9 August 2021

Kertas Kerja Dan Pelaksanaan Coaching And Mentoring TS 25


 

Saya nak kongsikan mengenai perlaksaaan konsep coaching and mentoring di sekolah saya dimulakan dengan perjumpaan ketua ketua iaitu coach yang terdiri dari pentadbir, dan guru senior DG52. Saya dilantik selaku penyelaras dan saya kongsikan mengenai kertas kerja saya dan slaid TS 25 yg dapat membantu


Kami diberi taklimat awal oleh pengetua dan mewujudkan 10 kumpulan coach dgn ahli coachee antara 9 hingga 10 ahli bagi guru dan 14 bagi AKP sekolah. Saya juga coach bagi kumpulan 8. 

Hari ini kami berjumpa pula antara coach dengan coachee masing -masing. Aktiviti ini bukan bebanan tambahan tapi coaching mengenai apa sahaja yang melibatkan kerja hakiki kita sama ada dengan penolong kanan dan panitia kita. Tiada markah hanya melibatkan progress mengenai isu yang dihadapi guru guru dan dapat dibincangkan antara hubungan Coach - Coachee dengan konsep GROW.'|?

KERTAS KONSEP

UNIT COACHING AND MENTORING

 

 

1. 0      PENDAHULUAN                    :

 

          

Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Faktor guru merupakan salah satu penentu kualiti sistem pendidikan. Melalui TS25 diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat PPPM 2013 – 2025 . Usaha perlu diambil oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan ini, mereka mengaplikasikan konsep dan amalan PdP yang terbaik dan memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, bagi membangunkan kepakaran dalaman maka latihan dan bimbingan yang komprehensif dan berstruktur perlu diberikan oleh pembimbing pedagogi yang berpengalaman dan pembimbing kepimpinan. Diharapkan ini dapat melahirkan modal insan yang unggul iaitu guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi dengan disokong oleh kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan. Maka persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan akan terhasil untuk kemenjadian murid.

 

2.0       MATLAMAT                           :

Mewujudkan aktiviti kejurulatihan dan pementoran yang berkesan bagi meningkatkan profesionalisme perguruan dan kualiti guru. Memberi penghormatan kepada guru (coachee) yang pakar dalam kehidupan dan kerja serta percaya bahawa mereka adalah pintar, kreatif dan menguasai banyak perkara untuk menggalakkan mereka mencari penemuan sendiri bagi menghasilkan strategi dan penyelesaian. 

 

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           Januari hingga November 2021

 

           4.0       SASARAN                              :           Semua guru dan kakitangan sokongan

 

5.0       OBJEKTIF

 

 

4.1  Memberi peluang kepada Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT) membimbing guru-guru untuk membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM), Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Emosi, Pengurusan Perhubungan, Pengurusan Pentadbiran dan lain-lain supaya menjadi guru dan kakitangan sokongan yang berkualiti.

4.2 Mewujudkan budaya kerja yang prihatin dan tanggungjawab yang saling bantu membantu antara satu sama lain bagi  melahirkan semangat kekitaan warga SMK Cheras.

4.3 SLT dan MLT yang dilantik dapat menilai amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran guru untuk dijadikan amalan guru–guru yang lain sebagai contoh terbaik.

4.4 SLT dan MLT menggalakan penyelidikan guru–guru melalui kajian tindakan untuk              meningkatkan profesionalisme keguruan.

4.5  Menubuhkan sistem sokongan untuk guru–guru berbincang dengan senior guru yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta interaksi dan komunikasi yang berkesan bersama murid masing-masing.

 

 



6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

 

 

Output

 

Aktiviti coaching and mentoring yang berterusan dan terancang untuk membantu peningkatan kemenjadian guru/kakitangan sokongan yang berkualiti  dengan kaedah mengajar yang berkesan, pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta dapat menghasilkan penyelidikan atau inovasi sebagai amalan terbaik.

Outcome

Guru-guru/Kakitangan Sokongan yang dilatih, lebih yakin untuk menjalankan kaedah pengajaran dan berkomunikasi dengan murid serta kompeten dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Guru lebih mahir dalam menjalankan aktiviti penulisan ilmiah atau inovasi dalam mengajar.


 

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

 

            SUMBER KEWANGAN

           

BIL

PERKARA

SUMBER

JUMLAH

1

Percetakan Bahan –Bahan Modul

Koperasi SMK Cheras

RM 200

2

Penceramah Luar Untuk Aktiviti Coaching and Mentoring

PIBG

RM 200

 

 

 

RM 400

 

 

8.0       Jawatankuasa

 

                                               

       

AHLI JAWATANKUASA

Coching dan Mentoring SMK Cheras

 

Pengerusi

             

              Pengerusi                  : En Jamil Bin Jamaludin

                                                Pengetua

 

            Timbalan Pengerusi :  Cik Lee Swee Ching

                                                Penolong Kanan Pentadbiran

 

            Naib Pengerusi        :  Pn Marhaniza Bt Mahmud

                                                Penolong Kanan HEM

 

                                                Puan Saleha Bt Ali

                                                Penolong Kanan Kokurikulum

                                   

            Penyelaras                  Puan Nurhaiza Binti Che Mat

                                                Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling

           

            Setiausaha                  Puan Rozinani Bt Awang

                                                Guru Bimbingan Dan Kaunseling

 

            Naib Setiausaha         Puan Salina Binti Mohd Isa

                                                (Setiausaha LDP)

 

           

          

