Alang alang mempromosikan pertandingan PPDa di sekolah, saya jalankan juga Minggu PPDa mengikut kriteria seperti pertandingan PPDa peringkat kebangsaan. Meningkatkan penyertaan murid dan semoga ada je yg menang nanti..Aamin..
Sebaran ttg PPDa saya gunakan kembali rakaman pidato, sajak, kpd murid murid di sekolah melalui PA Sistem.
KERTAS KERJA
MINGGU
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DARIH
SMK
CHERAS
2020
1.0 PENGENALAN
Minggu
pendidikan pencegahan dadah dijalankan dalam suasana kebiasaan yang baharu
iaitu menggunakan rakaman untuk pertandingan sajak, pidato, nyanyian solo dan
busking. Manakala pertandingan dalam talian seperti menjawab kuiz dalam talian,
membina infografik, mencipta komik semua menggunakan gajet computer dan
dihantar ke urusetia . Tiada lagi pertandingan yang melibatkan penyertaan
secara langsung dan beramai -ramai. Hebahan dan aktiviti sebaran maklumat
melalui poster, dan pembesar suara setiap pagi atau pada waktu rehat sesi
petang. Tiada pameran PPDa dijalankan
tahun ini, namun maklumat disebar setiap hari dan poster poster PPDa sepanjang koridor membolehkan
murid membacanya. Kuiz diuji seperti murid melihat pameran pendidikan
pencegahan dadah. Namun kali ini kuiz dalam talian akan digunakan.
2.0
MATLAMAT
Meningkatkan
kesedaran mengenai bahaya rokok, dadah, inhalan, arak dan AIDS kepada
murid-murid di sekolah
.
3.0
TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 1- 4 September
2020 di SMK Cheras, KL
4.0
SASARAN
Semua murid SMK Cheras
5.0 OBJEKTIF
1) Menyebarluas
maklumat mengenai pendidikan pencegahan rokok, arak, inhalan dan dadah kepada
warga sekolah
2) Menjalankan
pertandingan untuk mempromosikan kesedaran dengan lebih berkesan melalui kuiz,
poster, video kreatif, sajak, menulis cerpen,
pidato, stiker dan nyanyian solo.
6.0 KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
100 peratus murid mendapat maklumat mengenai
kesedaran pendidikan pencegahan rokok, arak, inhalan dan dadah
|
Outcome |
Mengurangkan bilangan murid yang terlibat dengan aktiviti
merokok dan dadah untuk tahun 2020
|
7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
Sivik : =
RM 574.00
Perbelanjaan
Poster/Stiker/Sajak/Pidato/
Cerpen
Johan RM 15 x 5 pertandingan = RM
95.00
Poster/Stiker/Sajak/Pidato/
Cerpen
Naib
Johan RM 10 x 5 pertandingan = RM 50.00
Poster/Stiker/Sajak/Pidato/
Cerpen
Ketiga RM 5 x 5 pertandingan = RM 25.00
Jumlah = RM
170.00
Video
Kreatif
Johan = RM 50.00
Naib
Johan = RM 40.00
Ketiga = RM 30.00
Jumlah = RM
120.00
Infografik/
Cerita Komik
Johan RM
10 x 2 = RM 20.00
Naib
Johan RM
7 x 2 = RM 14.00
Ketiga RM 5
x 2 = RM 10.00
Jumlah = RM 44.00
Banner
Pendidikan Pencegahan DARIH
RM 80 x
3 unit = RM
240.00
Jumlah
Perbelanjaan = RM
574.00
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
Encik Jamil Bin Jamaludin
Pengetua
Naib Pengerusi : Pn Maheran Bt Abdul Mutalib
Penolong Kanan HEM ( Pemangku)
Setiausaha : Puan Mas Atikah Bt Zakaria
Penyelaras :
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
SENARAI
TUGAS AJK KERJA
AJK |
AJK |
Tugasan |
AJK
Hadiah |
Puan Rozinani Binti Awang |
Menyediakan
hadiah untuk pemenang |
AJK
Sijil |
Cik Farah Azira Bt Fadzir Cik Nur Syazwani Bt Anuar
|
Menyediakan
sijil untuk pemenang |
AJK Penjurian |
Puan Nurhaiza Binti Che Mat |
Menyediakan
borang juri dan menyimpan nama pemenang untuk diserahkan kepada AJK Sijil dan
AJK Hadiah |
AJK
Dokumentasi
|
Puan Nur Azlina Bt Che Omar |
Menyediakan laporan program Mengumpulkan semua eviden dalam satu bentuk laporan
dokumentasi |
AJK
Jurufoto |
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
Mengambil
gambar sewaktu majlis penyampaian hadiah |
AJK Sebaran Maklumat |
Cik Farah Azira Bt Fadzir (sesi pagi) En Ling Jai Seng (
sesi petang)
|
Menyebarkan
maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah melalui pembesar suara sekolah
dan memasang rakaman sajak , dan pidato murid -murid sepanjang Minggu PPDa |
AJK Pertandingan |
Sajak : En Marodzi B Mehat Pidato: Pn Rozinani Bt Awang Cerpen: Pn Nurhaiza Bt Che Mat Komik : Cik Syazwani Poster : En Azrin B U Mat Stiker : Pn Nurhaiza Bt Che Mat Infografik: En Ling Jai Seng Video Kreatif :Cik Farah Kuiz : Pn Mas Atikah/ Pn Nur Azlina Nyanyian Solo : Pn Umi Salbiah |
Menggalakkan penyertaan murid menyertai kategori pertandingan
sepanjang Minggu pendidikan pencegahan dadah.
