29 July 2020

Kertas Kerja Gerobok Kasih Cherasian

Kertas Kerja Gerobok Kasih Cherasian





Terima kasih NGO Lahazone Edu yg menyunbang.

 

KERTAS KERJA

 GEROBOK KASIH CHERASIAN 2020

 

1.0     Pengenalan

 

Program Gerobok Rezeki Cherasian merupakan program kebajikan yang dijalankan anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Unit Kebajikan sekolah. Aktiviti kebajikan berbentuk  memberikan sumbangan barang makanan hasil sumbangan dari guru -guru SMK Cheras, ibu bapa dan NGO. Pihak sekolah berusaha mewujudkan inisiatif Gerobok Rezeki Cherasian khusus untuk projek membantu keluarga murid yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.  Murid-murid SMK Cheras terdiri dari 567 murid dari kategori murid B40 (49.96%), 343 orang (30.22%) dari kategori M40, 225 orang dari kategori T20 (19.82%). Ada keluarga yang terjejas pendapatan sejak wabak COVID -19 dalam perintah kawalan pergerakan. Ada yang hilang pekerjaan menyebabkan B40 semakin menjadi fakir miskin. Inisiatif bantuan keperluan asas diperkenalkan untuk  sasaran murid yang terjejas . Sasaran utama kepada sekurang-kurangnya 200 murid B40. Objektif program ini diharapkan dapat membudayakan sikap kasih sayang dan menyuburkan kekeluargaan di sekolah.

 

2.0     Matlamat

            Meningkatkan semangat kekeluargaan dan memupuk kasih sayang seperti yangi disarankan dalam Amalan Guru Penyayang.

 

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  

            Jun hingga November 2020 sepanjang sesi persekolahan di koperasi sekolah                                                                                                                                                    

4.0       Sasaran

 

            Warga sekolah yang terjejas akibat COVID – 19.


5.0       Objektif

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling bantu - membantu

antara pelbagai budaya di sekolah.

2) Mengamalkan budaya penyayang guru yang peka dan empati dengan murid -murid

walaupun berlainan agama dan bangsa.

3) Menggalakkan amalan bersedekah dan suka membantu dalam kalangan warga

   Cherasian.

 

 

6.0       KPI

 

Output

Melibatkan kerjasama semua warga sekolah untuk membudayakan sikap saling membantu dan bersedekah

Outcome

Kehadiran murid ke sekolah dan membenteras risiko murid cicir

 

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Harga

 

Jumlah

 

Sumber

1.

Sumbangan keperluan asas

Sumbangan ikhlas

 

Sumbangan guru, orang perseorangan dan NGO

 

         

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

            Pengerusi                          :         Encik Jamil Bin Jamaludin

Timbalan Pengerusi           :         Puan Maheran Bt Abd Mutalib                              

          Setiausaha                         :         Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Naib Setiausaha                :         Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh  

          Penyelaras                         :         Puan Rozinani Bt Awang

 

1

AJK Kumpul Dana Tunai

1.  Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh

2. Puan Haslina Hashim

3. Puan Narinder Kaur a/p Peara

    Singh

4. Puan Wong Mun Yee

 

1.     1. Mengumpulkan sumber dana

2.         dari orang perseorangan atau

3.         NGO

4.      

2

AJK Promosi  Dan Dokumentasi

1.     Puan Nurhaiza Bt Che Mat (K)

2.     Biro Kebajikan PIBG

3.     En Abdull Azis Bin Arbi

 

 

5.     1. Menyediakan kertas kerja dan

6.         surat menyurat yang berkaitan

7.     2. Menjalankan promosi mingguan

8.     3. Menyediakan dokumentasi

9.         tahunan

10.   

3

AJK Perekodan Dan Kumpul Dana Barangan

Puan Rozinani Bt Awang (K)

Puan Nur Azlina Binti Che Omar

 

 

1.     Memastikan barang - barang keperluan asas sentiasa mempunyai stok makanan untuk murid sesi pagi dan sesi petang

2.     Menyediakan rekod barang -barang makanan sumbangan yang diletakkan dalam gerobok

3.     Menyediakan buku catatan untuk stok keluar yang diambil oleh murid

4.     Membuat analisa mingguan stok barang yang diambil oleh murid

4

AJK Belian Makanan Asas

1.     Puan Normilah Bt Mohd Noah (K)

2.     Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah

3.     Puan Sharihan Bt Shaari

4.     Cik Noraini Bt Jamaludin

5.     Puan Arina

 

1.     Membekalkan barang-barang makanan asas melalui kutipan duit sumbangan guru dan ibu bapa.

 

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            Unit Kebajikan Sekolah

 

 

9.2     TENTATIF PROGRAM

           

1.     Menyediakan gerobok menempatkan barang -barang makanan untuk diambil oleh murid

2.     Mengadakan promosi yang berterusan

3.     Membuat pelancaran

4.     Mengadakan tatacara pengambilan barang sumbangan dari gerobok tersebut

5.     Mewujudkan pasukan petugas murid PRS yang mengawasi gerobok tersebut

6.     Menjalankan peringatan berkala kepada warga sekolah untuk menyumbang

 

 

Tatacara Murid Mengambil Barangan

 

1.     Dibenarkan mengambil barangan sumbangan pada waktu balik dari sekolah

2.     Murid mengisi ruang di dalam buku log barangan yang diambil oleh murid

 

Tatacara Menyumbang Tunai atau Barangan Oleh Warga Sekolah

1.     Wang tunai diserahkan kepada AJK pengumpulan dana tunai

2.     Barangan diserahkan kepada AJK pengumpulan barang sumbangan

3.     AJK pengumpulan akan merekodkan nama penyumbang, nilai dan jenis barangan

4.     Wang tunai akan diserahkan kepada  PK HEM untuk pembelian barang-barang makanan

5.     AJK pengumpulan barang makanan akan memasukkan ke dalam gerobok untuk setiap sesi rehat murid

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Kekerapan murid sasaran yang tidak layak mengambil barang sumbangan

Sengaja mengambil kesempatan

Mengenal pasti rekod kekerapan murid yang bukan sasaran mengambil sumbangan untuk dijalankan sesi kaunseling bagi mengenal pasti kelayakan

AJK perekodan

Barangan semakin susut

Penawaran melebihi permintaan

Penjadualan meletakkan makanan asas di gerobok mengikut waktu rehat murid

AJK Kutipan Dana

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan warga Cherasian dan lebih mengukuhkan ikatan sikap penyayang antara guru dan murid- murid.

 

Disediakan oleh,

 

(Nurhaiza Binti Che Mat)

 

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

 

 

Diluluskan oleh,

 

 

 (Jamil Bin Jamaludin)




 






Terima kasih PIBG


Terima kasih NGO Lahazone Edu


8 Zulhijjah

Selamat bercuti anak anak

Selamat Hari Raya Aidiladha





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Telegram Channel