Senarai Bidang Tugas

Bil

Senarai AJK

Tugas

1

Setiausaha

Pn Rozinani Binti Awang

1.     Menyediakan surat menyurat untuk perjumpaan

2.     Menyediakan fail khas untuk aktiviti TS 25 kejurulatihan dan pementoran

3.     Menyediakan dokumen yang diperlukan untuk aktiviti penilaian mentor

4.     Menyediakan laporan perjumpaan setiap kali mesyuarat induk dijalankan

5.     Mengumpul dokumen dan memasukkan dalam fail

2

Naib Setiausaha

Pn Salina Binti Mohd Isa

1.     Memastikan semua ketua menyerahkan dokumen coaching dan mentoring kepada penyelaras

2.     Membuat pengesahan terhadap aktiviti melalui splkpm bahagian mentoring, aktiviti kajian tindakan dan inovasi

3.     Menyebarkan link webinar berkaitan coaching and mentoring

3

Ketua Kumpulan

Cik Lee Swee Ching

Pn Marhaniza Bt Mahmud

Pn Saleha Bt Ali

Pn Noor Alamiyah

Pn Ooi Bee Kuan

Pn Jasmail Kaur

Pn Khairul Akhmar Bt Omar

Pn Nurhaiza Binti Che Mat

Pn Narinder Kaur

Pn Nurazlina Binti Che Omar

 

1.     Memastikan mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa dengan mantee untuk perkembangan profesionalisme mereka dalam mengajar, menjalankan kajian tindakan atau inovasi.

2.     Membuat laporan ringkas aktiviti bersama mantee

3.     Melibatkan coachee dalam aktiviti penulisan ilmiah atau inovasi untuk perkembangan profesionalisme

4.     Menggalakkan coachee bertindak selaku guru pembimbing dalam mana mana pertandingan yang sesuai dengan kompetensi coachee selaku guru pembimbing pertandingan

4

AJK Penilaian

Pn Sohana Ahmad

Pn Zuhaida

 

 

1.     Menjalankan aktiviti rakaman kejurulatihan dan pementoran.

2.     Menyediakan post mortem aktiviti kejurulatihan dan pementoran dan menyediakan analisa

 

           

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1       URUSETIA

                        Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi

                        Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

                                                                       

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                

BIL

PROSES KERJA

 

TARIKH

1

Ice Breaking/Sesi Taaruf

 

 

      26-31 Julai 2021

 

2

Mengenal pasti potensi guru melalui perbincangan atau pemerhatian mentor

3

Meminta coachee memilih satu isu /masalah dalam PdPR yang dialaminya

4

Berbincang dan membimbing guru menangani masalah tersebut

      2-10 Ogos 2021

5

Memantau dan membimbing tindakan coachee terhadap isu yang dihadapinya dalam satu tempoh masa

  2 Ogos -10 Sept 2021

6

Coach membimbing coachee mengenai tindakan yang telah dijalankan dan berbincang impak tindakannya hasil pembentangan kepada coach dari semasa ke semasa

2 Ogos -10 Sept 2021

7

Coachee akan mencatat tarikh pementoran pada nota catatannya

 

8

Coach menghantar laporan pemerhatian kejurulatihan dan pementoran kemajuan mantee masing –masing dalam satu borang penilaian kemajuan kepada naib setiausaha selaku penyelaras LDP untuk Fasa 1

11 September – 20 September 2021

9

Pemerhatian dan pemantauan coach terhadap tindakan coachee hasil maklum balas Fasa 1

20 September – 20 Oktober 2021

10

Coach menghantar laporan pemerhatian kejurulatihan dan pementoran kemajuan coachee masing –masing dalam satu borang penilaian kemajuan kepada naib setiausaha iaitu penyelaras LDP

30 Oktober – 8 November 2021

11

Setiausaha LDP akan membuat pengesahan dalam splkpm bahagian pementoran telah selesai apabila menerima laporan penilaian dari coach

30 Oktober – 8 November 2021

12

Aktiviti yang dijalankan coachee yang berimpak tinggi seperti adanya inovasi atau sesuai untuk dijadikan dalam bentuk penulisan kajian tindakan akan dibimbing oleh Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi pula untuk dipilih sebagai pembentang kolokium tahun 2022 dan penulisan kajian tindakan untuk penerbitan.

8 November – 10 Disember 2021

13

Penyelaras akan menyerahkan nama pada naib setiausaha untuk pengesahan guru yang berjaya menyiapkan penulisan kajian tindakan atau inovasi untuk mata penyelidikan dan inovasi bagi splkpm

8 November – 10 Disember 2021

14

Prosiding penerbitan kajian tindakan dan inovasi

10 Disember

 

 

 

         


            10.0    PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Tidak dapat mencapai tarikh yang telah ditetapkan

Terlepas tarikh –tarikh penting yang perlu dipatuhi coach dan coachee

Sentiasa mengingatkan coach dan coachee

Penyelaras

Ketua Kumpulan

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0     PENUTUP

Semoga penubuhan unit ini dapat membantu lebih ramai guru untuk menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan walau dalam era pandemik COVID 19  ini. Selain itu unit ini menjadi pusat latihan, runding cara dan membimbing guru menjalankan kajian tindakan atau inovasi dengan cara yang lebih sistematik untuk menghasilkan amalan terbaik dalam pendidikan yang boleh dicontohi untuk peningkatan kemenjadian murid.

 

 Happy birthday Farietz, Semoga terbang lebih tinggi                                                                           Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah alhamdulillah masih sempat menikmatinya


 



 


 

Telegram Channel