KERTAS KERJA
MEMBUGAR EMOSI MURID DALAM TEMPOH PdPR
1.0
Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek
yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling kesejahteraan minda murid.
Dalam tempoh PdPR, UBK juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan
psikososial kepada murid. Saringan
minda sihat telah dijalankan sewaktu PdPR dan seramai 85% murid telah dapat
menjalankan saringan minda sihat. Data menunjukkan corak pelan tindakan berdasarkan
permasalahan murid yang perlu ditangani oleh guru kaunseling bagi menangani stres,
kemurungan dan kebimbangan. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah di dalam talian, menyampaikan panduan
berguna melalui infografik dan poster yang ditebarkan dalam kumpulan whatsapp
semua kelas. Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom
yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan
emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya program
berbentuk pertandingan juga dirangka untuk melibatkan penyertaan murid agar
bahan -bahan yang dihasilkan dalam pertandingan dapat digunakan untuk
intervensi rakan bantu rakan. Semoga aktiviti yang disusun dapat menangani
kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.
2.0
Matlamat
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan
mental
.
3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat
Bermula 1 September 2021 hingga
7 Oktober 2021
4.0 Sasaran
Semua warga SMK Cheras
5.0
Objektif
1) Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu
pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik
atau krisis yang berlaku
2) Warga sekolah dapat menangani masalah
kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai
panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.
3) Aktiviti memugarkan emosi dapat
dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing - masing
6.0
KPI
Output |
Warga sekolah dapat mengenal
pasti tanda -tanda seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi
tekanan tersebut. |
Outcome |
Warga sekolah dapat
mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling dan dapat membantu
orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi. |
7.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan:
PCG Kaunseling = RM 800.00
Perbelanjaan:
Bil |
Perkara |
Jumlah |
|
1. |
Pertandingan
Infografik |
Johan = RM 50 x 1 unit = RM 50.00 Naib Johan = RM 40 x 1
unit = RM 40.00 Ketiga = RM 30 x 1 unit = RM 30.00 Saguhati =
RM 20 x 2 unit = RM 40.00 |
RM 160.00 |
2. |
Pertandingan Inovasi Minda
Sihat |
Johan = RM 20 x 3 unit = RM 60.00 Naib Johan = RM 15 x 3
unit = RM 45.00 Ketiga = RM 10 x 3 unit = RM 30.00 |
RM 135.00 |
3. |
Pertandingan Video /
Tik Tok Gaya Hidup Sihat |
Johan = RM 50 x 1 unit = RM 50.00 Naib Johan = RM 40 x 1
unit = RM 40.00 Ketiga = RM 30 x 1 unit = RM 30.00 Saguhati =
RM 20 x 2 unit = RM 40.00 |
RM 160.00 |
4. |
Pertandingan Perkongsian
Emosi Terbaik Menangani Stres |
Johan = RM 20 x 3 unit = RM
60.00 Naib Johan = RM 15 x 3
unit = RM 45.00 Ketiga = RM 10 x 3
unit = RM 30.00 |
RM 135.00 |
5 |
Pertandingan Fotografi
|
Johan = RM 30 x 1 unit = RM 30.00 Naib Johan = RM 25 x 1
unit = RM 25.00 Ketiga = RM 20 x 1 unit = RM 20.00 Saguhati =
RM 15 x 2 unit = RM 30.00 |
RM 105.00 |
6 |
Saguhati Murid PRS Program
PEER |
RM 15 x 7 orang = RM 105.00 |
RM 105.00 |
|
Jumlah |
RM 800.00 |
8.0
AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH
Pengerusi
: En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi
: Pn. Marhaniza Binti Mahmud (PK HEM)
Naib Pengerusi
: Cik Lee
Swee Ching (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi
: Pn.
Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)
Setiausaha :
Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Cemerlang
Kaunseling)
AJK
Puan Rozinani Binti Awang –
Guru Kaunseling
Puan Nurazlina Binti Che Omar –
Guru Kaunseling
9.0
STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF
(Bimbingan Kelompok Berfokus)
20 September 2021 – 28
September 2021
Intervensi Khusus PH9
29 September 2021 – 7 Oktober
2021
Intervensi Khusus GAD (Bimbingan Kelompok Berfokus)
CERAMAH INTERVENSI UMUM FOKUS
PERMASALAHAN MURID
TARIKH |
TAJUK |
PERSONALIA |
3 SEPT 2021 |
CERAMAH PENGURUSAN
EMOSI AWAL REMAJA UNTUK MURID -MURID TINGKATAN 1 |
GOOGLE MEET :
PENCERAMAH DARI LPPKN |
10 SEPT 2021 |
CERAMAH RAKAN BANTU
RAKAN: SAYANGI DIRI HIDUPKAN HARAPAN |
YOUTUBE : PENCERAMAH
NURHAIZA BT CHE MAT |
23 SEPT 2021 |
CERAMAH EMOSI TERJAGA,
IMPIAN DIBINA UNTUK MURID – MURID TINGKATAN DUA DAN TIGA |
GOOGLE MEET: PENCERAMAH NURHAIZA BT
CHE MAT |
29 SEPT 2021 |
CERAMAH PENGURUSAN
KEBIMBANGAN MURID-MURID TINGKATAN
4 DAN 5 |
GOOGLE MEET: PENCERAMAH KAUNSELOR
BERDAFTAR LEMBAGA KAUNSELOR |
CERAMAH INTERVENSI UMUM
KEIBUBAPAAN DAN KOMUNITI
TARIKH |
TAJUK
|
PERSONALIA |
28 OGOS 2021
|
WEBINAR IBU BAPA TERBAIK
ANAK HEBAT |
YOUTUBE: PENCERAMAH DR SUFI |
4 SEPT 2021 |
WEBINAR HIDUPKAN
HARAPAN TUNJUKKAN EMPATI |
YOUTUBE: PENCERAMAH NURHAIZA BT
CHE MAT
|
2 OKTOBER 2021 |
WEBINAR DAYA MENGURUS MASA:
EMOSI DAN MINDA SEJAHTERA. |
YOUTUBE: PENCERAMAH PROF DR NOOR AZNIZA BT
ISHAK PENSYARAH KAUNSELING
DARI USM |
AKTIVITI -AKTIVITI
SEBARAN INTERVENSI UMUM MINDA SIHAT
TARIKH |
TAJUK |
PERSONALIA |
1 SEPT 2021 – 7
OKTOBER 2021
|
INFOGRAFIK
INTERVENSI UMUM MENANGANI EMOSI -STRES -KEBIMBANGAN -KEMURUNGAN
|
NUR AZLINA BT CHE OMAR |
1 SEPT 2021 – 7
OKTOBER 2021
|
PROGRAM PEER: DARI PRS
UNTUK MURID -MURID MENGURUS EMOSI DENGAN
BERKESAN (VIDEO) |
NURHAIZA BINTI CHE MAT |
1 SEPT 2021 – 7
OKTOBER 2021
|
POSTER -PENGURUSAN TIDUR
BERKUALITI -PENGURUSAN KEMARAHAN -PENGURUSAN KETAGIHAN
GAJET |
ROZINANI BINTI AWANG |
AKTIVITI – AKTIVITI
PERTANDINGAN UNTUK MURID
TARIKH |
TAJUK |
PERSONALIA |
10 SEPT – 30 SEPT 2021 |
PERTANDINGAN
INFOGRAFIK SEMPENA HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI |
NURAZLINA BINTI CHE
OMAR |
10 SEPT – 30 SEPT 2021 |
PERTANDINGAN VIDEO /
TIK TOK BERMESEJ GAYA HIDUP SIHAT |
ROZINANI BINTI AWANG |
10 SEPT – 30 SEPT 2021 |
PERTANDINGAN FOTOGRAFI
AKTIVITI GAYA HIDUP SIHAT DENGAN KATA- KATA MOTIVASI |
ROZINANI BINTI AWANG |
10 SEPT – 3 OKTOBER
2021 |
PERTANDINGAN INOVASI
MINDA SIHAT |
NURHAIZA BINTI CHE MAT |
1 SEPT – 3 OKTOBER
2021 |
PERKONGSIAN CARA
PENGURUSAN EMOSI TERBAIK MENANGANI STRES |
NURHAIZA BINTI CHE MAT |
10.0
PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Murid intervensi
khusus tidak hadir dalam talian untuk bimbingan kelompok |
Tidak dapat memberikan
komitmen |
Menjalankan intervensi
secara individua tau menghubungi penjaga untuk mengesan murid |
Guru kaunseling |
11.0
PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru Kaunseling
Ulasan
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Diluluskan
oleh,
(En Jamil Bin Jamaludin)
Pengetua SMK Cheras, KL
- Alhamdulillah done!
- Set up kumpulan teknikal sekolah
- For web dan youtube
- And tq PIBG support streamyard berbayar ;)