14 June 2021

PEER : Panduan Kekal Cergas Sewaktu Belajar Dan Mengulangkaji

Assalammualaikum Dan Salam Daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling❤️

PdPR 3.0 UBK membawakan program PEER setiap Isnin:

Slot PEER. 10 minit


Program Ekspresi Emosi Remaja 1/2021; mengenai topik Kekal Cergas Ketika Belajar Bersama Nur Azalia Bt Shamsul 5 Khawarizmi  . Ekspresi emosi mengenai mengantuknya ketika belajar dan panduan dari guru kaunseling alternatif menangani isu tersebut.


 *HADIAH SECARA* *DELIVERY* 

Setelah menonton, anda diminta untuk berkongsi mengenai emosi anda mengenai topik ini di pautan google form. 3 org murid yang bertuah memberikan maklum balas akan memenangi hadiah secara delivery ke rumah anda. 


Jom layan:

 Pernah tak anda rasa macam banyak sangat perkara yang perlu dibaca, tetapi bila kita pegang buku baru 15 minit kita tetiba asyik menguap dan menguap…rasa mengantuk sangat dan tiba tiba kita hanyut terus

Pernah tak kita berkobar-kobar nak baca buku, kita tak buat aktiviti yang berat pun sebelum tu, kita santai santai je. Bila kita pegang buku , kita baca kita rasa berpusing pusing tempat yang sama sahaja kita baca. Kita tengok jam…dah 20 minit tapi kenapa mata masih kat situ.

Lalu kita rasa geram, marah dan terus rasa malas lah nak baca buku dan tertidur terus.

Yang paling malang kitaran itu asyik berlaku dari sehari ke sehari, berminggu dan kita semakin panik , rasa kosong rasa banyak ketinggalan. Jom dengar 

Sila klik pautan berikut

https://youtu.be/zDdM5aL2mCU






 Mari lihat panduan di bawah:

Tahukah anda ada satu hormon yang mengawal atur kitaran bangun-tidur manusia iaitu hormon melatonin. Kelenjar pineal di dalam otak berfungsi menghasilkan hormon melatonin. Jika terdedah kepada cahaya, kelenjar pineal akan mengeluarkan hormon melatonin dengan sedikit sahaja. Lebih banyak pengeluaran hormon melatonin, seseorang akan berasa mengantuk dan berkeinginan untuk tidur. Oleh itu, paras melatonin yang sedikit pada waktu siang menyebabkan kita terjaga dan paras yang meningkat pada waktu malam menyebabkan kita berasa mengantuk dan bersedia untuk tidur. Beberapa faktor seperti umur, waktu kerja, stress dan tabiat gaya hidup merupakan penyebab melatonin tidak cukup untuk dikeluarkan. Kesan daripada melatonin yang tidak cukup menyebabkan anda mengalami masalah sukar untuk tidur

 

Aturan tidur

mengatur waktu tidur yang baik di malam hari menjadi waktu yang paling baik untuk mengembalikan kesegaran tubuh. murid sering mengantuk ketika sedang belajar kerana tidur lewat malam sehingga pukul 1 atau 2 pagi walaupun mereka tahu esok hari persekolahan.Tidur lewat kerana khusyuk mengulang kaji atau membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah seperti bersembang dan melayari media sosial. Manakala Tidur terlalu lama juga boleh menyebabkan anda mengantuk dan otak menjadi lembap. Tidur yang cukup adalah sebanyak enam hingga lapan jam sehari.

 

Faktor pemakanan

Walaupun sudah kenyang, perut masih mahu lagi diisi. Ini akan menyebabkan perut anda terpaksa bekerja untuk menghadamkan makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Itulah sebabnya anda berasa mengantuk semasa belajar.Diet yang keterlaluan akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Pastikan anda sarapan pagi setiap hari. seperti makan sebiji epal, madu, roti atau telur separuh masak serta minuman kegemaran anda. Sarapan pagi dapat membekalkan tenaga untuk anda memulakan hari dengan penuh bertenaga dan bersemangat. Makan makanan berat dan banyak karbohidrat pada waktu tengah hari boleh membuatkan badan anda menjadi lesu pada waktu petang. Makan makanan yang sihat seperti buah-buahan serta sayuran boleh membuatkan anda kekal segar sehingga lewat petang.

