1.0 Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan
kaunseling membantu murid -murid tingkatan lima tahun 2020 selepas lama bercuti
penggal persekolahan dan akan menduduki peperiksaan Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan
Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan
kesihatan minda. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan
di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk
memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan
rakan -rakan lain. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial
dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial
kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti
memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan
sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan berbual santai dengan murid
sewaktu rehat. Aktiviti ini berguna
untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri
sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah dan emosi yang terjejas sepanjang
perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani
kesihatan minda dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.
2.0 Matlamat
Murid –murid dapat dibimbing
untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental
.
3.0 Tarikh/ Masa/
Tempat :
Bermula 19 Januari 2021-
21 Februari 2021
4.0 Sasaran
Semua
murid ting 5 tahun 2020
5.0 Objektif
1)
Murid –murid dapat menangani
masalah kesejahteraan minda dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi
masing – masing.
2)
Aktiviti memugarkan
emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing - masing
6.0 KPI
Output |
Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan
belajar cara menghadapi tekanan tersebut. |
Outcome |
Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang
diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan
mental dan emosi. |
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Jumlah |
Sumber |
1. |
Poster Minda Sihat
di Laluan Dan Kelas |
RM 100 |
PCG Kaunseling |
2. |
Dua Bunting Di Hadapan UBK |
RM 100 |
PCG Kaunseling |
3. |
Makanan Mentor
Mantee |
RM 215 x RM 4 =RM
860 |
PCG Kaunseling |
|
|
|
|
|
Jumlah |
RM 1,060.00 |
|
8.0 AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH
Pengerusi
: En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi
: Puan Marhaniza Binti Mahmod (PK HEM)
Naib Pengerusi : Cik Lee Swee Ching (PK
Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn. Salehah binti Ali (PK
Kokurikulum)
Setiausaha
: Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Cemerlang Kaunseling)
Jawatankuasa
Kerja
AJK Sebaran Psikososial : Poster |
Pn Nurhaiza binti Che Mat |
Menyediakan poster dan menampal poster psikososial
dan Minda Sihat di Laluan Minda Sihat dan setiap kelas |
AJK Sebaran Psikososial : Taklimat Ting 5 |
Pn Nurhaiza binti Che Mat Pn Nafsah Binti Mohd Shah |
Menguruskan taklimat pengurusan
dan persiapan psikososial murid sebelum kembali ke sekolah melalui youtube
live |
AJK Rehat Minda |
Pn Nurazlina Binti Che Omar |
Menyediakan senarai muzik
yang akan dimainkan sepanjang murid rehat |
AJK Slot Hidupkan Hari Anda |
Pn Nurhaiza binti Che Mat |
Menyediakan skrip
mengikut tajuk untuk dibaca setiap pagi sebelum memulakan sesi persekolahan
sebagai persediaan minda dan emosi |
AJK Sembang Santai Guru Penyayang |
Pn Rozinani Binti Awang Pn Sharihan Bt Shaari |
Menempah
makanan untuk murid –murid bersama dengan mentor |
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit
Hal Ehwal Murid
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
Sebelum
24 Jun 2020 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH |
|
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan
menjaga keselamatan diri sepanjang berada dalam kawasan sekolah |
|
1)
Menampal poster psikososial untuk sebaran pada agar murid dapat
menangani tekanan dan kebimbangan dengan baik |
Menampal tempat strategik seperti di koridor dan di laluan
keluar masuk sekolah, |
2)
Taklimat persediaan psikologi dan motivasi kembali ke sekolah pada
19hb Januari 2021 |
Melalui youtube live dengan murid tingkatan 5 |
20 – 22
JANUARI 2021 :SARINGAN KESEJAHTERAAN MINDA
TAJUK PROGRAM
|
SARINGAN KESEJAHTERAAN MINDA |
TARIKH/HARI |
20-22 JANUARI 2021 |
OBJEKTIF |
1) Mengenal Pasti Tahap
Kesejahteraan Minda Murid Menghadapi Peperiksaan SPM |
TAJUK PROGRAM |
SEMBANG SANTAI REHAT MINDA |
||
TARIKH/HARI |
22 -26 JAN 2021 |
||
OBJEKTIF |
1) Mengenal Pasti Murid Yang Memerlukan Bantuan Melalui
Sembang Santai Dan Pemerhatian Sewaktu Murid Rehat Di Dalam Kelas
Berdasarkan Saringan Kesejahteraan Minda Murid |
||
GURU/MASA |
22 JAN 2021 JUMAAT |
25 JAN 2021 ISNIN |
26 JAN 2021 SELASA |
NURHAIZA |
5 ALPHA |
5 AL FARABI |
5 IBNU RUSYD |
ROZINANI |
5 BETA |
5 ALKHAWA |
5 AR RAZI |
NURAZLINA |
5 GAMMA |
5 AL BIRUNI |
5 IBNU SINA |
22 – 26 JAN 2021 : Sembang Santai Rehat Minda
20
JANUARI 2021 :MENTOR –MANTEE GURU PENYAYANG
TAJUK PROGRAM
|
Mentor Mantee Guru Penyayang |
TARIKH/HARI |
20 JANUARI 2021 |
OBJEKTIF |
1) Melalui aktiviti makan bersama –sama pada hari pertama sesi persekolahan antara mentor dan mantee
bagi mewujudkan suasana berkomunikasi dalam keadaan santai |
20 Januari – 20 Februari 2021 : Hidupkan Hari Anda
TAJUK PROGRAM |
HIDUPKAN HARI ANDA |
TARIKH/ MASA |
20 JANUARI – 20 FEBRUARI 2021 : 7.00 PAGI – 7.20 PAGI |
OBJEKTIF |
1)
Menyebarkan Kata – Kata
Motivasi Dan Positif
Sebelum Memulakan Sesi Pembelajaran Melalui PA Sistem Sekolah Untuk Memugar
Emosi Warga Sekolah 2)
Memainkan Alunan Lagu
Yang Menenangkan Minda Sebagai Salah Satu Teknik Relaksasi 3)
Mendengarkan Bacaan
Surah Pendek
Untuk Kekuatan Jiwa |
20 Januari – 20 Februari 2021 : Sebaran Poster
Dalam Whatsapp
Kelas
TAJUK PROGRAM |
REHATKAN MINDA |
TARIKH/ MASA |
20 Januari – 20 Februari 2021: Sebelum pukul 5.00 petang |
OBJEKTIF |
1) Mendengarkan muzik muzik yang memberi kesan kepada ketenangan minda dan kedamaian sebagai salah satu teknik
relaksasi |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Vandalism Poster |
Murid merosakkan poster yang ditampal |
Mengingatkan murid setiap hari oleh guru
bertugas dan guru disiplin |
Guru bertugas harian |
Terlewat hadir ke sekolah |
Jalan sesak |
Mengedarkan rakaman suara atau video kepada
guru bertugas |
Guru bertugas harian |
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar
aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Guru Kaunseling
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diluluskan
oleh,
(En Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua SMK Cheras, KL
Ready......esok back to school