9 May 2021

Sumbangsih Sambutan Hari Guru Peringkat WPKL 2021

Projek terakhir saya dengan team AJK MGKKL ialah Program Sumbangsih Hari Guru . Mesyuarat AJK Induk dari Februari lagi. 
Minggu lepas sebelum KL diumumkan PKP pada 6 hb Mei 2021 , team kami
 menyampaikan duit tunai dan barang barang iringan kepada 45 guru di KL yg terpilih dari aspek kebajikan.Di part MGKKL sendiri yg bekerjasama di bawah Sektor Psikologi Kaunseling bekerjasama dan diberi amanah untuk projek ini oleh urusetia Hari Guru WPKL. Antara part kami ialah menyediakan barang barang keperluan dapur dan barang iringan bernilai RM 60 seorang dan menjadi AJK untuk melancarkan program sebagai  penyampai cenderamata, mengurus tempat duduk, dan membantu melancarkan perjalanan program. 

Team NUTP juga menyediakan barang iringan manakala Sektor Psikologi Kaunseling menyediakan duit sagu hati. 
Terima kasih team AJK MGKKL 2021/ 2023 yg melancarkan program hari ini walaupun saya tidak dapat bersama hari ini. 





Terima kasih Cikgu Shida and family
10 tahun family transit . Semoga murah rezeki dan sihat sihat sahaja
#berakhir transit tahun 2021 

 

Telegram Channel