun 2023,bagaimanakah cara untuk mengejar silibus yang terbaru?

«Oldest   ‹Older   201 – 288 of 288   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel