28 November 2020

Tele-Jejak Keciciran Murid Pembelajaran Dalam Talian


 Minggu ini adalah minggu yang kami bertiga fokuskan mengenai menjejak murid yang gagal dalam Bahasa Malaysia dan Sejarah SPM. 

Kami buat kumpulan whats app murid gagal Bahasa Malaysia dan Rozinani selaku admin dalam kumpulan tersebut. Saya pula membuat group whatsapp untuk murid gagal Sejarah kertas 2 sahaja dan Rozinani create group untuk kumpulan gagal Sejarah Kertas 1 . Saya ada satu lagi group khas projek ting 5 iaitu murid Juara. 

Kami bahagikan tugas bertiga bersama guru kaunseling petang, Azlina untuk membantu menjejak murid gagal dalam dua subjek penting ini sewaktu peperiksaan percubaan SPM yang lepas. 


Saya berada dalam semua group whatsapp 9 kelas tingkatan 5 sejak PKP bulan Mac lagi, maka saya sudah nampak pattern murid murid tingkatan 5 yang menyahut ke tak menyahut bila guru subjek seru, list nama murid yang siapkan latihan atau tidak. Maka inisiatif saya menggerakkan team saya membantu guru subjek . Kami mulakan dengan subjek kritikal dulu iaitu mengesan murid gagal BM dan  bagi subjek Sejarah pula untuk yang berpotensi lulus dalam SPM nanti. 

Nampak mudah mula mula....rupanya jenuh juga dari Isnin hingga ke Jumaat call sana sini untuk mengesan murid murid ini . Objektif pertama

1) memujuk masuk kelas dalam talian yang telah dikhaskan untuk mereka

2) bertanya apa masalah sebenar yang menyebabkan mereka tidak dapat memberikan komitmen selepas seminggu berada dalam kumpulan group whatsapp yang kami sudah bina untuk murid gagal BM dan gagal Sejarah. 

3) memujuk membuat yang termampu latihan yang diberikan jika murid murid bekerja. Jika bekerja siang, maka buatlah di waktu malam. Jika bekerja malam, maka siang buatlah kerja sekolah. 


Macam macam ragam murid ini bila dihubungi...antara sesi soal jawab huhuhu

Ada yang masa call, bagitahu

1) Cikgu....saya tengah kerja ini. Nanti saya call balik

(Awak kerja kat mana? Pukul berapa nak call balik? Kelas pukul 2 nanti ni)

2) Cikgu...cepat sikit cakap saya tengah .....(tak berapa faham sebenarnya) istilah game yang murid ni sebut

(Tengah buat apa tu? Kenapa tak masuk kelas? Tak kerja kan..)

3) Cikgu saya boleh online sebelum pukul 11.00 , sebab saya kena kerja pukul 11.00 pagi

(Tapi kelas pukul 10.00 pagi tadi, kenapa tak masuk?)

4) Cikgu...memanglah saya kerja malam. Tapi siang tak boleh bangun penatlah cikgu..

(Tapi kelas pukul 10.00 pagi bukan pukul 8.00 pagi)

   Apa pukul 10.00 kelas....hmmm saya belum bangun. 

5) Tengoklah kalau internet saya ok. Internet saya slow cikgu

(Waktu bilanya tak slow tu? )

6) Cikgu buat kelas malam ye...ok tengoklah dulu. Kalau dah takda delivery pukul 9.00 malam saya online ye cikgu.

(Cuba ye...cuba online. Guru subjek dah sanggup buat kelas malam. Tinggal komitmen murid je lagi)

7) Saya tak ambil modul lagi...takda masa

(Dah dua minggu dah ni...kalau keluar rumah tu belok lah ke sekolah ambil modul)

8) Latihan yang mana? Ada ye..

(Cuba skroll telefon tu )

9) Cikgu call nombor lain tu. Cikgu add nombor ni. Saya ada nombor untuk kerja dan nombor untuk sekolah

(Wow....macam businessman)

10) Cikgu...saya tak boleh belajar seorang seorang la cikgu.

(Anggaplah belajar dalam whatsapp tu belajar ramai ramai ) hihi

11. Cikgu telefon saya rosak lah. Ini telefon makcik saya

(Merata cikgu cari awak ....macam macam talian hayat dah. Gigih cikgu cari awak sebagai balasannya sila masuk kelas ye. )


Sekian. Coretan saya untuk minggu ini. 

Yang hilang dari radar pun ada. Dah whatsapp, dah mesej, dah seen...tapi buat dek pun ada. Takpe ye anak -anak minggu depan cikgu call talian hayat yang lain pula. 

Biarlah walau ciput yang turn on kelas...cikgu nak kamu semua tahu bahawa part guru dah cuba yang termampu untuk anda. Yang datng bila dipujuk, terima kasih kerana masih ingin belajar. Yang belum tu, cikgu doakan kesejahteraan minda anda dalam keadaan yang baik dan ingat nasihat cikgu sebelum meletakkan telefon atau menamatkan mesej perbualan. 

Lulus BM dan Sejarah ye....jika gagal umpama gagal SPM. 

Jaga diri baik baik


Semoga semua  bertenang

Semoga kita semua dilindungi dari wabak bahaya






 

Telegram Channel