Melalui intervensi yang
dijalankan dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, saya dapat
1) - Mengenal pasti cara –cara yang digunakan oleh murid-murid yang mencederakan diri sendiri ketika stres
2)-Mengenal pasti punca utama murid mencederakan diri sendiri
3) -Mengenal
pasti keberkesanan intervensi untuk murid menangani stres dengan menggunakan
kaedah yang positif
Antara point penting dalam sesi mengendalikan murid yang mencederakan diri sendiri ketika stres
Sesi pertama
1)
Menggunakan instrumen PHQ 9 iaitu Patient
Health Questionaire (PHQ 9) (rujuk lampiran) untuk mengukur skala kemurungan
murid – murid yang mencederakan diri sendiri
2)
Mengenal
pasti cara mencederakan diri dan isu utama yang mendorong murid mencederakan
diri
3)
Mengenal
pasti faktor pelindung untuk sokongan psikososial
4)
Menjalankan
aktiviti Self love : Aktiviti
mengenal pasti kelebihan diri dan impian klien
Dalam sesi kedua, murid akan
diteroka mengenai kaedah self-care
yang mereka gunakan. Murid akan dibimbing dengan kepelbagaian kaedah gaya daya
tindak yang positif yang sesuai dengan klien. Gaya daya tindak ialah kaedah merujuk
kepada pelbagai cara berfikir dan
tingkah laku yang digunakan dalam situasi menghadapi tekanan dalaman dan luaran
Dalam sesi seterusnya, menyemak kembali gaya daya tindak yang digunakan iaitu self care yang membantu. Self care - menguatkan self respect iaitu penghargaan kendiri klien. Skrip –skrip diri yang dapat menyedarkan klien bahawa dirinya berharga, dikasihi dan diisayangi. Simulasi kes kehidupan harian klien yang dapat menghidupkan hari yang dilaluinya
Saya memanggil intervensi ini sebagai scaffolding kerana jika bersemuka di sekolah, kita boleh berjumpa. Namun keadaan PKP ini menyebabkan bahan -bahan intervensi dan aktiviti secara dalam talian. Maka satu sesi yang berstruktur dan terancang menggunakan bahan -bahan yang sesuai untuk setiap kes bagi membantu murid menjaga diri mereka terutama jika tidak dapat meluahkan kepada sesiapa ketika stres hingga mendorong untuk mencederakan diri sendiri. Keadaan terperuk dirumah juga menyebabkan murid tidak bebas berbual dan memerlukan sokongan dari mesej mesej sokongan.
Al fatihah...buat arwah Mazni semoga bersama orang-orang yang beriman