22 March 2021

Lawatan Ukhwah PRS Dalam Talian:

Idea dari Cikgu Hasnan yg memang dikenali dalam perkhidmatan PRS. Kejurulatihan kursus PRS tahun lepas dijalankan secara dalam talian menggunakan google classroom , youtube dan tugasan pembentangan ada yg melalui google meet

Tahun ni apabila Cikgu Hasnan menyuarakan keinginan untuk mengadakan lawatan penandaaras secara dalam talian, ya agak praktikal juga memandangkan kita tidak boleh ke sana ke mari. 

Hasilnya...program lawatan ukhwah diadakan hari ini antara prs menengah atas SMK Cheras dan SMK A Tun Rahah. 

Antara aktivitinya

Ucapan aluan Pn Nurhaiza selaku guru tuan rumah

Ucapan aluan Cikgu Hasnan selaku guru pembimbing dari SMK A Tun Rahah

Ucapan aluan dari Pengerusi PRS SMK Cheras iaitu Nurazalia

Ucapan aluan dari Wakil PRS SMK A Tun Rahah. 

Sesi pembentangan aktiviti oleh PRS SMK Cheras

Sesi pembentangan aktiviti oleh PRS SMK A Tun Rahah


Semoga kedua dua buah sekolah mendapat manfaat dari perjumpaan ini. Mana yg sesuai boleh diamalkan. Selamat menjalinkan ukhwah. 

bahan bahan pembentangan dari PRS sekolah saya telah saya share dlm entri sebelum ini. 

good luck pemohon GC 2021!                        Done coaching isi borang :)






 







.


























 

Telegram Channel