Assalammualaikum Dan Salam Daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling❤️
Slot PEER. 10 minit
Program Ekspresi Emosi Remaja 2/2021; mengenai topik Penetapan Matlamat Bersama Fadzlina Bt Abdullah 5 Al Farabi
Ekspresi emosi mengenai kebimbingan mengenai prestasi belajar dan akademik memandangkan setahun tiada peperiksaan dan panduan dari guru kaunseling membimbing murid membuat penetapan target agar mempunyai landasan untuk bergerak menuju target.
Sila klik pautan berikut
*HADIAH SECARA* *DELIVERY*
Setelah menonton, anda diminta untuk berkongsi mengenai emosi anda mengenai topik ini di pautan google form. 5 org murid yang bertuah memberikan maklum balas akan memenangi hadiah secara delivery ke rumah anda.
Keupayaan membina matlamat hidup
serta keupayaan mengatur strategi tindakan adalah teknik yang terpenting dalam
menentukan keupayaan seseorang untuk berjaya.
Bila
anda membentuk matlamat hidup , anda mencetuskan daya perjuangan yang
positif. Ia menjadi suatu penggerak yang memastikan diri anda mencapai
matlamat hidup anda.
Mengapakah seseorang tidak ada matlamat
hidupnya? Ini kerana dirinya tidak tahu pentingnya matlamat hidup, kerana takut
dikritik oleh orang lain. Murid juga takut diri akan gagal. Mereka rasa,
“saya tidak boleh”, “Saya akan membuang masa
Orang yang berjaya menganggap kegagalan merupakan proses pembelajaran dan pengalaman itu digunakan untuk belajar darinya. Orang yang gagal adalah orang yang menganggap sesuatu kegagalan yang tidak berjaya dicapai olehnya adalah satu kegagalan hidup. Maka hasilnya dia tidak akan belajar apa –apa darinya!
3
syarat penetapan matlamat hidup. KErana kita yang membina landasan dan kita
Nampak dengan jelas landasan tersebut
Pertama
: seseorang hendaklah mempunyai kesedaran bahawa perubahan merupakan syarat penting dalam
hidup. Perubahan adalah satu peringkat dalam pembangunan
diri. Kita sentiasa berkembang contohnya meningkatkan disiplin dari.
Dahulu tidur siang malam berjaga, mulakan HARI ini..waktu tidur yang normal
iaitu malam tidur dan siang berjaga! Bukan tempat yang menjadi masalah, bukan
masa samada PKP atau bukan PKP...tetapi USAHA kita sepanjang hari yang
MEMBEZAKANNYA. Kita mencapai matlamat kita dengan sentiasa memperbaiki diri
kita ..ingat ye SENTIASA.
Kedua,
anda perlu matlamat hidup
kerjaya. Ini adalah matlamat mencari wang, cara mana dapat meningkatkan
produktiviti kerja. Dapatkan bantuan guru kaunseling, tengok balik psikometrik
anda..minat kerjaya anda….yang mana anda cenderung kearah kerjaya idaman
anda.Berangan dulu tak mengapa..
Kemudian
membentuk misi hidup
yang nyata.
Terlebih
dahulu, pilih satu matlamat hidup yang paling penting pada anda. Matlamat hidup
ini perlulah suatu yang dapat anda kawal.
Ia
mestilah jelas dan dapat dilihat, dapat dicapai dan diperolehi.
Dilihat?
Supaya bila kita tengok list matlamat tu kita sentiasa diingatkan agar check
diri kita…Jika anda amalkan checklist harian…anda sentiasa menyemak dan
diingatkan adakah hari ini perkara-perkara yang ditulis itu, berjaya dilakukan?
Akhir
sekali, anda perlu matlamat hidup jangka panjang dan matlamat hidup jangka
pendek.
Yang pendek
itu setahun contoh murid ting 5 setakat anda habis ting 5….bayangkan spm
anda…target bina sasarn 8A., 6A…dan susun strategi untuk mencapainya!
jangka
panjang mengambil masa dua ke tiga tahun.
Misi
hidup anda perlulah dua ke tiga tahun.
Cuba tengok rajah ini…
NAMA
: NURAINI FARZANA BT MOHD FARHAN |
|
PADA
TAHUN 2022, SAYA AKAN MEMPEROLEHI 7A DALAM SPM |
|
BM |
A+ |
BI |
B |
\AGAMA
ISLAM |
A+ |
MATEMATIK |
A+ |
SEJARAH |
A |
KIMIA |
A- |
FIZIK |
A- |
BIOLOGI |
B+ |
MATEMATIK
TAMBAHAN |
A |
PADA TAHUN 2028, SAYA
AKAN BERGELAR DOKTOR VETERINAR |
Video ni update 28 Jun 2021 pemenang peer siri 2 kata -kata positif diri sendiri