Total Pageviews

7 December 2020

skpmg2 Ogos-Nov :Cara menulis eviden Kelab Kerjaya

 



Mesyuarat mengenai serahan bahan eviden hari ini . Taklimat dari penyelaras skpmg2 . Maka marilah kita check satu satu Kelab Kerjaya. pencapaian tertinggi kami ialah johan pertandingan komik bercerita pendidikan pencegahan dadah peringkat KL. Saya share gambar mereka :) 

Ok saya share eviden saya untuk skpmg2 tahun ini. Skor 4 lagi 





Evidens

Merancang aktiviti

1.  Fail pengurusan Kelab Kerjaya Tahun 2020

2.  Pelan Strategik Kelab Kerjaya Tahun 2019-2021

3.  Jadual 2 dan Jadual 3 Kelab Kerjaya Tahun 2020


Melaksanakan

1.  Laporan Pertandingan Transformasi Minda Secara Dalam Talian 2020

2.  Laporan Perjumpaan Kelab Kerjaya 2020

3.  Video –video pertandingan Video Kreatif Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL dan Kebangsaan

4.  Video Kreatif Sahsiah Murid dan Video Inspirasi Motivasi Murid Pertandingan Sahsiah Dan Kerjaya Murid Peringkat JPWPKL Dan Kebangsaan

5.  Poster pertandingan reka bentuk Tshirt PPDa peringkat JPWPKL dan kebangsaan

6.  Video pidato pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL dan kebangsaan

7.  Bahan pertandingan Komik Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL dan kebangsaan


Merekod data dan maklumat

1)  Senarai nama ahli kelab kerjaya tahun 2020

2)  Senarai kehadiran ahli kelab kerjaya tahun 2020

3)  Senarai nama pemenang pertandingan Kaunseling Kerjaya peringkat PPW Pudu

4)  Senarai nama pemenang pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL

5)  Senarai nama pemenang pertandingan Kerjaya murid peringkat JPWPKL 

6)  Senarai nama penyertaan murid pertandingan Sahsiah Dan Kerjaya Murid peringkat kebangsaan

7)  Senarai nama peserta pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat kebangsaan


Menganalisa data

1)  Analisis kehadiran murid untuk kelab Kerjaya tahun 2020

2)  Analisis penglibatan murid Kelab Kerjaya tahun 2020

3)  Analisis pencapaian murid Kelab Kerjaya tahun 2020

4)  Laporan Tahunan Kelab Kerjaya tahun 2020


Mengambil tindakan susulan


1)  Laporan Post Mortem Perancangan Strategik Kelab Kerjaya 2020

2)  Sijil penghargaan pencapaian murid dalam Kelab Kerjaya di peringkat negeri

3)  Key in dalam amalan baik murid SSDM penyertaan murid dalam pertandingan



Continuous small treat.....live your life



No comments: