Total Pageviews

24 July 2020

SOP Ziarah Cakna Sewaktu PKP

Jumaat yg berkat seperti dalam jadual waktu saya kami menjalankan Ziarah Cakna.

Saya kongsikan SOP Ziarah Cakna sewaktu PKP ini iaitu::


Boleh klik link ini juga untuk surat perlaksanaan Ziarah Cakna https://drive.google.com/file/d/1Ipi4FNBOqS3IMtONGSsOTce92IBNocbi/view?usp=sharing

Hari ni ke dua buah rumah.  Pujuk untuk menduduki ujian lisan BM dan BI . Satu lagi rumah murid yang ada masalah kesihatan.

Kunci utama di sini ialah apabila anda tidak dapat hadir ke sekolah dalam jangka masa yang lama maka anda boleh mendapat anxiety iaitu kebimbangan untuk berhadapan dengan orang lain. Ketidakhadiran sebelum perintah kawalan pergerakan lagi bermaksud hampir 6 bulan tidak ke sekolah dan berada di rumah dengan perasaan yang anda 'selamat'

Anda mula rasa berdebar, perut rasa tidak selesa, macam sukar bernafas kerana pernafasan yang cepat akibat jantung berdegup dengan cepat. Akibatnya anda tidak dapat menahan diri dari rasa sedih, menangis dan mula menjauhkan diri dari orang lain

Oleh itu teknik pernafasan yang baik seperti latihan pernafasan yang teratur dapat membantu pernafasan yang teratur ketika cemas. 

Ada juga murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana keciciran sekolah dari tahun lepas lagi , untuk adjust balik kehadiran ke sekolah memerlukan penyesuaian semula kembali ke sekolah terutama jika dipindahkan pula ke sekolah yang lain. 

Sokongan rakan di tempat baru adalah kesan faktor penggalak yang membantu murid. Guru boleh mendorong murid untuk bersikapositif namun faktor luaran sangat memainkan peranan penting untuk murid-murid yang sudah lama tidak ke sekolah dan memulakan rutin sekolah mereka kembali. 
Sama ada mereka rasa dialu alukan atau dipinggirkan. 
Sama ada mereka rasa membebankan dgn kerja sekolah yang semakin sukar dan hilang motivasi









The Chicken Rice Shop
Bonding time...with happy tummy

3 comments:

GBSM said...

Salam. Sis
1. Ada borang tak semasa ziarah Cakna yang mungkin perlu ditandatangani ibu bapa atau penjaga.jika ada boleh share?
2. Atau akur janji ke murid untuk datang ke sekolah.

GBSM said...

Salam. Sis
1. Ada borang tak semasa ziarah Cakna yang mungkin perlu ditandatangani ibu bapa atau penjaga.jika ada boleh share?
2. Atau akur janji ke murid untuk datang ke sekolah.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam
1) Tiada borang untuk ibu baPa sign
2) Saya ada borang akurjanji murid. Bagaimana nak sent Pada anda. Tinggalkan email ye