15 October 2020

Pembentangan SLAID Penarafan PRS Unggul Peringkat JPWPKL


Hi salam PKPB di rumah...

Mendapat mesej dari pegawai JPN mengenai saringan Penarafan Peringkat PPD yang terpilih ke peringkat negeri. 


Boleh klik link di atas untuk melihat slaid saya


Kalau dah rezeki...tidak ke mana. Saya cakap begitu kerana niat memang tidak menyertai penarafan ini tapi bila ppd mewajibkan setiap sekolah menghantar juga borang penarafan untuk salah satu kategori, maka saya memilih pembimbing rakan sebaya untuk dihantar....dan seterusnya lalalalala sebab tak tengok dah apa yang perlu untuk persiapan sebab dengan yakinnya ada wakil daerah yang akan pergi bertanding. 

Tup Tup dapat mesej...melompat kejap dan terus call JPN tanya betul betul...adakah tersilap atau saja letak untuk beri persaingan ?  Sampai saya kata ada tak dari ppd saya yang letak pembimbing rakan sebaya juga dan siap saya sebut nama sekolah tu yang saya rasa sangat layak dan saya memang yakin sekolah tersebut yang akan wakil daerah. Rupanya sekolah tu tak boleh bertanding lagi kategori pembimbing rakan sebaya sebab tahun lepas dia masuk kategori tersebut cuma tidak terpilih ke peringkat kebangsaan. JPN saya dah buat ketetapan bahawa sekolah yang masuk mana mana kategori tahun lepas peringkat negeri boleh bertanding tahun ini dengan kategori yang lain pula atas justifikasi sudah diiktiraf tahun lepas dengan sijil penarafan peringkat negeri untuk kategori tersebut

Well...takkan nak tarik diri dan beri laluan pada daerah lain. Makanya terjebak juga dalam penarafan kali ini.  So seharian pulun slaid maklumlah tak ready mental untuk buat slaid ni makanya time pkpb ni jadilah mengadap slaid dari pagi hingga tepat 11.58 malam semalam dan sent huhu 2 minit sebelum dateline. 

Orait faedah ada blog ni, gali gali bahan dari blog untuk buat slaid tanpa perlu ke sekolah time pkpb ni maklumlah rumah saya di negeri Selangor sekolah pula di KL, Rentas negeri tu....


Alhamdulillah dapat call..Berita baik
Tahniah team PRS Aqilah,Maizun, Shasha
Johan komik bergambar PPDa JPWPKL 😊



 

Telegram Channel