Menberikan panduan penjurian kepada murid |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
Penyebaran
Maklumat
Tarikh |
Topik |
Slot Murid |
1 September 2020 |
Menangani Ketagihan
Rokok Dalam Kalangan Murid |
Sajak |
2 September 2020 |
Gaya Hidup Sihat Menjauhi Arak Dan Alkohol |
Pidato
|
3 September 2020 |
Gaya Hidup Sihat Mengelakkan
HIV / AIDS |
Sajak |
4 September 2020 |
Bahaya Ganja Dan Ketum
Kepada
Kesihatan. |
Pidato
|
3 September 2020 (Khamis)
Sesi
petang
Bengkel
Teknik Berhenti Merokok
Masa |
Agenda |
Personalia
|
1.00 tengah hari |
Ucapan Aluan Dan Bacaan
Doa |
Pn
Nur Azlina |
1.15 tengah hari |
Ujian Farmegeson |
Cik Syazwani |
1.25 tengah hari |
Teknik Berhenti Merokok |
Cik Farah |
2.05 petang |
Rehat |
|
2.35 petang |
Kaunseling Kelompok |
En Ling Jai Seng |
3.35 petang |
Bersurai |
|
4 September 2020 (Jumaat )
Sesi
pagi
Bengkel
Teknik Berhenti Merokok
Masa |
Agenda |
Personalia
|
8.30 pagi |
Ucapan Aluan Dan Bacaan
Doa |
Pn
Nurhaiza |
8.45 pagi |
Ujian Farmegeson |
Cik Farah Azira |
9.05 pagi |
Teknik Berhenti Merokok |
Cik Nur Syazwani |
10.00 pagi |
Rehat |
|
10.30 pagi |
Kaunseling Kelompok |
Pn
Rozinani |
11.30 pagi |
Bersurai |
|
Pertandingan
1 – 13 September 2020
Bil |
Jenis Pertandingan
|
Juri |
1 |
Pidato
|
Pn
Noor Alamiyah |
2 |
Sajak |
En
Marodzi B Mehat |
3 |
Cerpen |
Cik Nor Afiqah Sidek |
4 |
Poster
|
En Azrin Bin U Mat |
5 |
Stiker |
En Abdull Azis B Arbi |
6 |
Komik |
En Abdull Azis B Arbi |
7 |
Infografik Kerjaya |
Pn
Mas Atikah |
8 |
Video Kreatif |
En
Razimi |
9 |
Kuiz |
Pn
Nur Azlina |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Masalah teknikal
sewaktu slot perkongsian ilmu |
Gajet atau pembesar suara yang
terdapat masalah teknikal |
Mempunyai dua gajet
telefon bimbit dan pembesar suara juga dipastikan dalam keadaan baik
|
Guru bertugas |
11.0
KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
PEMANTAUAN PENCAPAIAN
OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai
objektif mengurangkan penglibatan murid dalam aktiviti merokok, penyalahgunaan
dadah, arak , inhalan dan menjauhi aktiviti yang boleh melibatkan diri dalam
HIV dan AIDS
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Guru Kaunseling SMK
Cheras
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diluluskan oleh,
(Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua
Advance birthday cake
For Kak Raudzah :)