24 January 2021

Mesyuarat UBK Kali Pertama Tahun 2021 dan Slaid Pembentangan Mesyuarat UBK

 


poster hebahan dari unit kami hasil dari Azlina. Tahun ini kami masuk dalam semua kelas whatsapp dgn pembahagian Ting 5 batch 2020 dan 2021 di bawah saya dgn 18 group whatsapp kelas

Rozi masuk 18 group whatsapp kelas Ting 3 dan 4

Azlina masuk 18 group whatsapp kelas ting 1 dan 2. Antara makluman yg saya maklumkan dlm mesyuarat. 


Saya share link slaid dan maklum balas mesyuarat saya semalam. Semoga dapat membantu guru -guru kaunseling yang bertanya tentang apakah intipati pembentangan saya dalam mesyuarat UBK tersebut. Nampaknya tahun lepas baru saya tersedar yang kami hanya mempunyai satu mesyuarat pada awal tahun sahaja, kemudian wabak COVID melanda dan diikuti penolong kanan HEM yang berpindah ke sekolah lain. 


Saya pernah share minit mesyuarat saya dlm entri Januari 2020 maka hari ni share maklum balas dan slaid sahaja.


Klik link di bawah utk slaid pembentangan.

https://drive.google.com/file/d/1S1gX-ZebcBIFxL83ZO9lzl-UFvEECaTH/view?usp=sharing


 

BORANG MAKLUMBALAS

MINIT MESYUARAT UBK KALI 1/2020

MINIT

 

TINDAKAN

MAKLUMBALAS

4.2.1    Tahun lepas aktiviti sahsiah dalam penampilan telah diperkenalkan iaitu projek SMART manakala tahun ini akan projek sahsiah bertema akan diperkenalkan dan sasarannya kepada murid –murid sesi petang iaitu setiap hari Khamis pada pukul 12.00 hingga 12.30 di dalam dewan.

 

Puan Nurhaiza

Telah diambil tindakan sehingga Mac 2020 sahaja sebelum COVID-19 yang menjejaskan bersemuka

4.7.1    Program Dashboard Kehadiran akan ditambahbaik dengan

            menyampaikan sijil dan hadiah iringan kepada semua

            murid yang menyumbangkan peratus kelas terbaik bagi

            bulan tersebut di tapak perhimpunan.

 

Puan Nurazlina

Akan disampaikan pada bulan Januari 2021.

4.7.2    Anugerah kelas terbaik kehadiran selepas peperiksaan

           juga akan diwujudkan dengan hadiah iringan kepada kelas

           tersebut.

                                                           

Puan Nurazlina

Aktiviti ini dibatalkan kerana program selepas peperiksaan tidak dijalankan

4.7.3  Selain dari anugerah kehadiran penuh ke sekolah bagi tahun

          tersebut, insentif bagi individu hadir penuh untuk program

          selepas peperiksaan juga akan diadakan.

 

Puan Nurazlina

Aktiviti ini dibatalkan kerana program selepas peperiksaan tidak dijalankan

4.7.4 Bagi kelas yang berada pada rating terendah peratus kehadiran ke sekolah, perjumpaan bersama guru tingkatan, mentor dan murid –murid kelas ini akan diadakan di bilik mesyuarat bersama pentadbir untuk mengesan murid yang bermasalah dan Ziarah Cakna adalah antara inisiatif yang akan dilaksanakan.

 

 

 

Puan Nurhaiza

Telah diambil tindakan

4.7.5   Program motivasi penetapan matlamat akan dijalankan pada 16 Januari 2020 yang melibatkan murid-murid tingkatan 5 pada pukul 7.30 hingga 10.00 pagi. Manakala murid – murid tingkatan 3 pada pukul 10.30 pagi – 12.00 tengah hari.

 

Puan Nurhaiza

Telah diambil tindakan

4.7.7    Pengetua memaklumkan mengenai satu bentuk perkongsian modul yang digunakan oleh sekolah berasrama penuh boleh dijadikan panduan untuk murid –murid SMK Cheras

                                                           

Puan Nurhaiza

Telah dijalankan

4.8.1    Puan Nor Azlinda memaklumkan mengenai masa lewat yang akan diambil tindakan bermula pada pukul 7.31 pagi hingga 9.30 pagi. Jika murid hadir pada pukul 9.31 pagi, maka ibu bapa akan dihubungi oleh pengetua untuk makluman. Guru diminta berintegriti untuk memaklumkan kehadiran murid yang lewat.

 

Puan Nor Azlinda

Telah dijalankan

 Selamat berhujung minggu😊



 

Telegram Channel