 

Faktor minuman

Kekurangan air dalam badan boleh menjadi punca anda mengantuk . Walaupun anda melakukan senaman ataupun belajar di meja sahaja, badan anda memerlukan air yang mencukupi.Banyakkan meminum air kosong dan tidak berada dalam keadaan dahaga supaya anda kekal segar. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda bersenam, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Minum air putih sebelum tidur membantu tidur yang nyenyak.

·       Elakkan minuman dengan kandungan kafein yang tinggi.

Aktiviti  sebelum tidur

·       Hindari aktiviti yang menganggu waktu tidur seperti  merokok berlebihan,

·       Melihat telefon bimbit sebab telefon bimbit ada cahaya biru yg memanipulasi otak dalam menyekat melatonin. Sebab itu bila main handphone tetiba tak rasa mengantuk.

·       Semua orang yang menghadapi tekanan emosi juga berpotensi untuk cepat mengantuk. Bahkan jika Anda sering merasa cemas, gelisah dan banyak berfikir juga menyebabkan otak memberikan reaksi. Murid yang sering merasa bosan terhadap subjek juga selalu mengantuk kerana reaksi tubuh berdasarkan perasaan dan emosi bosan yg diterjemahkan oleh otak menjadi rasa mengantuk. Mulakan dengan niat dan betul dan rasa seronok

Duduk lama

Duduk terlalu lama dalam suasana sejuk dan sunyi boleh mendorong seseorang untuk rasa bosan. Rasa bosan ini boleh membuatkan seseorang itu kehilangan tenaga, seterusnya menyebabkan mengantuk

 

Setelah membaca panduan tadi, berikut merupakan perkara –perkara yang anda mampu lakukan iaitu Tidur tepat pada waktunya. Jika saya memilih untuk tidur pada pukul 10.00 malam saya perlu jadikan ia rutin harian saya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Yang penting anda perlu menjauhkan diri dari telefon bimbit . Tidak membelek –belek skrin telefon bimbit 30 minit sebelum masuk tidur……haaaa terutama dah tutup lampu masih lagi nak melayan mesej atau melayari media sosial!

Kemudian, kalau bangun lambat malas nak makan. Sebab? Lepas ni nak makan tengah hari pula, nanti gemukla macam ni! Jangan ye  kita fikir dan buat seperti itu. Sarapan pagi memberikan kita tenaga untuk cergas sepanjang hari.

Rasa lapar? Kita boleh ambil makanan ringan kuantiti sedikit tapi kerap untuk tenaga yang berpanjangan 

Kalau dah nak tidur pukul 10 malam, jangan pula kita minum kopi, teh atau ubat yang mengandungi kafein pukul 9 pula.

Kurangkan pengambilan minuman tersebut ye.

Perkara yang paling mudah kita buat tapi jarang kita amalkan iaitu

Kerap minum air sepanjang hari. Cuba  Minum sekurang-kurang 2 gelas setiap sejam….haaa cabaran kan. Maklumlah sibuk memanjang kita ni…nak ambil air pun berkira. J.

Mulai hari ini mari amallkan Minum 2 gelas atau lebih sebelum dan selepas melakukan aktiviti.

Sebelum mengulangkaji pelajaran, jangan makan terlalu kenyang nanti penyakit MALAS datang.

Setelah kita cuba buat aktiviti –aktiviti itu tadi, kita pantau diri kita, masih adakah lagi rasa mengantuk walau postur badan dah betul dan  kedudukan ketika mengulangkaji pelajaran juga dah betul. Jika masih tiada yang berubah, cuba periksa kesihatan kita pula ya.

Ingat ye….nak berjaya 1000 daya, tak nak seribu dalih.

Semoga kita semua dapat mengamalkan ilmu yang bermanfaat ini.


Pemenang minggu ni . Update 20 Jun 2021 poster pemenang



Whereever there  is a human being, there is an opportunity for a kindness

 

 

 

 

 

 

Telegram Channel