1 November 2021

Kertas Kerja RIMUP Deepavali Peringkat Sekolah


Hari ni kami mengedarkan kek Deepavali kpd staf pembersihan yg berbangsa India dan juga kpd murid murid India yg terpilih. Sempat juga saya berjumpa ziarah cakna dengan dua orang penerima kek deepavali. Sekolah kami berbilang bangsa dan menyantuni semua bangsa adalah tugas kami penggeraknya. 

Saya share kertas kerja untuk aktiviti murid. boleh mohon dari pibg dan sumbangan pcg kaunseling juga..Boleh baca guna paparan laptop jika tidak, kotak akan berterabur isi kandungannya

 KERTAS KERJA

RIMUP DEEPAVALI

 TAHUN 2021

 

1.0      PENGENALAN

          Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan pelbagai program sempena sambutan perayaan Deepavali pada tahun ini agar dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan murid sekolah ini terdiri dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Walaupun dalam keadaan negara dilanda wabak COVID -19, program ini tetap diteruskan dan akan dijalankan secara dalam talian.

 

2.0      MATLAMAT

          Menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan menyerikan perayaan        sambutan kaum lain dengan suasana muhibbah.

 

3.0.     TARIKH/ MASA/ TEMPAT :         01 – 11 November 2021 (Isnin - Khamis)

                                                                      

        

 

         4.0      SASARAN                        :         Semua Murid SMK Cheras

 

        

 

 

 

 

5.0      OBJEKTIF

 

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-

    menghormati antara pelbagai budaya.

2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama

    lain walaupun berlainan agama dan bangsa.

3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

 

6.0      KPI (Indikator Output Dan Outcome)

 

 

Output

 

Warga sekolah dapat mempelajari budaya kaum lain dan bersama-sama menghormati antara satu sama lain.

Outcome

Murid menghormati antara satu sama lain dan tiada isu perkauman dan masalah disiplin yang melibatkan isu perkauman.

 

7.0      IMPLIKASI KEWANGAN

 

          SUMBER KEWANGAN

         

          BBTP Kegiatan Pendidikan Moral

 

            ANGGARAN PERBELANJAAN

         

BIL

PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH

1

Kebajikan dan Ziarah Cakna

Murid berbangsa India

Seorang murid =

RM 50.00

 

Hamper makanan dan wang

RM 50.00 x 11 orang murid

RM  550.00

2

Pertandingan Poster Digital Ucapan Deepavali

Hamper makanan

Johan    = 

RM 30.00 x 1 orang = RM 30.00

Naib Johan    = 

RM  20.00 x 1 orang = RM 20.00

Ketiga    = 

RM 10.00 x 1orang = RM 10.00

Sagu hati    = 

RM 5.00 x 5 orang = RM 25.00

RM   85.00.00

3

Pertandingan Video Menghasilkan Kolum

Hamper makanan

 

Johan    = 

RM 30.00 x 1 orang = RM 30.00

Naib Johan    = 

RM  20.00 x 1 orang = RM 20.00

Ketiga    = 

RM 10.00 x 1orang = RM 10.00

Sagu hati    = 

RM 5.00 x 5 orang = RM 25.00

 

RM   85.00

4

Program Cakna

(Jamuan makan murid -murid India)

 

Set makan tengah hari

RM 5.00 x  30 orang

RM   150.00

 

 

 JUMLAH

RM  870.00

 

8.0      JAWATANKUASA PROGRAM

 

          AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               :          Encik Jamil Bin Jamaludin

Pengetua

          Timbalan Pengerusi :         Puan Marhaniza Binti Mahmud

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

          Naib Pengerusi        :         Puan Saleha Binti  Ali

Penolong Kanan Kokurikulum

                                         :          Cik Lee Swee Ching

Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

          Setiausaha              :         Puan Nurazlina Bt Che Omar

                                                   Guru Bimbingan dan Kaunseling

          Naib Setiausaha      :           Puan Nor Afzani Binti Shahidin

                                                   Ketua Panitia Pendidikan Moral

                                                  

 

 

 

1

AJK Kebajikan

 

Pn Narinder Kaur A/P Peara Singh

 

 

1.    1. Mengenalpasti dan menyenaraikan murid – murid India yang layak menerima bantuan

2.     

3.     

2

AJK Ziarah Cakna

 

Pn Nurazlina binti Che Omar

Pn Rozinani binti Awang

4.    1. Mengagihkan bantuan kepada murid – murid yang terlibat

5.    2. Menyediakan video Ziarah Cakna selama 5 minit

6.    3. Merakam gambar Ziarah Cakna sebagai bukti penyerahan.

3

AJK Sijil dan Hadiah

 

Pn Nurhaiza Binti Che Mat

             

7.    1.Menyediakan sijil dan hadiah kepada pemenang pertandingan.

4

AJK Penilaian & Dokumentasi

 

Pn Nurazlina binti Che Omar

         

1.  Menyediakan borang penilaian untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

2.  Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan

3.Menyerahkan dokumentasi kepada

   Penolong Kanan HEM untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

8.     

5

AJK Pertandingan

 

Pn Rozinani Binti Awang             

 

1. Menguruskan pengurusan pertandingan, penghakiman dan penentuan pemenang.

 

 

 

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

             Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

BIL

TARIKH

BUTIRAN

1.

1 NOV 2021

Pertandingan Poster Digital Ucapan Deepavali

2.

2 NOV 2021

Pertandingan Video Menghasilkan Kolum

3.

1-2 NOV 2021

Aktiviti Kebajikan dan Ziarah Cakna Deepavali

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Penyertaan murid yang tidak mencapai sasaran

Masalah komitmen kerana tidak bersemuka

Hebahan awal,dan hadiah menarik disediakan

Guru bimbingan dan kaunseling.

Gangguan teknikal

Masalah internet

Memaksimumkan rakaman agar masalah teknikal dikurangkan dan berjalan lancar

AJK Teknikal

 

 

 


11.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk mewujudkan

perpaduan dalam kalangan murid.


Bonding time with Nana

Hotel Tamu, KL

         



 

Telegram Channel