Semalam selesai sahaja menyampaikan ceramah di Masjid Wilayah untuk semua guru besar sekolah agama di KL dan Putrajaya, saya dihantar sendiri oleh pegawai JAWI direct ke dewan sekolah saya. Sambung aktiviti dgn murid sekolah pula iaitu Bengkel Intervensi Murid Merokok . Sasaran murid yg tegar merokok iaitu kes yg dirujuk oleh guru disiplin yg mana murid ini kantoi merokok di sekolah atau membawa rokok ke sekolah.
Jadi melalui program ini murid yg dirujuk bukan setakat murid murid tegar bermasalah disiplin tetapi juga kita boleh mendapat klien murid yg tiada masalah disiplin di sekolah tetapi merokok dalam kawasan sekolah
Bengkel dimulakan dgn murid mengisi borang mengesan tabiat merokok iaitu Borang PMSM dan ujian Farmageson untuk mengenal pasti tahap ketagihan
Perjumpaan pertama ialah mengendalikan murid yang merokok ini melalui prinsip 5A
1. Ask : Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada
2. Advise: Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang efektif, jelas dan personal
3. Assess: Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti
4. Assist : Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya
5. Arrange: Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan merokok agar dapat mengikuti sasaran berhenti merokok.
Modul KOTAK digunakan menerangkan mengenai persiapan awal berhenti merokok dan borang -borang untuk mengenal pasti tabiat merokok dan tahap ketagihan murid melalui Ujian Fagerstrom dan Ujian PMSM 1-2016 di bawah.
Sesi ceramah selama 40 minit menggunakan slaid KKM oleh guru pelatih kaunseling Cikgu Syazwani dari UIA.
Macam macam peel..dan alasan mengenai rokok:
1-rokok A lagi sedap dari rokok B sbb rasa dia keras
2- rokok mahal sedap dari rokok murah. Sbb rokok murah takda feel.
3- lepas makan mesti nak rokok sbb sedap rasa perut
Family tau?
1- ayah saya rotan kalau merokok sbb tu merokok kat luar
2- saya merokok sebelah ayah saya yg merokok
Selesai sesi..semua dapat makanan percuma :)
Jumpa lagi kelompok kedua
Fly to KB
Konvensyen Guru Cemerlang Kbgsaan