18 July 2021

Khidmat Kaunseling Percuma : Rumah Prihatin Grand Seasons Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan selamat pagi 🥰. Malam tadi taklimat dari penyelaras kaunselor untuk klinik kaunseling Rumah Prihatin Grand Season oleh Dr Norhayati Binti Mohd Noor  untuk projek penubuhan Klinik Kaunseling Rumah Prihatin . Bila tagging lokasi Kuala Lumpur je memang tak boleh tidak, MGKKL iaitu Majlis Guru Kaunseling KL dan KLCA iaitu Kuala Lumpur Counselling Association merupakan penggerak yg utama untuk membantu menjadi ahli sukarelawan bagi program kaunseling di Rumah Prihatin ini. Guru guru sukarelawan ini akan diberikan jadual kerja yg tidak mengganggu tugas di sekolah seperti bertugas dari pukul 2 hingga 5.30 petang setiap hari. Jadi rotation antara kami dengan tenaga yang ada. Ini kerana ia bersifat bersemuka dan bukan dalam talian psikososial seperti aktiviti bimbingan. Oleh kerana itu klinik kaunseling khas untuk klien yg lebih terbuka jika bercerita secara bersemuka 

Bukan sahaja sesi kaunseling bahkan support group ke psikiatris, ke kebajikan kerana ada bilik untuk menempatkan klien yg memerlukan keluar dari rumah dan makanan untuk klien yg hadir juga akan diberi sekiranya klien hadir dalam keadaan perut kelaparan dan sepanjang sesi belum menjamah makanan. 

Inisiatif yg baik dari Wilayah Prihatin untuk fokus PEMULIH dan inisiatif Dr Nothayati selaku ketua klinik kaunseling di sini. Program ini juga dibawah inisiatif Dr akan membuat siri latihan kpd kami dan borang borang laporan sesi berdasarkan teori CBT dan Realti untuk kes krisis akan siap draft dah untuk kami key in. 

Saya share outreach  
Aktiviti taklimat malam tadi mengenai perjalanan Khidmat Kaunseling di Rumah Prihatin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Semoga dimudahkan urusan kami

 

Telegram Channel